Thursday, 6 April 2017

KORANG JANGANLAH MARAH BILA SELLER TAK DISPLAY HARGA KERANA PM KORANG TU SANGAT BERHARGA BUAT SELLER

assalamualaikum

Semenjak menjalankan perniagaan online, hakak selalu sangat terjumpa comment pengunjung fb suh letakkan harga di setiap iklan, ada yang merungut rungut kenapa nak kena 'pm' bagai baru nak bg tau harga, ada juga yang membebel panjang kat ruangan comment kadang tu terjumpa yang memberikan hujah seoalah olah dia lah ustaz kazim, dia kata kalo seller tu jujur dan ikhlas dalam perniagaan dia akan display jer harga macam kat pasaraya tu, buat pe nak sembunyi harga.

Kebiasannya bila terbaca sungutan pengunjung fb di setiap iklan hakak, hakak sengeh dan berlalu begitu saja,dalam hati suatu hari nati bila kau dah menjadi peniaga online baru ko tahu fungsi sebenar PM (private message), siap doa dr hakak tu...

Enkorang kat luar sana jangan lah marah2 tau bila seller tak display harga bukan ape, ini adalah salah satu strategy perniagaan online, bila korang tinggalkan perkataan 'pm' kat ruangan komen maka makin aktive lah iklan tersebut berjalan contohnya si A letakkan pm di ruangan coment maka kawan2 si A iaitu B akan melihat komen tersebut dan si B pula juga berminat dengan iklan tadi dan meninggalkan komen pm maka kawan2 si B tadi pun dapat melihat iklan tersebut begitu lah seterusnya...nampak tak connectivity iklan tadi active kan

Akan tetapi bila seller display harga maka semua orang dah tahu harga so buat per nak minta pm lagi kan, dalam hati tunggu dah ada duit nati baru ku wasup so iklan tadi tak active maka makin kurang lah pengunjung fb yang melihatnya...bila kurang maka sell pun menjadi krik krik krik kesian seller u allsssss

Dan satu lagi bila pm bnyak kat ruangan komen maka orang ramai lebih yakin dengan produk tersebut, ini berkemunkinan dah ramai yang membelinya kalo pm setakat hidup segan mati tak mau ada dua tiga biji jer....hakak nak beli pon takott so hakak cari lah seller lain yg meriah pm dia





ok macam tu lah kesahnya....mostly peniaga online memang tak display harga, semua minta pengunjung fb tinggalkan 'pm' kat ruangan comment, kat sebelah tu contoh iklan akak yang viral dalm 3.5k komen dan lebih 1k shares, alhamdulillah kain pasang sakura cotton ni dah masuk dua tahun akak jual, sebenarnya dah masuk 4 tahun kot cuma kain ni stop sekejap dan kembali semula dengan nama dan kualiti yang sedikit upgrade dr yang sebelum ini.













ini adalah contoh custmer yang meninggalkan 'pm' diruang komen







                                         dan hakak akan meninggalkan msg seperti ini

3 comments:

  1. Kadang apa sellee yang letak harga .. ada jugak yang tak letak harga .. itu semua taktik marketing nk tarik pelanggan minat nk tahu sesuatu barang

    ReplyDelete
  2. Lain seller lain caranya, asalkan kita tahu tactic mana yg berkesan utk perniagaan kita...

    ReplyDelete
  3. Oh! baru faham marketing strategi rupanya

    ReplyDelete