KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Thursday, 20 July 2017

PENANGAN KOPI EXPRESSO MEMBAWA KEKUATAN LUAR BIASA

Assalamualaikum...

Dah pukul 1.30am mata akak tak menampakkan keinginan untuk ngorok enteng, ini mesti sebab penangan kopi mahal pukul 9pm tadi., feberet akak emmang nya coffee expresso sepahit peria oh memang segar bugar badan akak bila dapat lepaskan gian minum kopi

Tak sangka pula coffe ini juga sebagai milk booster akak, tapi jenis expresso diminum panas- panas lain jenis tak dak maknanya nak milk booster.
Haaa sepertinya kecik kecik tapi boleh membawa kekuatan luar biasa sehingga dapat mengupdate blog auuummmm
Tak selalu pun dapat minum kopi ni namun sebulan tu kena minum jugak bagi melepaskan rindu dengan aroma coffee, biasa akak beli dekat R&R nilai bila balek kg, singgah minum- minum bersama suami, harga rm4 secawan cinonet tu harga yang termurah berbanding tempat lain.

9pm tadi akak beli dari secret resepi rm8+ secawan cinonet,sekali ngap je habis hahaha, sebenarnya kena minum perlahan-lahan sambil hisap cerut, baru feel.....akak minum laju sebab mata dan mulut NA tajam memandang tepat kepadaku nak jugak ler tu, sebelum dia nangis baik akak habiskan cepat.
Minum panas-panas baru menjadi milk booster


Starbuck juga yang paling best se best harganya, paling mahal akak beli rm24 expresso ice blended yang ber topping kan ice cream namun ini bukan milk booster akak may be sejukkkkk, nak bg tau lah ice cream dia memang sedap, sekali minum sentiasa nak lagi
Oh yang ni ku lupakan dulu sehingga NA berumur 2 tahun, dia bukan milk booster hakak, jangan cuba-cuba nak minum kali ke dua ok bye

Masa kecik-kecik dulu, selalau tengok arwah mak minum kopi pahit tu (long black coffee) kiranya fberet drink mak lah, tapi kitaorang tak di bagi merasa alasan nya nati sekolah tak pandai, bila dewasa ni baru akak realised that itu hanya mitos semata mata kebodohan tak berkait lansung dengan minum coffe, sebenarnya dia tak bagi minum disebabkan oleh kandungan kafen dalam kopi itu boleh menggangu tumpuan kanak-kanak dalam pelajaran.

Ramai yang kata mak mak yang breast feed tak elok minum kopi nati anak sukar tidur, namun NA kalo dah ngantuk minum kopi seteko pun dia lelap jugak munkin ia bergantung dengan seseorang namun jika dengan kuantiti sederhana dan tak berlebihan rasanya tidak mengapa.

Akhirnya berjaya menulis malam ni terima kasih expressso coffee, kalo perasan font kecik besar kecik besar je,ini kerana akak menggunakan samsung tab update blog disebabkan oleh desktop telah beralih kedudkan ke tingkat atas, so paham-paham lah bila tab ni nak edit pun terkehel jari jemari akak.

Ok semua bye....jupa lagi 
Post a Comment
copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME