Thursday, 1 June 2017

SENARAI HARAPAN

Assalamualaikum...


Sebelum berpuasa baru-baru ini akak adalah terbaca wishlist aka senarai harapan seorang blogger, bila terbaca rasa best juga kita luahkan dalam blog biar orang tahu kerana sedikit sebanyak boleh mencetuskan semangat seseorang untuk terus bekerja keras mencapai harapan-harapan yang dia mahukan, lagi satu harapan itu juga satu doa lebih-lebih lagi bila selalu diucapkan tapi jangan overdose pulak kan, macam akak ni jenis yang memendam segalah macam idaman kalbu hahahaha tapi setelah difikir fikir memandangkan ia boleh membawa satu semangat kepada orang lain munkin, oleh itu akak tuliskan di sini.

Senarai harapan akak memang banyak cuma yang sentiasa dalam ingatan dan belum tercapai adalah memiliki sebuah office di rumah maklumlah akak kan seorang peniaga online sepenuh masa, berniaga pun dari rumah so akak nak lah sebuah bilik yang selesa untuk bekerja, sebuah office yang dilengkapi dengan peralatan office dan sebiji desktop Apple iMac 27 -inch with retina 5k display, last time jenjalan beli iphone so terkesima lah nengok iMac ni yang berharga lebih kurang rm8k


.
alamak best giler office macam ni, tenang jer kan

idaman kalbu, bila agaknya tercapai
Ruang office tu kena lah mempunyai ruang yang besar boleh memuatkan sebuah almari fail, meja office, sofa untuk akak dan suami berborak-borak santai hahaha dan yang pastinya office tu mempunyai separuh dinding kaca untuk memandang pokok-pokok dan bunga-bungaan di luar rumah.

sekarang menggunakan desktop pc Dell untuk bekerja dan diletakkan di sebuah sudut ruang tamu rumah ada ketikanya agak serabut sedikit
desktop Apple iMac 27 -inch with retina 5k display berharga lebih kurang rm8k
Memandangkan sekarang akak tinggal di kawasan yang tidak mempunyai pokok-pokok di luar rumah maka satu perkara yang mustahil pulak untuk idamkan office berpemandangan sperti itu namun kami sekeluarga mempunyai perancangan masa depan untuk berpindah dan menetap di kampung dan membina kediaman baru disana so layout plan rumah baru nati akan ada lah sebiji office seperti yang diidamkan. InsyaAllah semoga harapan ini tercapai dalam masa terdekat aminn

Ok itu sahaja wishlist/senarai harapan akak, korang pun mesti ada kan, boleh lah share sebab perkongsian itu boleh menaikkan semangat kawan-kawan lain untuk mempunyai harapan juga.

Harapan itu juga satu doa................

Me lulu..

Sharing is caring, caring is loving.......







1 comment:

  1. Insyallah kak. Semoga impian akak menjadi kenyataan. Mac memang terbaik kak =)

    ReplyDelete