Wednesday, 31 May 2017

TAHNIAH SAHABAT KU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini dapat berita gembira dari sahabat baik Mrs Pip , insyaAllah 9 bulan akan datang lahir lah anak yang ke 3, tahniah sekali lagi moga sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah swt.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami berikanlah ampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (QS. Ibrâhîm: 41-42).

Me lulu.......

Tuesday, 30 May 2017

BERPUASA DIBUKTIKAN DAPAT MENCEGAH BARAH

Assalamualaikum..


Perkongsian dari facebook Dr.Zubaidi Hj.Ahmad
BERPUASA DIBUKTIKAN DAPAT MENCEGAH BARAH
Oleh Kays pada 30 May 2017

Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".

Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.

BAGAIMANA BARAH BOLEH BERLAKU?
Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.
Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

AUTOPHAGY VS APOPTOSIS
Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah.

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.

APA KAITAN PROSES AUTOPHAGY DAN BERPUASA?
Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.
Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.
Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!
BERPUASA

Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.
ISLAM WAJIBKAN BERPUASA
Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.
Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.

Jika anda bukan Islam, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa.
Semoga bermanfaat.

Me Lulu

Sharing is caring, caring is loving.....

Monday, 29 May 2017

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DARI SUDUT PERUBATAN

Assalamualaikum..

Fatwa Ramadhan

Artikel fatwa puasa yg disiar kembali boleh Dr Abd Basit (Abu Anas)
Keputusan “Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Menurut Al-Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun,ianya boleh membatalkan puasa.

Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.
2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
4- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.
5-Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
6- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan).
7- Penderma atau menerima pemindahan darah.
8- Oksigen dan Gas Bius.
9- Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
10- Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
11- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.
12- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
13- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
14- Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya (contoh; IUCD, alat pencegah kehamilan dalam rahim).
15- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK
MEMBATALKAN PUASA




1- Ubat titis hidung, semburan hidung (inhalers) dan ubat sedut.PSD
2- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
3- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.
4- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.
5- Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut. 

Alhamdulillah, dengan penjelasan ini semoga terjawab persoalan yang sering menjadi pertanyaan dan kemusykilan bagi para muslimin dan muslimat sekelian. Selamat menjalani ibadat puasa, semoga Allah menerima semua amalan baik kita dan memberi kekuatan dan hidayah untuk kita istiqamah melakukannya.

Akhukum:
Abu Anas Madani,
info dari fb Dr.Zubaidi HJ.Ahmad

Me Lulu
Sharing is caring, caring is loving............

TIPS BERJIMAT DI MUSIAM PERAYAAN

Assalamualaikum 



Taraf hidup yang semakin mencanak tinggi ketika ini sangat lah membebankan kita kan, ramai yang mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos perbelanjaan hidup yang terlalu mahal terutama yang tinggal di bandar-bandar besar, keadaan ekonomi keluarga yang suam-suam kuku ini ada baiknya kita mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu so shoping online shuh shuhh jauh kau dari hidup ku...


Sekarang lah masa terbaik untuk membuat unjuran perbelanjaan menjelang hari raya agar aliran tunai kita nati tidak mengalir laju tanpa henti dan akhirnya membebankan diri sendiri dan keluarga selepas raya nati. Disini akak nak share tips berbelanja semasa musim perayaan 



  1. jika anda tidak mempunyai simpanan, jangan sesekali membuat pinjaman untuk berbelanja, maksudnya tak perlu lah beli baju raya mahal-mahal kalo duit ciput sampai nak pinjam duit bagai.
  2. Jika anda tidak menpunyai bajet untuk perjalanan di musim perayaan, ada baiknya duduk di rumah sahaja menunggu kaum keluarga dan melayan tetamu yang datang ke rumah
  3. Cuba buat sendiri biskut raya di rumah dan dibantu oleh anak-anak dan ahli keluarga tidak perlu membeli kerana ia lebih mahal berbanding buatan sendiri, bila buat kuih bersama keluarga sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan anak-branak kan.
  4. Tidak perlu pening kepala memikirkan tentang pemberian duit raya jikalau tidak berkemampuan, hanya berikan masa, bantuan tenaga kepada kaum keluarga itu lebih berharga dari duit bukan, berikan masa berborak dan bermesra bersama anak-anak dan kaum keluarga di musim perayan, tolong kemas rumah dan basuh pinggan itu sudah jauh lebih baik dari wang ringgit kan.
  5. Jika anak-anak pula mendapat duit raya pastikan duit mereka disimpan dan sediakan tabung agar tidak dibelanjakan dengan boros, jangan pula mak bapa yang sapankan duit anak-anak
  6. Elakkan sama sekali berbelanja mengikut gerak hati, persetankan bisikan-bisikan yang memujuk membeli barang-barang murah jika tidak perlu, jauhi jualan hari raya, ingat membeli mengikut keperluan sahaja
  7. Apabilah terpandang jualan murah cepat-cepat fikir JIMAT,
  8. Bagi yang anak-anak ramai nak sekolah, ingat lah bajet untuk keperluan sekolah tahun depan seperti yuran, alat tulis dan pakaian seragam sebelum anda menghabiskannya pada musim perayaan.
Itu sahaja perkongsian hari ini, kalo korang ada tips lagi boleh lah share ya, moga bermanfaat untuk semua.

me lulu

sharing is caring , caring is loving...










Sunday, 28 May 2017

HAK KEJIRANAN

Assalamualaikum..


Alhamdulillah tahun ni akak sudah mula berborak dengan jiran sebelah rumah, sebelum ni memang idok ler, bila dia kuar akak masuk begitu jugaklah dia huhuhu..sombong!!! tidak sama sekali munkin sebab masing-masing bekerja, keluar pagi balek malam, hujung minggu pulak sibuk dengan family masing-masing maka jawabnya tidak mengenali jiran sebelah, oh Kuala Lumpur ku.

Namun setelah berhenti kerja dan kebetulan jiran baru pun tidak bekerja, maka kami pun memulakan perkenalan sebagai jiraan sebelah kiri rumah, namun sebelah kanan pulak tahun ini baru sekali berborak itu pun setelah NA lahir dan dia memberikan hadiah sebagai ucapan tahniah. sebelah kiri dan kanan munkin permulaan yang baik namun depan belakang sebelah dan sebelah lagi langsung tak mengenali. 

Semoga suatu hari nanti akak dapat mengenali dengan baik jiran-jiran sebelah rumah.

Koleksi Hadith

Hak Kejiranan

Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah engkau menghina seorang jiran kepada jiran tangga yang lain, sekali pun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :


  1. Islam melarang caci-mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.
  2. Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberian itu sedikit.
  3. Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjamin kedamaian dan keharmonian hidup.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin & Jakim


Me lulu

sharing is caring



Wednesday, 24 May 2017

BERHATI-HATI DENGAN PEMBELI ONLINE YANG MENIPU

Assalamualaikum...




Akhirnya tertipu juga dengan si pembeli online, memang licik dia mengambil kesempatan pada seller online macam akak ni, ok tidak mengapa munkin itu sumber pendapatan dia, kerjaya dia dan kita biarkan Allah swt yang memberi hidayah moga dia bertaubat.

Ceritanya begini, beberapa hari yang lepas akak didatangi oleh seorang pembeli menerusi wasup, tiada yang mencurigakan sama seperti pembeli lain juga yang ku kira sangat memerlukan kain secepat mungkin maklumlah dah nak masuk ramadhan, bila lambat nati tailor pulak tutup.

Dalam wassup itu dia menghantar gambar kain yang dia mahukan berserta slip transaksi melalui CIMB, akak memandang sekilas sahaja slip tersebut itu sudah kebiasaan melihat slip dan membalas dengan cepat wassup pelanggan kerana yang lain juga perlu akak balas.

Selepas mengucapkan 'tqvm' kepadanya dia memberikan alamat untuk dipos dan akak membiarkan wassup itu sehingga petang, bila petang akak memberikan dia no tracking pos laju menandakan kain sudah di pos, namun kebiasaan juga customer tidak membalas, munkin sibuk agaknya
tansaksi yang dia wassup, nampak tidak ada yang mencurigakan
Keesokkan harinya akak memeriksa semula transaksi itu berulang kali, sah memang tiada transaksi dibuat pada tarikh dan masa itu, akak mula mencari wasup dan bertanyakan hal itu namun sehingga ke hari ini tidak berbaca. Akak memeriksa tracking tersebut dan kain telah selamat sampai dan diterima. Sehingga ke hari ini pun akak cuba menghubungi dia namun talian tidak dapat dihubungi,

Tidak mengapa ku lupakan sahaja kerana banyak pengajaran untuk akak disitu yang patut kusyukuri, sesuatu yang aku kira tidak baik tidak semestinya betul-betul tidak baik untuk aku so let it be cuma jadikan pengajaran dan lihat semula dalam diri munkin sebelum ni akak ada membuat silap kepada ramai customer , ya itu aku akui kadang-kadang terkurang meter untuk custmer, kadang-kadang duit balance terlupa selit dalam parcel dan kadang-kadang akak moody melayan customer, datang nya si penipu ini memberi kesedaran pada akak supaya sentiasa berhati-hati dan melayan baik semua orang.

Korang peniaga online di luar sana berhati-hati ya pastikan mereka tidak berpelung untuk menipu,bagi yang mahu contact no dia atau screen shoot perbualan itu boleh wassup akak atau email ya,munkin untuk simpanan agar tidak terkena juga dan akak tidak sama sekali publish nama, alamat dan no telefon dia.

Last word, pembeli online yang menipu itu wujud....berhati-hati ya seller online


Me Lulu...
sharing is caring...


KLIK DISINI UNTUK MELIHAT WARNA-WARNA KAIN PASANG KAMI




TARIKH TUTUP PERMOHONAN KEDIAMAN PR1MA PADA 2 JUN 2017 PUKUL 5PM

Assalamualaikum


kediaman PR1MA yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan sesuai untuk gaya hidup terkini.


Tiga tahun lepas akak ada membuat permohonan untuk memiliki rumah prima namun tidak berjaya, ok tak apa bukan rezeki agaknya, namun setiap kali ada pembinaan baru maka pihak prima akan menghantar email pemberitahuan mengenai rumah kediaman berkenaan oleh itu suka akak share agar rakain-rakan diluar sana boleh mencuba ya.

Rebutlah peluang keemasan untuk memiliki kediaman PR1MA yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan sesuai untuk gaya hidup terkini.


Untuk makluman, permohonan bagi kediaman PR1MA @ Kajang Utama, Kajang (Selangor) akan ditutup pada 2 Jun 2017, 5:00PM


Permohonan kini lebih mudah melalui aplikasi pintar PR1MA (mobile apps “PR1MA”).
Log masuk ke akaun anda, klik‘memohon sekarang’dan pilih kediaman impian anda. Seterusnya, anda boleh menyemak‘status permohonan ’selepas proses pengundian dijalankan dan disahkan oleh juruaudit.


Untuk anda yang masih belum melengkapkan pendaftaran PR1MA anda, lengkapkan pendaftaran yang amat mudah ini dengan segera agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki kediaman PR1MA idaman anda.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 7962 4374

atau layari website PR1MA

TOPIK FEBERET DALAM BLOG YANG SUKA DI BACA

Assalamualaikum....

Semenjak menjadi suri rumah, akak gemar membaca blog berkaitan dengan peralatan rumah, segala macam tips pembersihan rumah atau apa-apa yang berkaitan dengan penjagaan rumah gitueeee. mak mak sangat kan....sebelum ini akak gigih mencari info berkaitan dengan membersihkan habuk di dalam rumah, menghalau nyamuk, pembersih baju, pembersih pinggan mangkuk dan macam-macam lagi tentang peralatan rumah, kekadang terjebak membeli barang-barang yang di promote atau dicadankan dalam blog, memang membantu sesangat blogger ni. Akak memang berterima kasih kepada blogger kerana idea dan cadangan mereka sedikit sebanyak menyelesaikan masalah rumah dan tangga gitueeeee.


Namun topik-topik lain juga masih menjadi kegemaran akak contohnya tips keibu bapaan, tips perniagaan online dan yang terbaru berkaitan dengan blogging, kalau muncul jer topik-topik ini memang akak tak lepaskan peluang untuk membacanya manakala cerita yang membuatkan otak akak menjadi kejung bila membacanya adalah yang berkaitan dengan tempat-tempat percutian dan tempat-tempat makan, hentah kenapa topik ini otak jadi kejung ketung munkin sebab akak bukan suka bercuti atau pergi makan-makan tapi tak jugak atau mungkin kah ceritera mereka terlalu panjang berjelah sampai ber episod episod atau kah bercerita bukan dari hati, ini lah yang dikatakan lain orang lain kesukaannya.

Korang pula suka topik yang bagaimana? adakah topik sensasi messy, atau cerita bagai novel nati boleh share dan akak boleh menulis tentangnya...

Setakat ini dulu cerita kita esok sambung lagi..

me lulu

sharing is caring...........

KLIK DISINI UNTUK MELIHAT KAIN PASANG KAMI




Monday, 22 May 2017

PEMILIHAN PAKAIAN UNTUK KANAK-KANAK LEBIH SELESA

Assalamualaikum


BAJU YUSUF ANAK HANIS ZALIKHA JUGA SEJENIS FABRIK YANG SELESA UNTUK KANAK-KANAK



Apabilah mempunyai anak, pakaian merupakan perkara penting yang selalu difikirkan oleh ibu-bapa, mereka mahu memastikan apa yang dipakai oleh anak selesa dan tahan lama, maklum lah kanak-kanak kan sememangnya lasak dan aktif bergerak, lagi-lagi mereka belum pandai menjaga kebersihan pakaian yang dipakai segala jenis coklat, snek dan lopak lumpur boleh melekat di baju dan seluar, bagi anak-anak yang mempunyai kulit sensitif maka pemilihan fabrik sangat lah penting agar mereka kekal sihat.Disini akak berikan sedikit tips untuk panduan ibu-bapa memilih fabrik pakaian anak-anak


1) Jenis tenunan kain.
Jika anda memegang kain dibawah cahaya lampu, anda boleh melihat bagaimana ketat atau longgar kain ditenun. Jika kain ditenun longgar atau jarang-jarang, ia sudah pasti tidak dapat bertahan dalam penggunaan yang lasak, jadi cuba elakkan membeli pakaian anak-anak yang mempunyai jenis tenunan jarang-jarang.

2) Tidak mudah luntur atau turun warna
Pakaian kanak-kanak sudah pasti lebih kerap dicuci berbanding baju orang dewasa kerana penggunaan yang kurang cemerkap,oleh itu pemilihan fabrik yang tidak mudah luntur setelah dibasuh berulang kali adalah penting, pilih lah warna asas dan warna cetak yang sama, jika warna asas putih dan kain itu dicelup dalam warna yang berbeza kemungkinan warna akan pudar selepas beberapa basuhan, untuk ingatan warna-warna terang mempunyai kecenderungan untuk pudar lebih cepat.


3) Tidak mudah berkedut atau kusut
Pilih lah jenis pakaian yang tidak mudah kusut masai selepas dibasuh atau semasa digunakan, memandangkan ibu pun tidak mempunyai banyak masa untuk menggosok baju anak.


4) Ketahanan kain
Kanak-kanak membesar dengan cepat, baju-baju mereka pun cepat tidak muat dibadan oleh itu pilih lah kain yang stretchable (memeri sedikit) supaya pakaian mereka boleh digunakan sekurang-kurangnya satu atau dua tahun. Kain seperti anjal cennderung untuk meregang dan ia adalah pilihan yang bijak. Selain itu ibu-bapa juga boleh membeli baju yang lebih besar dari umur anak, jika umur setahun beli lah baju yang berumur dua tahun


5) Plih jenis daripada cotton
Beberapa jenis kain yang sangat sesuai dengan kanak-kanak namun material dari jenis kapas adalah lebih sesuai kerana jenis ini ringan, sejuk dan lembut bila dipakai.
KLIK DISINI UNTUK MELIHAT PELBAGAI JENIS FABRIK


6) warna fabrik
Ia adalah satu amalan biasa memilih warna merah jambu untuk perempuan dan warna biru untuk kanak-kanak lelaki.Namun pemilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit juga perlu dipertimbangkan, kebanyakan semua warna sesuai dengan kanak-kanak berkulit cerah manakalah mereka yang mempunyai kulit gelap yang terbaik adalah warna putih, merah jambu dan hijau.




Setakat itu sahaja sedikit panduan berkaitan pemilahan jenis fabrik untuk pakaian anak-anak.

me lulu...

sharing is caring



NEELOFA JADI DUTA TN50, MAKIN LAKU LAH TUDUNG LOFA LEPAS NI

Assalamualaikum...

I LIKE YOU LOFA, LEPAS NI TAK YAH BERLAKON DRAMA YE KERAS KETUNG AKAK MELIHATNYA


Sudah kah kamu memahami apa itu Transformasi Nasional 2050???

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Sasaran dari sebuah negara maju menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Ini bermakna kita sebagai rakyat Malaysia patut menyumbang sesuatu untuk menjayakan TN50.

Baru-baru ini seramai 13 individu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan berjaya da­­­­lam bidang masing-masing dipi­lih sebagai Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50), untuk mendekati golongan muda bagi mendengar idea dan aspirasi mereka, salah seorang daripadanya adalah Noor Neelofa Mohd Noor atau lofa. Hamboi cik lofa makin auuummm kau sekarang ya, apa pun tahniah cik lofa, dia memang layak menjadi duta kerana kejayaan dia dalam perniagaan tudung diusia muda dan ramai remaja di luar sana yang menjadikan lofa sebagai sumber inspirasi bukan setakat remaja sahaja, remaja purba macam akak pun meminati cik lofa tau....


Semoga TN50 berjaya mencapai sasaran 30 tahun akan datang, setidak tidaknya semua rakyat Malaysia faham misi TN50 sebagaimana wawasan 2020 yang mana budak kecil pun sentiasa melaungkan slogan wawasan 2020 menunjukkan mereka juga peka.


hamboi lofa seweet meeweet kau kan dgn si fatah



me lulu...

sharing is caring



SEBARKAN UCAPAN ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum

Masih mencuba untuk mengucapkan salam setiap kali berjumpa dengan orang,bila tidak terbiasa memang sukar kan, namun dalam sms atau wssup pun boleh juga dipraktikkan, kebiasaan bila jberumpa dengan orang yang kita kenal sahaja ucapan salam kita lontarkan, kalo tidak mengenali taubat lahum nak bagi salam, itu lah akak tapi kita cuba sebaik munkin memperbaiki diri ya..

Koleksi Hadith

Sebarkan Ucapan "Assalamualaikum

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.”

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :

  • Beriman kepada Allah SWT adalah syarat utama untuk masuk Syurga.
  • Sifat berkasih sayang sesama manusia boleh menyempurnakan keimanan seseorang.
  • Ucapan salam merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
  • Islam menggalakan umatnya supaya sentiasa mengamalkan ucapan salam bagi memperingatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama umat Islam.
  • Memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin & Jakim

me lulu...

sharing is caring

CLIK DISINI UNTUK MELIHAT PELBAGAI JENIS KAIN PASANG MENARIK

Saturday, 20 May 2017

SEBELUM HIDUP BERAKHIR,SEBELUM PINTU TAUBAT TERTUTUP SEBELUM RAMADHAN DATANG SAYA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum...


kurang lebih seminggu lagi kita akan menyambut ramadhan, umat islam sudah mula membuat persediaan termasuk akak, akak memulakan dengan doa dan niat semoga puasa tahun ini akak lebih firm dalam ibadah-ibadah seharian yang tidak terjaga. walaupun simple bagi orang lain tetapi akak struggle untuk laksanakan beberapa perkara sejak setahun ini memandangkan akak mempunyai anak kecil.
  1. tidak meninggalkan solat 5 waktu, jika tertinggal tanpa sengaja wajib ganti dengan on time
  2. tidak melambat-lambatkan waktu solat
  3. kusyuk dalam solat
  4. tadah tangan berdoa selepas solat
  5. berzikir selepas solat
  6. setiap hari mengerjakan solat dhua
  7. dua rakaat solat malam
  8. baca quran atau setidak-tidaknya baca yasin
  9. solat taraweh di masjid ataupun di rumah
  10. mengikuti kuliah agama
Ini sebenarnya cheklist akak seharian walaupun bukan di bulan ramadhan, nampak simple dan senang bagi orang lain namun akak bekerja keras untuk istiqamah dan sudah tiga tahun akan berusaha untuk menghadiri kuliah agama namun sekali pun belum berjaya lagi. semoga tahun kami sekeluarga diberi rezeki menghadirkan diri di mana-mana kuliah agama. Disini ada seminar yang akak kira sangat baik untuk persediaan ramadhan, yang berdekatan jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri ya



Akak mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa ya, ampun maaf sekiranya ada perkataan dalam tulisan blog menyinggung perasaan kawan-kawan semua.

Ikhlas dari hati

lulu





Friday, 19 May 2017

UMRAH DIY ITU HARAM KATA KERAJAAN ARAB SAUDI

Assalamualaikum....


Apa benda umrah DIY tu????

Umrah diy (do-it-yourself) iaitu umrah yang dilaksanakan secara bersendirian dan tidak melalui syarikat pengendali umrah muassasah, mereka pergi secara bersendirian atau bersama geng-geng depa ja.

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang berkongsi pengalaman mengerjakan umrah diy di laman sosial, salah satu sebab mereka melaksanakan umrah diy adalah kerana kos yang jauh lebih rendah berbanding melalui muassasah.

Menggunakan perkhidmatan muassasah memang sedikit mahal berbanding diy kerana muassasah berperanan mengurus perjalanan dan menjaga kebajikan peserta sepanjang tempoh umrah dan ziarah selain menjadi pihak yang boleh dirujuk jika menghadapi sebarang kesulitan luar jangka. selain itu juga ia membantu dalam urusan kecemasan seperti masalah kesihatan, kemalangan atau kematian

Korang yang ada niat mahu mencuba umrah DIY, baik lupakan saja kerana kerajaan Arab Saudi telah memberi peringatan bahawa ia adalah satu kesalahan disisi undang-undang kerajaan Arab Saudi dan jika didapati akan ditangkap.

Umrah itu sendiri bermaksud permusafiran suci, biar lah segalahnya berakhir dengan baik-baik saja dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Kain Pasang Sakura Cotton Kuning Diraja


Thursday, 18 May 2017

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY EYJA

Assalamualaikum...

Terasa seronok pulak join segmen ni, macam join pencarian harta karun, terasa macam akan jumpa emas yang bertimbun huk huk huk wahai cik Eyja pilih lah akak jadi teman mu la la la la ok jom kengkawan join segmen santai- santai jer klik banner kat bawah


akak pon nak promote gak segmen akak yang tengah berjalan ye kot-kot ada yang sudi menyinggah dah terui join sekali





TEH TARIK DAUN PUDINA SANGAT SEDAP

Assalamualaikum...

Daun pudina beli dekat pasar malam, banyak sangat sampai tak tau nak buat apa, cik abang kata boleh buat colgate 

Hai korang.....akak suka nak share rasa teh tarik daun pudina, bagi tekak serba boleh macam akak ni memang sungguh enak rasanya namun sesetengah orang akan refuse teh tarik daun pudina dan dan yang jumud tak suka mencuba rasa kelainan pastinya dia akan tolak.

Tengah menikmati hidangan teh tarik daun pudina sambil ditemani oleh pc 
Sebenarnya masa kenduri menyambut bulan ramdhan baru-baru ini, kami menghidangkan teh kepada tetamu, salah seorang ipar akak memang penggemar teh o ditambah dengan daun pudina, akak pulak penggemar teh tarik maka apa salahnya letak sedikit daun pudina ke dalam secawan teh tarik maka rasanya sungguh nyaman dan auuummmm sedap. Bila minum sedap-sedap ni pasti teringat dengan cik abang sayang, maka ku hidangkan secawan teh tarik untuk nya

Bila dia rasa jer teh tarik daun pudina itu, cik abang terus melompat "uiks rasa apa pulak ni, macam abang tengah minum air Colgate, abang nak teh tarik biasa tu" ok baik lah bang, saya yang menurut perintah, itu lah contoh tekak yang banyak cekadak la la la la


Ok untuk info berkaitan daun pudina clik jer DISINI


sharing is caring....




SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017

Assalamualaikum...

Ini yang kali ke dua akak join pencarian segmen bloglist by cikla, jari jemari akak yang kasar ni dah lemah gemalai ingin menulis segmen, lepas ni roger-roger akak tau kalo ada segmen macam ni, akak nak lah ramai kengkawan juga la la la la

hokeyyy cikla akak follow... u like me, i like u toooo


Sementara tu akak pun nak ajak u all join segmen santai -santai jer, segmen follow group fb 







Wednesday, 17 May 2017

PENCARIAN BLOGLIST 11 MEI-20 MEI 2017 BY FAIQ NAJMI

Assalamualaikum....

Yehuuuuu... first time nak join segmen pencarian bloglist by Faiq Najmi, bukan tak nak join tapi terasa jari jemari keras ketung bila menaip. harap - harap naik lah nama akak yer dalam blog list si faiq ni

ok faiq akak join, u like me i like u too


nak maklumkan juga blog akak pon ada buat segmen santai-santai jer segmen follow group facebook, mai join sekali 


Tuesday, 16 May 2017

KENANGAN SAMBUTAN HARI IBU NAK NANGIS KER NAK GELAK

Assalamualaikum....



Kebetulan sambutan hari ibu baru-baru ini kitorang berada di kampung, hajat dihati hendak membawa mak (mertua) melawat adiknya yang sakit di sungai koyan Pahang dan alhamdulillah sampai juga mak ke sana, walaupun perjalanan ulang alik lebih kurang 12 jam namun terpancar kegembiraan di wajah mak walaupun kami tahu dia keletihan.

Tidak ada ucapan hari ibu pun untuk mak atau kek untuk santapan, namun bagi akak memenuhi hajatnya melawat adik yang sakit sudah memberi kepuasan untuk mak dan kami, rasanya itulah sambutan hari ibu untuk tahun ini.

Setelah pulang dari kampung dan sesampainya di rumah (KL) akak berbual-bual dengan suami tentang sambutan hari ibu memandangkan ini tahun pertama akak menjadi ibu.

Akak : abang tak da kek ke semepena sambutan hari ibu ini???

Suami : hari ibu!!!!oh hari ibu ker, patutnya Aqeela (10 bulan) yang beli kek untuk ibu, abang beli                    kek untuk ibu abang lah

Akak : oh my gaddddd suami aku, kiranya kena tunggu Aqeela pandai beli kek baru sambut hari ibu               lah yer

Apakah ini, nak nangis ker nak gelak guling-guling....ok u alsss selamat hari ibu kepada kita semua, kita adalah wanita yang penuh kekuatan dan kesabaran...


love lulu



KAIN PASANG SAKURA COTTON 






KENDURI AQIQAH ERIN MALIK IN PURPLE

Assalamualaikum...



Meriah nya kenduri aqiqah Erin Malek untuk anaknya yang bernama Nur Aisha iaitu anak no dua mereka,sungguh cantik dia menggunakan baju kurung purple, nampak manis kan, akak tak minat sangat bila dia berlakon, selepas dia berkahwin dan bertukar penampilan baru akak nampak kewujudan Erin Malek
KAIN PASANG SAKURA COTTON


Seingat akak dia berkahwin di usia muda, ketika itu namanya baru meningkat naik sebagai pelakon, akak solute remaja yang berkahwin di usia muda, bagi akak satu pengorbanan  kerana dia bersedia meninggalkan dunia remaja yang penuh keseronokan dan kegembiraan.

Jom kita tengok gambar-gambar mereka anak-beranak menggunakan tema purple









Monday, 15 May 2017

KENYATAAN RASMI IZARA AISHA BERKAITAN VIDEO YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum...
CANTIKNYA IZARA NI, LAKONAN DIA DALAM DRAMA MELAYU PUN MEMANG BEST

Siapa lah individu yang suka sangat mengaibkan orang lain, macam lah korang ni tidak mempunyai keturunan kan, kesian izara terpaksa explain perkara sebenar yang sepatutnya dia dah lupakan dan tak perlu nak stress pun sementara hari perkahwinan dia dengan anak tiri dato ct tak lama lagi berlangsung

Ini kenyataan izara melalui instagram miliknya

"Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf,Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak lagi mengulanginya.
Sewaktu majlis seperti dalam video itu, ia adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua ever since than (maaf)  saya terus berubah ke arah kebaikan,Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantik saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul.Walaupun saya berasa malu dan sedih dengan tindakan pihak yang menyebarkan video itu tetapi saya mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kelalaian diri saya sendiri.Saya juga ingin memohon maaf kepada keluarga dan peminat serta sesiapa sahaja yang tersinggung dengan.Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya.Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. Insya-Allah, suatu hari anda akan memaafkan saya.Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalammualaikum," 

Bertabah lah izara, semua ni pengajaran yang akan menjadikan kita lebih baik, manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan, kita hanya mampu memohon doa agar Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita.