KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Tuesday, 4 April 2017

RESEPI SUP JAGUNG IKAN SALMON UNTUK BABY 8 MTHS ABOVE

Assalamualaikum…
Nur Aqeela (NA)  dah 9 mths so macam2 menu yg hakak boleh sediakan utk dia, hari ni hakak sediakan sup jagung ikan salmon bersama nasi ala2 resepi mak mak yg tengah lapar
bahan-bahan
  1. ikan salmon yg dah dibuang tulang, quantity ikut suka nak bnyak mana (ikut mulut anak yg nak makan tau bukan ikut mulut mak hahaha)
  2. jagung manis yg dah di ceraikan dr tangkai (ntah betul ke ayat tang tangkai tu)
  3. satu biji keledek jepun, bagi rasa lemak manis
  4. sedikit timun jepun memandangkan nak habiskan timun jepun so kita masuk je lah
  5. sedikit lobak, biar nati anak senang nak po po
  6. nasi ( sekali masak dengan nasi satu rumah nak makan, nati amek sedikit ikut mulut anak nak makan tau)
bahan-bahan lain penyedap rasa
  1. unsalted butter utk menumis (tak mau garam dan gula tau sehingga lah anak pandai memilih makanan sendiri guna bahan2 perasa dr sayur atau buah)
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. bunga lawang
  5. kayu manis sebagai pemanis makanan
  6. daun sup
cara memasaknya
1.panaskan unsalted butter
2.kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan cengkih sehingga mewangi macam stacy dan akim
3. lepas tu masukkan pula air, agak2 air dah mendidih masukkan pula jagung manis dan keledek jepun tadi, biarkan seketika sehingga lembut, tutup kuali agar jagung dan keledek cepat empuk,
4. rasa rasa dah nak empuk (jagung dan keledek tadi) masukkan ikan salmon  biarkan salmon keledek dan jagung masak sekali
5. jgn lupa masukkan carot dan timun jepun
6. dan akhir sekali sebelum tutup api masukkan daup sup
7. biarkan sejuk dan blend kan bersama nasi, blend kan ikut tekstur umur anak atau ikut kesukaan citasa rasa anak yg nak makan…mak mak nati bila anak dah kenyang ada lebihan maka mak mak boleh letak kicap dan makan bersama lauk semalam so mak tak terkilan melihat anak makan sorang hahaha
selamat mencuba u allsssss
 muka NA kekenyangan 

Post a Comment
copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME