KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Thursday, 1 June 2017

8 TAHUN PASANG KAMERA CCTV DAN HASILNYA SANGAT MENAKUTKAN

Assalamualaikum

Setelah melihat video ini dan membaca penuh teliti maka ku simpulkan sungguh besar dan cantikknya bumi Allah swt,Dia ciptakan dengan fungsi yang tersendiri, subahannallah maha besar Allah swt.

sumber diambil dari facebook jakim

Dua orang jurugambar professional yang dikenali sebagai Adam LeWinter dan Jeff Orlowski telah merakamkan gambar perubahan glasier di Kutub Utara dengan menggunakan teknik time-lapse menerusi lensa kamera mereka.Kamera-kamera itu kemudiannya dibiarkan di sana selama tujuh tahun untuk tujuan dokumentari mengenai pemanasan global.

Di dalam filem dokumentari yang berjudul Chasing Ice ini, sebuah bongkah glasier yang besar telah dirakamkan runtuh secara tiba-tiba di hadapan mata mereka.Filem dokumentari yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menceritakan, bagaimana dahsyat dan mengerikannya kesan dari runtuhnya glasier di Kutub Utara yang membuat Bumi menjadi semakin panas.

Semasa di Greenland Barat pada tahun 2008, mereka telah merakamkan saat-saat yang akhirnya menjadi sejarah besar tentang pemanasan global.LeWinter dan Orlowski berhasil merakam apa yang dikatakan sebagai runtuhan glasier yang terbesar dalam sejarah yang pernah dijadikan filem.

Proses runtuhan glasier yang bernama Ilulissat Icefjord itu tidak berlaku di dalam sekelip mata, sebaliknya ia memakan masa hampir 75 minit lamanya. Ianya menjadi runtuhan glasier yang terbesar di dalam sejarah kerana pencairan glasier merangkumi sehingga 1.6 kilometer dari tepi laut. Dengan isipadunya yang mencapai sehingga 7.4 kubik kilometer, ketebalan 910 meter dan puncak setinggi 120 dari paras laut, ianya memang merupakan sebuah glasier yang paling besar pernah dilihat mencair di hadapan mata mereka.

Filem dokumentari Chasing Ice ini telah berjaya mendapat lebih dari 30 penghargaan di pelbagai festival, termasuk Award of Excellence in Cinematography di Festival Film Sundance 2012 dan The Best Documentary dari International Press Association.


Sumber disini

me lulu..
sharing is caring, caring is loving..........


2 comments:

Ana Suhana said...

Besar kan kuasa Allah. Tak terjangkau akal fikiran kita.

Dokumentari mcm ni selalu mahal harga dia. :)

Siqah Hussin said...

Subhanallah. Tak terkata tengok video. Besar kuasa Allah. Terima kasih untuk orang yang rakam video camni. At least kita pun tahu.

copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME