Thursday, 4 May 2017

KHASIAT BUTTERNUT SQUASH UNTUK BAYI, KANAK-KANAK DAN MAK MAK

ini lah ghupenye labu aka butternut squash tu beli kat gyant dengan harga rm7.14 sebiji ni
Assalamualaikum...

Akhirnya dapat juga butternut squash untuk NA, sejenis labu yang sangat berkhasiat untuk baby dan kanak-kanak, bagi yang baru mengenali butternut ini memang sukar untuk mencari nya kebiasaanya ada dijual di supermarket giant atau jusco itu pun sungguh bernasib baik kalo tidak kehabisan stok

Untuk info,nama saintifik butternut ialah cucurbita moschata, berbentuk lonjong sedikit berbanding labu yang bulat, buternut squash datang daripada kumpulan sayuran yang penuh dengan mineral dan vitamin, terutama sekali vitamin A. rasanya sangat sedap lemak-lemak manis, boleh buat sup atau goreng sebagai finger bite untuk baby.

Beberapa khasiat butternut squash yang mak-mak terlepas pandang ialah

1) mengandungi sumber vitamin A yang sangat baik sebanyak 354% kandungan vitamin untuk hidangan 100 gram yang dicadangkan, vitamin A ini sangat baik untuk kesihatan mata itu sebabnya kenapa kanak-kanak dan bayi amat digalakkan mengambil hidangan butternut

2) juga mengandungi anti oksidan semulajadi yang membantu melawan oxygen free radical yang boleh merosakkan cell badan

3) ia juga mengandungi vitamin lain yang diperlukan oleh badan seperti vitamin C,E,K dan B, ia juga rendah sodium dan tinggi kandungan potassium yang mana potassium penting untuk mengekalkan acid base di dalam badan.

4) ia juga adalah sayuran rendah lemak, tidak mempunyai lemak dan tinggi fiber, sangat bagus untuk sistem penghadaman dan juga boleh menurunkan berat badan

5) sayuran ini juga boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi seseorang

6) sayuran ini juga bagus untuk yang mengidapi asthma kerana ia mengandungi sumber beta carotene yang sangat tinggi

7) yang paling best nye butternut juga boleh melindungi badan dari penyakit cancer, kerana ia sememangnya anti oksidan semulajadi boleh memperbaiki cell badan yang telah rosak

8) juga boleh mengawal terjadinya kencing manis type 1 dan 2, bagi pengidap kencing manis sebaiknya pengambilan butternut boleh mengawal kandungan gula dalam darah

9) wah ini yang best untuk awet muda gitu kerana kandungan vitamin E yang tinggi dan vitamin lain makanya boleh mencantik dan mengahaluskan kulit wajah dan badan

10) butternut ini juga boleh melancarkan sistem penghadaman dan sekaligus mengelakkan berlakunya sembelit

11) selain itu ia juga sangat baik untuk mengekalkan sistem imum badan dari melawan penyakit, terutama sekali selesesama, batuk dan sakit tekak

Nampaknya bukan setakat baby dan kanak-kanak sahaja yang sepatutnya mengambil sayuran ini tetapi mak mak yang nak cantik pun sangat bagus kan, so lepas ini akak nak borong butternut untuk stok anak dan mak juga.

sharing is caring.....





0 Readers ♥:

Post a Comment