Monday, 27 November 2017

BILA CUSTOMER RAGU-RAGU MEMBUAT TRANSAKSI SEBAB PEMILIK AKAUN BERNAMA PELIK

Assalamualaikum...

Semenjak berniaga online beberapa tahun yang lepas, akak sentiasa mendapat soalan-soalan pelik berkaitan dengan nama yang pelik hahahah, akak pun pelik kenapa mereka pelik dengan nama akak iaitu BASSELOLO BINTI MANGKONA. Adakah korang juga merasakan perasaan yang sama????
Soalan custmer yang berasa pelik dengan nama pemilik akaun 

Betul itulah nama sebenar akak dalam IC dan dari mana datangnya Lulu, panjang ceritanya malas nak type panjang2 biarlah rahsia buat masa ini.

Sejak dari bangku sekolah lagi ia menjadi tanda tanya, kerisauan, kepelikan dan yang terbaru kepeningan sesetengah orang haduhhhh.

Sebenarnya sudah ramai yang tidak meneruskan transaksi setelah melihat nama pemilik akaun yang diberikan, ada yang jujur terus bertanya, ada yang lucu dan terus gelak versi watsup, ada jugak yang berterus terang takut membuat bayaran nati tertipu dan ramai juga yang terus senyap tidak kembali lagi hahahaha, macam-macam lagi yang kadang-kadang buat aku berasa pelik dengan mereka semua, hanya dengan nama mereka boleh membuat kesimpulan.

Dahulu bila customer bertanya, akak boleh memberi penerangan yang jelas agar mereka yakin untuk meneruskan transaksi tetapi sekarang tidak lagi, akak hanya membiarkan soalan mereka tidak berjawab, biarlah hati mereka betul-betul bulat untuk meneruskan pembelian, bagi akak penjual yang jujur berniaga kerana Allah swt akan berjumpa pembeli yang ikhlas untuk membeli.
dia telah membuat pembelian jugak walaupun soalan dia tak berjawab, dia bertanya mengenai kepelikan nama akak pukul 10.53am dan transaksi dibuat pada pukul 10.59, kiranya kurang 6 minit dia telah membuat keputusan.

Sekarang mereka telah mula yakin dengan perniagaan online akak salah satu sebabnya ialah Page fb akak sentiasa update dengan testimoni pelanggan yang boleh dihubungi, previous customer akak pun boleh di wassup untuk kepastian sebelum meneruskan apa-apa pembelian.

Ok lah akak nak tunjuk gambar baru kain pasang HEAVY PREMIUM COMO CREPE, berpeluh ketiak mencari angle yang sharp agar warna gambar tidak lari jauh dengan warna asal.

Psssst confirm fazura dah nikah malam tadi, ok lah nak halau semut ni, banyak sangat hurung handpon kite..sweet saangatttt
Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..






Psssstt BETUL KER FATTAH DAN FAZURA NIKAH MALAM TADI, MAKCIK BAWANG BAWA BERITA

Assalamualaikum....
Gambar Fattah dan Fazura selepas diijab qabul 

Langsung dari bilik berita makcik bawang, dengarnya  Fattah Amin 27, dan Nur Fazura 34 telah selamat diijab qabul di Kuala Lumpur pada 9.30 malam tadi.

Betul ke tak makcik bawang tak tahu lagi, makcik dah pergi merisik di segala ceruk media sosial nampaknya belum ada kesahihan cerita ini. Kalau betul pasangan ini sudah melangsungkan pernikahan, sudah tentu peminat  #FattZura boleh berdendang gembira kerana idola mereka telah menjadi pasangan halal.

Ada nampak mamy happy?????? ya happy sangat, sweet couple of the year huyeeee..Sebenarnya kan makcik masih tak boleh move on dengan berita ini, makcik cuba menyembunyikan rasa kesedihan namun apakan daya...

Pedulikan perasaan makcik, yang penting Fattah boleh menjaga Fazura dengan sebaik-baikknya, don't play play ya Fattah, makcik kat sini memerhati dari jauh, jangan cuba-cuba menyakitkan perasaan Fazura tau.

Tahniah dan selamat pengantin baru moga kekal hingga akhir hayat....amin ya rabb. jom layan gambar-gambar manis Fazura,
















Saturday, 25 November 2017

FATTAH KO MEMANG HIGH TEST KAN DULU LOFA SEKARANG FAZURA

Assalamualaikum....
Majlis pertunangan Fazura dan Fattah Amin telah berlangsung 13 November 17

Ramai sangat yang share cerita Fazura Vs Fattah Amin, akak pun tak nak ketinggalan juga sebab akak one of the fan Fazura phew phewwww...

Tetiba rasa gembira campur sedih pulak bila Fazura tunang dengan si Fatta, apesal lah akak ni terjebak dengan cerita cinta mereka, macam lah pajura tu kenal akak kan hihhiih, bukan apa setiap malam bertekak dengan Mr.husband sebab Fazura bercinta dengan Fattah, akak mati-mati kata Fattah tu bukan test Fazura lah, Fazura high test setanding dengan lebel nama dia,setakat Fattah tu dot dot dot tak kan Faz berkenan kot, mai sini nak bagi tau Fazura tu test anak raja tau, Mr. husband pun geleng kepala, pening kot ada wife macam ni, emosi like Fazura tu adik dia kot khikhiki...
Fazura telah mengenakan busana berwarna lilac yang direka oleh Rizman Ruzaini

Akak faham pasal jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi akak tak paham why akak jadi gembira bercampur sedih, why why, nampaknya ini memang kes banyak masa untuk sakit kepala....

Apa pun tahniah dan selamat bertunang Fazura dan Fattah semoga sampai ke pelamin dan berkekalan hingga akhir hayat, pesanan untuk Fattah ko memang high test kan, dulu si Lofa dan sekarang ko dapat si Fazura pulak, kalo ko tak jaga baik-baik si pajura kesayangan akak tu siap ko pattah akak patah-patahkan tengkuk engko....hahahahha
Inilah dia Rizman Ruzaini yang mereka busana Fazura berwarna lilac iaitu kebaya yang di tempah khusus (custom-made) berinspirasikan ropol era Victoria. 

Ok lah akak nak sambung tengok gambar pertunangan mereka, seweet meweet sangat lah....
Manisnya senyumana Fazura, terpancar kegembiraan di wajahnya.

Hamboi sewwwwet gitu, semoga korang berdua kekal hingga Jannah


Dulang man and dulang girls
Family mereka berdua

Detik-detik manis pertunangan mereka





Friday, 24 November 2017

OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP (22/11/17 - 6/12/17)

Assalamualaikum semua...
 OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP (22/11/17 - 6/12/17)
http://www.mrspip.com/2017/11/ohsem-giveaway-by-mrs-pip-221117-61217.html

Hari ini, akak rasa terkejar-kejar menulis blog, Nur Aqeela demam nak tumbuh gigi geraham rasanya, itu yang cranky sikit, nak kena fokus lebih kat dia ajer, mak ni tak boleh buat kerja, bila tidur pulak nak mak peluk jer, bila kena peluk mestilah tak lepas dengan candu dia, itulah anak yang bf makin tak sihat makin melekat dekat mak.

Bila dia dah lepaskan candu dia, mak cepat-cepat menulis tentang OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP, mak pun tak nak lepaskan peluang join giveaway sahabat reality mak ni huhuhu, katanya hadiah giveaway kali ini mrs pip bawakan khas dari laman web simplyohsem.com sempena Xmas 'Shop and Win' Campaign + hadiah khas dari mrs pip sendiri, wah memang ohsem giler lah kan sapa tak nak join rugi dek non...mak yang super duper busy pun tak nak lepaskan peluang yelah kot kot menang, melompat ke langit mak....

Sebenarnya kan mak tak tahu ape kebendanya simplyohsem.com ni, bila dah join giveaway ini terus mak tahu sebab mrs pip telah berkongsi semua mengenai laman web simplyohsem.com. Oh rupa-rupanya simplyohsem.com adalah portal belian atas talian (online shopping website) yang menjual pelbagai barangan menarik pada harga berpatutan. dan bak kata pepatah there will be something that you will want. dan simplyohsem.com sedang mengadakan kempen Xmas 'Shop and Win' Gift Campaign bermula dari 1/11/17 sehingga 12/12/2017. dan sebanyak 50 hadiah ditawarkan dengan jumlah nilai RM10,000.00 ... oooooo macam tu lah dia

So kalo korang nak join giveaway dan menang kena lah mematuhi syarat-syarat untuk menyertai giveaway ni ialah 

WAJIB:-

1/ sila tinggalkan komen di entry post mrs pip >>> Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign <<<

2/ follow blog mrs pip 

3/ follow fan page mrs pip, klik di sini >>> MrsPip18 <<< 

4/ follow Instagram mrs pip, klik di sini >>> MrsPip18 <<< 

5/ buat satu entry bertajuk "Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)" dan letakkan banner di entry korang dan backlink kan banner tersebut ke entry mrs pip ni

6/ ceritakan di dalam entry korang sedikit mengenai pengalaman menarik mengenai Krismas korang (jika ada) yang pernah korang lalui ATAU nyatakan (mengikut kreativiti anda) Saya nak menang Ohsem Giveaway by Mrs Pip kerana ..................................... 

7/ tinggalkan link URL entry korang di kotak komen di bawah beserta fan page dan IG korang

8/ pemenang yang terpilih WAJIB buat entry khas untuk reveal hadiah yang diterima dan dalam entry tersebut perlu masukkan link URL giveaway ini.

OPTIONAL:-

1/ follow fan page SimplyOhsem, klik di sini >>> SimplyOhsem <<<

2/ follow IG SimplyOhsem, klik di sini >>> SimplyOhsem <<< banyak updates menarik di IG simplyohsem

Rasa-rasanya semua syarat dah dipenuhi dan cerita mengenai pengalaman krismas pula ada dua yang nak dikongsi pertama ialah ketika masih bekerja dulu, masa bekerja  di hospital kerajaan dulu, opss jangan salah faham pulak akak bukannya dokter tau hahahah,  bila bekerja dengan banyak department so ramai lah staff yang berlainan bangsa dan agama lebih-lebih lagi di Sabah, semua perayaan disambut bersama-sama, kiranya kitaorang menghormati semua perayaan dan meraikan bersama-sama dengan  membuat jamuan makan-makan di ofis ala - ala open house ketika raya tu..... kawan-kawan yang menyambut krismas akan lebih seronok menyiapkan jamuan untuk semua kawan-kawan staff yang lain, kebiasaanya ketika lunch time jamuan tu bermula, memang meriah lah time tu...rinduuu nye suasana bekerja dulu, rasanya pengalaman manis tu tak kan berulang lagi kot..itu lah sedikit tentang pengalaman krismas akak.....

Yang ke dua pula ketika zaman kanak-kanak dulu, jiran akak berbangsa Tator dan mereka sekeluarga menyambut krismas, akak seronok sebab apa banyak sangat gula-gula dan minuman kotak di beri kepada kami kanak-kanak, diorang juga akan provide duit raya kat budak-budak yang datang rumah kiranya sambutan kepada tetamu sama macam perayaan muslim juga, ada jamuan dan ada duit untuk kanak-kanak yang datang beraya. itulah dua pengalaman krismas akak, sebenarnya ada banyak lagi tapi tak larat nak tulis...

Ok lah akak nak sambung buat kerja-kerja rumah, harapa menang hadiah dari Mrs Pip......

KEDAI ONLINE KAMI TENGAH MENGADAKAN JUALAN AKHIR TAHUN, SEMUA KAIN PASANG BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA TERLAJAK MURAH SERENDAH RM11.15 SEMETER DAN PERCUMA PENGHANTARAN

Tuesday, 21 November 2017

MAHAL SALAH MURAH PUN SALAH FENING MAK SAMPAI NAK LOMPAT KATAK TAK BERENTI

Assalamualaikum...
SALE SEHINGGA HUJUNG TAHUN, BOLEH LIKE FB KAMI UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK PILIHAN WARNA KAIN PASANG 

Bila dah buat sale kaw kaw di hujung tahun ni, ada pulak yang ragu-ragu sebab murah sangat hadoiiiiiii..murah salah mahal pun salah, fening mak mikirin rakyat Malaysia ngapain gini ya....mai nak cakap sini, mak ni jualan online dari rumah sahaja,bukan ada kedai exclusive tinggi langit, pekerja pun mak dan laki mak ja dari potong, lipat dan masuk plastik kita orang berdua yang buat, nasib lah anak mak ni baru setahun setengah kalo idok mak kerah jugak tenaga dia potong kain customer hahahhaha...kejam kan mak
HEAVY PREMIUM COMO CREPE BIDANG 60
Kalo yang mengikuti facebook kain pasang mak kan, memang akan tahu harga mak memang sentiasa murah sesangat kualiti pun tip top, bukannya mak nak angkat bakul sendiri tapi customer yang bagi testimoni hahahaha, boleh jer tengok kat fb, mak dah kumpul dan group kan testimoni custmer tau...mohon ampun kalo ter riak naa..

Korang ni jangan lah kata harga murah sebab kain tak cun, kain tak sedap pakai, keras ketung, hamboi mulut hang nak kena cabai dengan mak ni, ko tak beli lagi dah fikir kain tak best, cuba beli sekodi pasti lepas ni beli berkodi kodi lagi tau dah lah murah quality terbaik pulak tu setanding dengan pasaraya terbesar negara. ehhh tak caya mai cuba beli sepasang.....
BOLEH KLIK UNTUK MELIHAT TESTIMONI CUSTOMER TERDAHULU
Rasanya tahun ni mak jual kain dengan harga paling murah, sebab mak tau korang kat luar sana sentiasa cari barang murah tapi berkualiti, ye lah ekonomi sekarang ni tengah sedu sedan, nak berabis duit beli barang mahal bukan la waktu yang sesuai, macam mak jugak cari yang murah - murah nak jimat untuk perbelanjaan lain pulak..simpan duit pun kena jugak tau, jangan ingat nak belanja jer nak menyimpan liat, kang bila susah nati kat mana nak cekau duit, bukan senang orang nak bagi pinjam duit suka-suka hati..eh ter bebel pulak sorry naa...

Ok lah korang belek-belek lah warna-warna kain akak, kalo sudi like lah facebook jualan kain pasang akak ni KAINPASANG MURAHDANCANTIK
WARNA YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI
WARNA DUSTY GREEN YANG SENTIASA MENJADI PILIHAN 
PENUHKAN GEROBOK ANDA DENGAN BLOUSE DARI KAIN HEAVY PREMIUM COMO CREPE







Sunday, 19 November 2017

KAIN PASANG SEDONDON RAYA 2018 MAMPU MILIK DAN JIMAT DI MUSIM EKONOMI YANG SEDU SEDAN

Assalamualaikum...
KAIN PASANG SEDONDON RAYA 2018
untuk pilihan yang lebih banyak boleh like facebook kami

Kebiasaannya di akhir-akhir tahun seperti ini, peniaga kain online memang akan busy mencari dan menjual kain pasang untuk pembelian hari raya tahun depan (2018) tukang jahit pun dah mula mengambil upah jahit untuk raya dan mereke kebiasaanya akan tutup mengambil order sebulan atau dua bulan sebelum raya kiranya dalam bulan 3 atau 4 tukang jahit dah tutup ambil upah jahit, mereka pun nak berehat jugak dalam bulan ramadhan kan.
KAIN PASANG SEDONDON RAYA 2018
untuk pilihan yang lebih banyak boleh like facebook kami

Tahun ni peniaga kain seperti saya mencari kain plain yang harga mampu milik jer yang semua orang boleh pakai satu family dan harga yang tidak membebankan, ye lah sekarang ni ekonomi makin sendu semua kena berjimat cermat, kang pakai baju lawa-lawa tapi hutang apa cerrrrr...
KAIN PASANG SEDONDON RAYA 2018
untuk pilihan yang lebih banyak boleh like facebook kami

Untuk jualan akhir tahun ni akak menjual kain pasang HEAVY PREMIUM COMO CREPE, size bidang 60' harga dalam range rm11 semeter dan biasa lah kedai online akak memang percuma penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia manakala sabah/sarawak dikenakan charge sedikit.
KAIN PASANG SEDONDON RAYA 2018
untuk pilihan yang lebih banyak boleh like facebook kami

Kain pasang heavy premium como crepe
✔️Murah giler
✔️Cantik giler 
✔️Tak jupa lah yang paling murah lagi
✔️Percuma pos
✔️Boleh beli potong potong
✔️Harga terlajak murah
✔️Harga mampu milik
✔️Harga jimat

Thursday, 16 November 2017

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI

Assalamualaikum

Tak lama lagi Aqeela akan memasuki umur setahun lima bulan, dia dah pandai merengek untuk di bawah keluar berjalan - jalan, bukan main happy bila dia dapat melangkah keluar dari pagar rumah dia boleh terkekek kekek sampai ke tidur malam nati hahaha, mak pulak yang stress melayannya, mana tak stress bila mak tengah lipat baju, dia bawa tudung suh mak pakai, bila sarung jer tudung dia boleh senyum riang sambil bersiul siul, eh tak lah yg tu tipu..dia tak minta kuar pun bila mak dah siap pakai tudung, dia buat kerja lain pula, bila mak buka jer tudung dia boleh menjerit nangis-nangis macam kena pukul, geram pulak mak nengoknya, terpaksa lah mak sarung semula tudung sambil lipat baju, serious tak paham napa dia suh mak pakai tudung kalo ajak keluar ok lah kan, agak-agaknya dia pun stress nengok rambut mak yang kerbang tak bersikat..

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
aktiviti bila petang, berjalan dan berlari di taman berhampiran dengan rumah

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
dia rasa teruja bila dibiarkan berjalan, berlari keseorangan, mak perhati aje gaya anak sorang ni
Sekarang ni mak buat jadual untuk mengisi masa lapang dia, dalam sebulan tu on weekdays mak kena bawa dia ke satu tempat yang dia boleh belajar sesuatu contohnya macam library, kedai buku, pusat sains, galeri sains yang berdekatan dengan kawasan rumah sahaja perjalanan dalam 15-30 minit drive, perjalanan yang jauh dan jam kena bersama ayah dihujung minggu sahaja, disebabkan oleh Aqeela belum boleh duduk diam dalam kereta untuk masa yang lama, dia boleh minta nenen, mamam, minta dukung macam-macam gaya bila perjalanan yang lama, pernah jugak kitaorang berhenti dekat tepi jalan untuk dia menyusu badan selepas itu sambung perjalanan.
ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
sekali sekala bawa dia ke kedai buku dan minta dia pilih buku kegemaran dia, ntah buku apa yang dia nak, semua buku pun dia punggah penat mak letak semula ke tempat asal

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
harap bila besar nati rajin lah baca buku
Apabila masa dia penuh dengan aktiviti, dia akan jarang merengek dan menangis, dia boleh bermain sorang- sorang, bila malam pula dia akan senang lelap tak lah mak berperang bila nak tidurkan dia. aku perasan bilamana dia kurang bermain di luar, dia sering menangis dan tak pasti punca dia nangis,  susu dah diberi, permainan pun ada, pampers dah tukar, pakaian yang tidak menyebabkan dia sejuk atau panas semua dalam keadaan baik namun dia tetap merengek, itu bermakna dia juga mengalami perasaan bosan dan stress, ya betul kanak-kanak juga seperti orang dewasa mengalami stress dalam diri.
ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
pusat sains negara damansara

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
taman rama-rama tapi ikan yang banyak, rama-rama sektul dua je
Salah satu kesalahan terbesar orang dewasa ialah berfikir bahawa kanak-kanak tidak mempunyai sebab untuk tertekan. Orang dewasa cenderung untuk berfikir bahawa zaman kanak-kanak adalah riang dan sentiasa bergembira. Walaupun benar bahawa anak-anak tidak perlu risau tentang masalah orang dewasa namun mereka memang mempunyai tekanan tersendiri untuk ditangani.
ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
baru sampai kampung terus melawat kebun durian, membiarkan dia berlari bebas 

ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
budak kampung ke budak bandar ni

Kanak-kanak mengalami tekanan dari hal-hal keluarga seperti perceraian, pergaduhan, hubungan tegang antara ibu serta ayah, dan lain-lain,terkadang dibuli di sekolah atau diganggu oleh saudara kandung, kerja rumah yang berlebihan, bergelut dengan kelas atau mata pelajaran di sekolah, dan sebagainya. Ingat, tekanan anak-anak anda mungkin datang dari sumber yang anda tidak disedari.
ANAK-ANAK JUGA MENGALAMI PERASAAN TERTEKAN TANPA IBU BAPA SEDARI
bawa dia jalan-jalan di shopping komplek, borak-borak apa yang dia nampak di persekitaran 

Tanda-tanda kanak-kanan mengalami tekanan


Gejala-gejala fizik: Kanak-kanak yang tertekan boleh menunjukkan gejala-gejala fizikal, seperti cirit-birit, ruam, tidur yang tidak lena atau tidak mahu tidur, perubahan selera makan atau mual.

Gejala psikologi emosi: Seorang kanak-kanak yang tertekan mungkin mengalami kemurungan, sensitif yang berlebihan, atau tidak mahu bergaul dengan orang lain atau keluarga sendiri. Kanak-kanak yang tertekan juga mungkin agresif atau sering marah.

tanda -tanda kanak-kanak mengalami tekanan tidak berbeza daripada orang dewasa tetapi anak-anak tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal perasaan tertekan mereka perlukan bantuan orang dewasa, ibu - bapa sepatutnya perlu peka dalam hal ini

Beberapa langkah yang patut diambil bagi mengawal tekanan kanak-kanak

1) Belajar mengenali gejala-gejala biasa tekanan kanak-kanak. Memahami perkara-perkara yang  menimbulkan tekanan daripada orang dewasa, Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui apa yang perlu membantu mengurangkan tekanan kanak-kanak,

2) Galakkan kanak-kanak menyatakan perasaan mereka, ajari mereka bagaimana mengenali tekanan perasaan agar mereka dapat mengenal pasti emosi seperti kesedihan, ketakutan dan kebimbangan cara ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan tekanan dan dapat membantu mereka mengatasinya.

3) Kurangkan keadaan yang anda kenali sebagai penekan. Sekiranya anda mendapati bahawa keadaan tertentu mungkin menyebabkan tekanan pada kanak-kanak, lakukan apa yang anda boleh untuk mengurangkan kejadian tersebut seperti bawalah mereka bersiar-siar, bermain atau bercerita tentang kasih sayang.

4) Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kesyukuran dan penerimaan. Kanak-kanak harus digalakkan menjadi diri mereka yang paling tulen, menyatakan diri mereka yang sebenar dan ibu bapa seharusnya menunjukkan bahawa mereka diterima dan dihargai.

5) Menggalakkan kesihatan fizikal. Pastikan kanak-kanak mendapat makanan yang sihat, jauhi makanan yang tidak sihat seperti jajan untuk mengatasi beberapa kesan negatif tekanan pada kanak-kanak

6) Memimpin melalui teladan. Apabila anda menggunakan teknik untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan anda sendiri, secara langsung anda memberikan rujukan untuk kanak-kanak menjadikan anda sebagai contoh tauladan. Cara terbaik untuk mengajar kemahiran mengawal tekanan adalah dengan menggunakannya sendiri.

7) Berkomunikasi melalui cerita. Kanak-kanak tidak mempunyai kesedaran diri sendiri seperti orang dewasa dan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menyatakan apa yang mereka rasa, Apabila anda melibatkan kanak-kanak dalam bercerita, anda membolehkan mereka mengaitkannya dengan konsep berkomunikasi di peringkat usia mereka, gunakan buku terapeutik dengan watak kanak-kanak yang boleh berhubung dengannya.

8) Bercakap cakap dengan mereka dan dengarkan dengan teliti apa yang mereka katakan. Cuba buat cadangan bagaimana mereka dapat mengatasi tekanan mereka, namun elakkan berteriak pada mereka atau menjerit jerit ini akan membuat mereka berasa lebih teruk dan tertekan

9) Bagi umat islam ajari lah anak-anak tentang kewujudan Allah SWT seawal usia, sentiasa mengingatkan tentang solat serta terapkan nilai-nilai murni di dalam rumah, hindarkan suasana negetif bila berada di mana-mana sahaja.

sharing is caring dan Semoga bermanfaat untuk diri sendiri....