KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Wednesday, 26 April 2017

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG ROLLED OAT NA TANPA SENGAJA (BABY 11MTH)


Assalamualaikum....

Ingatan mama dah ke laut sejak dua menjak ni, boleh mama lupa yang beras kat dapur dah habis. Pepagi bangun siapkan lauk NA bila nak cedok beras uikss kosong, beras dah habis rupenye, hati mama dah gundah sambil berfikir fikir apa nak masak untuk budak tecit ni.

Ok tak pe, hari ni kita masak sup ayam kampung jer dengan kentang lenyek, sambil siapkan ayam tetiba mama terpandang rolled aot NA masa awal-awal start solid food dulu masih ada balance so mama pun buat lah resepi baru iaitu RESEPI ROLLED OAT SUP AYAM KAMPUNG TANPA SENGAJA.

Bahan-Bahanya

1) satu slice ayam kampung, ayam bandar pun ok jer,while NA tak start makan ayam kat luar lagi so kita bagi ayam kampung atok jer.
2) hirisan bawang putih dan bawang merah serta hirisan halia sikit jer ikut kesesuaian seorang baby
3) bunga lawang, kayu manis, cengkih yang ni jer ada kat rumah,
4) sebiji kentang di potong dadu
5) batang saddlery
6) sayur sawi
7) daun sup
8) roll oat
9) unsalted butter atau olive oil

Cara Memasaknya
1) akak rendam dan basuh sekejap jer rolled tadi dan ketepikan Sebenarnya cara penyediaan roll aot ni kena rendam dalam 12 jam untuk elak anak sembelit, kalo korang nak tahu teknik boleh cuba baca kat SINI

2) tumiskan bawang putih, bawang merah, haliah dan bunga lawang, kayu manis tadi menggunakan unsalted batu sehingga naik bau

3) masukkan air dan ayam serta kentang biarkan mereka mesra seketika

4) agak-agak ayam dah empuk masukkan pula rendaman oat tadi biarkan oat masak tak lama pun, agak-agak lembut

5) last sekali masukkan batang saddlery, daun sup dan sawi kemudian kacaukan mereka dan tutup api biarkan sejuk kemudian blend kan. dah siap untuk dihidang sangat mudah kan

*** kayu manis dan bunga lawang tu tak yah lah blend ye, tulang ayam kalo ada kuarkan baru blend tau nati tak pasal pasal anak tercekit ketika makan

ok lah itu saja cerita mama hari ni.. bai bai sharing is caring


akak beli organic roll oat mcm ni



amount ni NA makan sampai mlam



















dah siap masak, bila sejuk boleh lag di blend

suke ler tu mkn oat
diet sikit tau nati mok mok mcm mana
Post a Comment
copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME