Friday, 28 July 2017

MOZAIK LANTAI RUANG TAMU MELETUP PECAH BERDERAI

Assalamualaikum...

Alkisahnya...baru baru ini ruang tamu rumah akak meletup, pecah berderai setelah genap 17 tahun diduduki, ketika itu kitaorang baru balek dari berbuka puasa di luar, melangkah saja masuk rumah bunyi letupan yang kuat kedengaran bersama dengan mozaik yang pecah terangkat ke atas. Boleh tahan kuat lah bunyi letupan tersebut sehinggakan jiran sebelah rumah keluar bertanyakan apa sudah jadi...

Melihatkan situasi itu, akak pun fening lalat sambil termenung, bukan risau sebab mozaik pecah, akak sedih ruang tamu tempat tidur yang pecah barai, habis tu malam ni nak tido mana, nampak gayanya tido dalam bilik lah pulak malam ni, ini lah kes nya kalo anak beranak suka bersantai tido di ruang tamu.

Malam tu sehingga pukul 1pm jugak en.suami alihkan serpihan mozaik, sapuh segalah serpihan agar esok paginya NA boleh bermain seperti biasa tanpa ada apa-apa halangan yang membahayakan bagi budak kecil seperti nya yang semua benda nak capai masuk mulut..

Lebih kurang 8'×8' yang habis berderai, so ruang ini lah yang kitaorang kena alas menggunakan karpet supaya bila dipijak tidak mendatangkan bahaya, kaki tidak terluka.

Pinjam gambar google ajer, lupa nak snap foto 

Selesai bab mozaik seketika, cerita pembaikkan kita fikirkan selepas raya pulak sebab kejadian berlaku 2 hari sebelum hari raya kiranya sebulan jugak lah menggunakan karpet sahaja sebagai alas pengganti mozaik dan sekarang sudah bertukar menggunakan mozaik baru. Next story akak cerita pulak ye

Lantai Mozaik pecah dan meletup adalah perkara biasa bagi sesebuah rumah lama kerana bahan mozaik itu sendiri adalah permeable yang mana ia boleh menggelembung dengan penyerapan kelembapan yang tinggi disebabkan oleh pengembangan, tekanan ini lah yang menyebankan lantai merekah serta pecah dan akhirnya meletup selain dari pemasangan lantai tidak mengikut spesifikasi yang betul so korang yang mengalami benda sama jangan risau ia perkara biasa jangan pulak korang rasa terkena santau angin tetiba mozaik meletup huk huk huk.

Itu lah kisahnya lantai ku pecah berderai, ada masa nati akak cerita berkaitan pemasangan mozaik yang kemas dan tak comot..

Sharing is caring...



1 comment:

  1. Lu , lantai tu mau request tiles baru bah tu..hehe..

    ReplyDelete