Sunday, 23 April 2017

MOHON SEDAR DIRI WAHAI SELLER MACAM AKU

Assalamualaikum....

Macam kasar pulak heading akak kan, saja jer nak buat suspend agar aku dan seller lain tak lupa diri la la la la. akak sebenarnya nak bagi tips jer kepada semua seller macam akak agar pembeli online tak meluat dan menyampah, aku lah tu kot kalo time busy moody. korang seller jangan tiru perangai macam ni tau berbudi bahasa budaya kita...

Tip Pertama 
Apabila custmer dah bank in duit tu cepat cepat lah reply agar custmer tak risau, yo lah mana tak risau kalo dah bank in ratus ratus tetiba ko jawab pun esok lusa, seller macam ni memang patut kena jirus. 

Tips Kedua
Bila customer tanya harga tu, bagi lah detail terui harga barang dan ciri-ciri barang yang custmer nak beli, ini idok bila custmer tanya ko jawab sepatah macam tak nak jual jer, kalo tak nak jual baik jangan iklan buang masa jer custmer direct pm

Tips Ketiga
Jangan lah kedekut taik hidung masin, kalo harga barang tu ada sen sen bagi lah discount ini tidak seposen pon nak kira, adoiiiiii fening mak nak bank in cash deposit. kalo custmer yang jenis tak tahu malu, sikit sikit minta discount contoh barang berharga rm101 minta kurang rm1 tu bagi jer lah, yang ko kedekut sangat ni dah kenapa, anggaplah sedekah esok esok dia datang beli lagi. dia pun happy dan doakan perniagaan kau berjaya

Tips Ke Empat
Ini sangat penting, bertanggujawablah sikit dengan kesilapan sendiri, kau dah hantar salah barang so kos pos penggantian barang engko lah sebagai seller patut tanggung ini idok kau suh pulang balek barang tu than kos pos ko suh custmer bayar, apa kes gini seller macam ni patut kena pukulan gaban

Tips Ke Lima
Please please semua seller bersikap amanah dan jujur, kalo custmer terlebih bank in tu pulang lah balek duit balance tu walaupun rm1, selitkan dalam parcel atau transfer back ke account customer ini idok engko boleh senyap krik krik krik at least ko bagi lah status duit balance tu nak transfer back atau selit kat parcel kan elok tu

Tips Ke Enam
Hamboi sebelum dapat duit bukan main lemak merdu sopan santun lagi engko melayan custmer tetapi bila dah dapat duit boleh engko bermalas malasan nak jawab pertanyaan custmer, engko biarkan jer wassup blue tick padahal dia nak tanya jer barang pos bile agaknya yer???

Tips Ke Tujuh
Ini lagi satu jenis spesis seller, langsung tak say tq kepada custmer, bila custemer dah bank in memang harem nak say tqvm atau bla bla bla bagi tau detail pos kan, engko dah kenapa senyap seribu bahasa buat custmer panik sejuta tau haishhh memang nak kena engko ni kan

Tips Ke Lapan
Ini memang sejenis yang suka memaksa, bila cutmer tanya tu tak semestinya dia nak beli, kot kot bila dengar harga memang dia rasa mahal dan tak mampu nak beli yang engko dok wasup berulang kali tanya bila nak bank in dah kenape..biarkan jer lah dia senyap dulu kot kot esok lusa rezeki dia ada, pandai lah dia wasup semula, kalo dia tak wasup tu ignore jelah anggap bukan rezeki hang..haish engko ni memang jenis memaksa jer kan

Ini semua pengalaman akak selama 3 tahun sebagai peniaga dan pembeli online walau apa pun kita bukan lah perfect tetapi kita cuba buat yang terbaik untuk semua.





4 comments:

  1. Setuju sangat dengan entry ni. Kalau semua seller berfikiran macamni mesti pelanggan senang hati hehe. Kadang-kadang nak berniaga ni janganlah berkira dan tahi hidung masin sangat. Yang penting bahasa dengan customer tu kena sentiasa jaga. Good entry! followed you here :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....ramai yang macam tu kan sekarang ni

      Delete
  2. Well said lulu...
    Semua tips mmg bernas...
    Haish, bab duit ni, jgn bawa main2...
    lagi2 kalau org dah trust kita....
    Cheers.

    ReplyDelete