Thursday, 4 May 2017

KU PENDAM SEBUAH DUKA


Sukarnya menutup mulut,
Menahan tangan memberhentikan jari jemari menaip sesuatu di muka buku,
Meluahkan rasa kecewa dengan kehilangan,
Luahan kebencian bila disakiti.

Kau kira ketenangan berpanjangan bila meluahkan,
Membiarkan semua dunia tahu apa yang kau rasa,
Kau ingat manusia boleh memahami bahasa mu,
Kau silap manusia itu tetap manusia tidak mampu memberi ketenangan yang kau cari
Pernah kah kau tahu bahawa kedukaan mu datang silih berganti
Tidak bernokhta bila kau terus terusan meluahkan kepada manusia

Kau lupa siapa diri sebenarnya,
Siapa kau di muka bumi ini,
Kau lupa siapa yang memberi perasaan itu,
Kau mula lupa dengan ayat keramat ini

Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui

Alangkah indahnya bila duka itu kau pendam,
kau telan, kau hadam hanya padanNya kau berserah
Betapa nikmatnya kedukaan yang kau pendam
Muncul setelah kau redha dan tawakkal,
Hakikat hari ini betapa Seksanya memendam sebuah duka.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

0 Readers ♥:

Post a Comment