KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Sunday, 16 April 2017

MENANGIS LAH KERANA ITU PERMULAAN UNTUK KAU LEBIH KUAT

Assalamualaikum..

Hai korang, Agak agak bila kali terakhir korang menangis,mmmmhhh setiap hari menangis dalam hati, atau kali terakhir ketika sakitnya melahirkan anak atau bilamana dirimu dikhianati atau atau tidak pernah langsung untuk menangis.... 

Menangis lah bila hati terluka, menangis lah bila hati kecewa, menangis lah bila diri disakiti, menangislah sepuas puasnya kerana disitu timbulnya kekuatan, menangis bukan bererti Lemah tetapi sebagai permulaan menambah kekuatan diri

Lontarkan lah tangisan itu, lontarkan sehingga hati mu puas,  kerana tangisan itu boleh kembali melembutkan hati yang keras, tangisan itu boleh mengentalkan jiwa yang lembek jangan malu menangis tetapi malulah jika tidak pernah menangis di hadapan Allah swt.

Kerana air mata mu yang mengalir dihadapanNYA tidak munkin sia sia, rasai lah betapa nikmatnya tangisan itu, tangisan yang akan menyinari hati yang kelam, mengembalikan cahaya yang suram, menguatkan jiwa yang rapuh.

Rasai lah betapa nikmatnya menangis ketika bersujud, meluahkan segalah yang terpendam, menceritakan apa yang terbuku, melepaskan rasa rindu, rindu bertemu dengan Nya di malam hari.

Menangislah memohon keampunan dosa yang telah lama ditinggalkan, dosa semalam, dosa pada hari ini dan dosa di masa akan datang, semoga dengan tangisan ini akan menjadikan anak dan keturunan ku lembut hatinya untuk mengenal Allah swt, mencintai alam semesta kurniaan yang maha Esa dan baik budi pekerti sesama manusia.

Amin Ya Rabbal Alamin...









Post a Comment
copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME