KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Thursday, 3 August 2017

KUDAP KUDAPAN UNTUK ANAK BERUMUR SETAHUN KE ATAS

Assalamualaikum...

Mempunyai anak berumur setahun memang perlukan makanan standby di mana mana sahaja kan, umur sekitar ini lah mereka memang kuat makan,bubur nasi sahaja tidak mencukupi, mereka perlukan kudap kudapan selang seli dengan makanan berat. Kudap kudapan pulak bukan sebarang yang patut kita berikan, perlukan kawalan terutama gula dan garam, bagi mak mak yang rajin alhamdulillah macam macam resepi berkhasiat dapat disediakan terutama sekali biskut teething.

Bagi yang malas macam akak, boleh lah cuba biskut keluaran cosway, beli aje dekat mana mana kedai cosway, biskut ini adalah salah satu biskut yang kandungannya dari bahan bahan 100% natural tidak ada bahan pengawet. Harganya pun tidak lah terlalu mahal, rasanya pulak sungguh sedap, anak anak pasti suka.Mmmmm NA tak payah citer lah dia bab makan memang alhamdulillah semua ditelannya batu, kayu,kertas dan besi pun dia boleh kunyah...anak anak anak

Ada dua jenis perasa dan kedua duanya memang sedap dan mengenyangkan, lagi satu biskut ini sesuai untuk baby teething dan mak mak tak perlu risau tercekik.
Bangun bangun tdo jer terui minta mam mam, sebelum makan biskut wajib minum air kosong dulu NA
Alo lo lo suka ye, mama bagi biskut, nak lagi le tu
Kalo ikutkan akak nak bagi NA merasa makanan luar bila dia berumur dua tahun, perangcangannya selama dua tahun akak hanya bagi makanan yang saya masak, namun ketika NA setahun sebulan akak sudah memberikan dia biskut biskut seperti ini kerana tak tahan dengan kekerapan dia minta makan hahaha, bubur dah bagi, buah pun dah bagi masih lagi minta mam mam mam..walau macam mana sekali pun akak masih mencari bahan bahan yang organik dan 100% natural.
Stok biskut dan roasted chesnuts untuk NA, chesnut tu lembut dan sedap tak perlu risau anak tercekik

Kalo korang ada biskut yang organik dan mudah disiapkan boleh lah share di sini ya...terima kasih

Sharing is caring..

Wednesday, 2 August 2017

CIRI-CIRI KAIN PASANG DARI MATERIAL CREPE

Tekstur permukaan kain pasang como crepe,kod warna J50 ocean blue
Assalamualaikum...

Hari ini akak nak share sedikit berkaitan ciri -ciri material crepe samada dari jenis polycrepe, como crepe, korean crepe dan lain lain lagi, kebiasaaanya material ini tidak banyak berbeza, jikalau ada perbezaan pun dari segi texture samada lebih kasar atau sedikit kasar.

Disini akak nak share ciri-ciri material como crepe yang menjadi koleksi kain pasang jualan kami

­čî╣texture permukaan kain seperti ciffon crepe namun ia tebal dan tak perlu di lining
­čî╣jika Dilihat dengan lebih dekat permukaannya seakan berbiji biji kasar
­čî╣kain pasang sangat lah trending sejak 2016 sehingga kini
­čî╣material yang lembut , gebu dan berat
­čî╣selesa bila dipakai bak kata orang sedap pakai, sejuk aje
­čî╣kain beralun dan jatuh bila pakai
­čî╣sangat mudah iron, sesenang 1 2 3 siap
­čî╣tidak mengikut bentuk badan pendek kata tak nampak seksa gitu
­čî╣selalu digayakan oleh artis Tanah air
­čî╣sesuai digayakan pada Semua jenis fesyen baju seperti baju kurung,kebaya,kebarung,blouse,skirt,tudung mahupun baju melayu
­čî╣mempunyai pilihan sehingga 35 warna

Ok jom cuci cuci mata dengan gambar-gambar kain pasang kami boleh juga like page cotton murahdancantik untuk melihat pelbagai lagi kain menarik









Tuesday, 1 August 2017

PERCUTIAN KE NEGERI KEDAH SINGGAH SEBENTAR DI PULAU PINANG-PART 01



Assalamualaikum...
Pertama kali melihat negeri Kedah dan Pulau Pinang, yang pastinya sebuah negeri yang sangat menarik untuk dilawati, perjalanan sejauh 400km ke negeri Pulau Pinang amat menyeronokkan, perjalanan yang ku kira sangat enjoy ketika itu kerana tiada trafik jam, sebelum memulakan perjalanan tadi akak membeli minuman iaitu expresso latte agar aku tidak terlelap di sisi suami hahahah kesian en.suami memandu sensorang tetiba terasa amat zalim membiarkan suami menempuhi perjalanan yang panjang dengan aku lena di ulit mimpi,
Expresso latte sangat berkesan untuk elak mengantuk di sepanjang perjalanan jauh
Sepanjang perjalanan kami hanya singgah di RNR Tapah untuk makan tengahari memandangkan RNR Rawang masih under construction,NA macam biasa lah ke mana mana sahaja ada bekalan makanan yang akak siapkan untuk dia makan disepanjang perjalanan once dia belum diberikan apa apa makanan dari luar.
Bubur kosong dimakan dengan scramble egg  bersama butternut stim. alhamdulillah NA memang suka makan, apa apa jenis makanan boleh licin di hadapnya.
Sesampainya di RNR Tapah, tayar kereta pulak pancit, my HB said "ok tak per, kita makan dulu than baru abang tukar tayar spair dan pergi ke wokshop berhampiran" oh my sweet meweet husband very the cool ever hahahah..dah siap makan tayar pun dah tukar so kami meneruskan perjalanan lagi, di sepanjang perjalanan akak berjaya celik berkat expresso latte.
Pantas sahaja en.suami menukar spare tire dan kami terus mencari wokshop untuk menampal tayar dan menyambung semula perjalanan ke Pulau Pinang
Ini lah kali pertama akak melalui jambatan pulau pinang memang sangat mengujakan dengan pemandangan laut yang luas terbentang, jalan pulak clear langsung tak jam, kami decide untuk ke bandar georgtown mencari hotel untuk berehat sebelum keluar mencari makan malam. First expression setibanya di bandar Georgtown ialah negeri yang bersih dan cantik, Pulau Pinang adalah sebuah negeri perindustrian ke dua selepas Shah Alam Selangor, tak heran lah kiranya bila masuk bandar georgetown sahaja kiri kanan terpandang kilang- kilang selain anak mami berhidung mancung hukhukhuk, kami stay satu malam di hotel central sahaja dan esoknya meneruskan semula perjalanan ke negeri kedah.
Berehat dahulu sebelum mencari makan malam, NA menghabiskan 2 biji pisang sementara mama dan ayah menyiapkan diri untuk keluar
Makan malam kami di padang brown, nak masuk kat sini kena bayar parking rm2 hukhukk, kami mencuba beberap jenis makanan dan minuman saja nak merasa makanan feberet kat sini
Rojak passemboq memang sedap,pilihannya macam yong tau fu ada fisball,fish cake, udang dan macam- macam jenis seafood dicampurkan menjadi rojak
Ice cream kacang dan terselit di situ nasi NA

Bubur nasi pagi tadi, siap-siap diasingkan untuk NA makan tengahari, petang dan malam, kudap kudapan hanya pisang di sepanjang perjalanan
Anak ayah ni, antah apa yg diorang borakkan, mama tgh melantak, dalam pukul 11 Pm kitaorang balek hotel dan terus tidur
Pukul 10am dah chek out mencari brekfast dan kembali meneruskan perjalanan ke negeri kedah

Percutian ini adalah untuk membawa NA mengenali dunia luar, mengajarkan dia hubungan kasih dan sayang kami kepadanya, membentuk dia menjadi seorang yang menghargai apa yang ada disekelilingnya, kehidupan kita memerlukan orang lain,kita tidak boleh hidup bersendirian, semoga NA menghargai semua makhluk yang Allah Swt ciptakan di bumi ini.

Perbualan seorang ayah dengan anaknya yang berumur setahun sebulan

Ayah : sayang happy tak ayah bawa jalan-jalan ni, ayah tau anak ayah happy bila tengok dunia luar kan

Anak : aaaa màamaa yaayàya nen nen mam mam

Ayah : biar lah ayah tak happy janji anak ayah happy di sisi ayah...

Mama : dalam hati berbisik.....syahdu pulak perbualan diorang ni.....


Laut yang terbentang luas disepanjang jambatan pulau pinang menuju ke bandar georgetown

Ketika ini jalan raya lengangj macam jalan tu kitaorang yang punya



copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME