Thursday, 18 May 2017

TEH TARIK DAUN PUDINA SANGAT SEDAP

Assalamualaikum...

Daun pudina beli dekat pasar malam, banyak sangat sampai tak tau nak buat apa, cik abang kata boleh buat colgate 

Hai korang.....akak suka nak share rasa teh tarik daun pudina, bagi tekak serba boleh macam akak ni memang sungguh enak rasanya namun sesetengah orang akan refuse teh tarik daun pudina dan dan yang jumud tak suka mencuba rasa kelainan pastinya dia akan tolak.

Tengah menikmati hidangan teh tarik daun pudina sambil ditemani oleh pc 
Sebenarnya masa kenduri menyambut bulan ramdhan baru-baru ini, kami menghidangkan teh kepada tetamu, salah seorang ipar akak memang penggemar teh o ditambah dengan daun pudina, akak pulak penggemar teh tarik maka apa salahnya letak sedikit daun pudina ke dalam secawan teh tarik maka rasanya sungguh nyaman dan auuummmm sedap. Bila minum sedap-sedap ni pasti teringat dengan cik abang sayang, maka ku hidangkan secawan teh tarik untuk nya

Bila dia rasa jer teh tarik daun pudina itu, cik abang terus melompat "uiks rasa apa pulak ni, macam abang tengah minum air Colgate, abang nak teh tarik biasa tu" ok baik lah bang, saya yang menurut perintah, itu lah contoh tekak yang banyak cekadak la la la la


Ok untuk info berkaitan daun pudina clik jer DISINI


sharing is caring....




4 comments:

  1. Saya tak suka daun pudina ni...tapi kalau dah masuk dalam air asam bulan puasa sedap pula.hahah. memang refreshing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwww air Asam macam mana tu maizan menarik jer bunyi nya ...

      Delete
  2. wow. menarik.
    ni semua la nak try ni. hihi

    ReplyDelete