Saturday, 29 July 2017

TIPS DAPATKAN KULIT HALUS MULUS SECARA ALAMI MENGGUNAKAN BAHAN YANG ADA DI DAPUR

Assalamualaikum....

Mimpi apa àgaknya hari ni, sampai buat facial sendiri kat rumah, rasanya masuk dua tahun kot tidak tepek masker dekat wajah, makin tua makin malas merawat wajah...eh jangan tiru gaya ni tak elok, makin tua lah makin rajin wangi 24 jam ya mak mak semua.

Akak Nak bagi tips simple menghaluskan muka menggunakan barangan dapur sahaja, senang nak capai, mudah ingat, jimat dan paling best adalah natural tau, tak dak bahan kimia.

1. Gunakan lebihan teh yang telah digunakan samada serbuk atau uncang sebagai skrub muka, apabila sudah dibuat teh bersihkan dan letak tepi sinki, bila bila masa sebelum basuh pinggan mangkuk, scrub muka dulu dengan serbuk teh tadi, gunakan setiap hari sebaik-baiknya dua kali sehari pagi dan petang pasti hasilnya bling bling muka menjadi putih gebu bak pelakon korea gitu.
ini lah serbuk teh yang digunakan sebagai scrub, ada yang kata biarkan serbuk teh basih dulu sebelum dijadikan scrub tapi bg akak tak perlu kot takut muka korang yang sensitif  naik ruam atau gatal-gatal, akak guna yang dah dibuat minuman dalam sehari dua jer.

2. Tips no 2 gunakan sesudu gula sebagai skrub muka bukan sahaja muka menjadi halus, tapi nampak seweet tau, jangan lupa basuh bersih-bersih pulak kang kena urung semut sebab manis sesangat wajah mulus awak awak semua.
gula pasir untuk sccrub muka

3. Hanya menggunakan telur dan madu untuk masker wajah, yang ni amek putih telur dan gaulkan bersama madu kemudian tepek dekat wajah biarkan kering kemudian basuh bersih dan taraaaaa...muka menjadi bersih mulus macam telur rebus kan.
putih telur dicampur dengan madu untuk dijadikan sebagai masker muka, gaulkan bersama kemudian lulurkan diwajah, biarkan sehingga kering dan basuh

4. Lepas korang dah buat scrub atau masker di wajah, cuba bilas muka menggunakan air sejuk atau tuam dengan air batu pasti rasa segar dan bugar alami gitu.

Itu saja tips kulit halus gebu bak pelakon korea, selamat mencuba u alsss

Betul tak???? ringkas dan senang kan, ok lah akak nak sambung scrub muka lagi menggunakan serbuk teh kerana itu lah rahsia kecantikan akak luar dan dalam huaaaaaa

4 comments:

  1. Bahan banyak aje kat rumah...yang penting...rajin =)

    ReplyDelete
  2. yang #3 tu dulu selalu buat, mmg berkesan ...

    ReplyDelete