Monday, 30 October 2017

MERINDUI SAHABAT YANG SUDAH LAMA TIDAK MENDENGAR KHABAR BERITA, KEMANA KAH MEREKA MENGHILANG

Assalamualaikum....

Sentiasa dalam ingatan, dah cuba cari kat FB tapi tak jupa juga, agaknya dia guna nama lain kot...korang ada tak yang sama macam hakak, rindu dengan sahabat lama yang memang tak dengar khabar berita sehingga kini langsung tak bertemu, last jumpa 15 tahun yang lepas masa tu masih belajar dekat university.

hakak ada dua sahabat yang betul2 dalam ingatan, masa dulu dia bukan lah sahabat karib atau bff, cuma sekadar kawan yang pernah berkongsi kesusahan bersama, pernah meluahkan rasa peritnya hidup seorang pelajar yang jauh dari keluarga.

seorang bernama Fiezah, oh fiezah ke mana agaknya kau berada, aku rindu giler kat engkau, paling aku ingat gaya jalan dan gelak2 kau, kau wanita yang sangat bersemangaT dalam hidup, kuat dalam mencari duit, agak2 ko ingat aku lagi tak, ko pernah bw aku ke seminar MLM selepas tamatnya pengajian kita, aku yang tak tau apa2 main ikut jer dan sekarang baru ku tau apa itu MLM.

seorang lagi bernama Maisarah, perkenalan kitaorang adalah ketika bekerja di sebuah syarikat engineering, jawatan kitaorang sebagai Juruukur Bahan pada company tersebut, Maisarah orangnya lemah lembut, baik jer budaknya, kebetulan kami tinggal serumah berdua, maisarah banyak membantu aku, dialah yang tumpangkan aku ke tempat kerja menggunakan motor memandangkan kawasan tempat kerja tidak mempunyai public transport, maisarah pendiam kami berborak bila perlu sahaja, aku ada berhutang dengan maisarah sebanyak rm150 ketika itu, aku balek kampung tergesah gesah setelah mendengar berita mak sakit dan perlukan aku menjaganya,  maisarah kemana agaknya kau, aku nak bayar hutang huwahhhhhh.

itulah kesah dua sahabat yang sentiasa dalam ingatan, moga Allah swt mempertemukan kami semula..korang pun pasti ada sahabat atau orang yang sentiasa dalam ingatan namun tidak bertemu lagi...


Saturday, 28 October 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ~ TAHUN 2018 ~

Assalamualaikum...

hari ini kan hakak nak share tentang PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL(MENJURUS KEPADA DIPLOMA), hakak rasa masih ramai mak-mak diluar sana yang masih belum mengetahui tentang program ini, program ini adalah kepada murid tingkatan 3 yang mengikut aliran perdana/akademik.

Dipendekkan cerita lah kan, based on pengalaman dua orang anak buah yang sudah pun menghabiskan program ini, sekarang mereka berdua ni akan menjalani practikal di syarikat yang berkaitan dengan jurusan yang mereka ambil, selepas practikal habis makanya mereka akan mendapat diploma masing-masing dan boleh sambung ke peringkat ijazah pulak,  yang bestnya program ini korang tak perlu amek SPM dah, korang akan carry subject kursus yang korang pilih tu, mengikut pemerhatian akak lah kan sangat lah baik untuk pelajar yang takut-takut tak dapat university nati selepas SPM, bila umur 18 tahun nati korang dah pegang diploma dalam bidang masing2. haaaaa macam tu lah serba sedikit tentang program ini..

Permohonan telah dibuka tau dan tTarikh Akhir Permohonan : 20 DISEMBER 2017 kat bawah ini akak sediakan link untuk korang klik aje utk dapat info lebih lanjut




CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

Assalamualaikum...

Korang yang mencari kain pasang untuk keramaian, pakai ke office atau nak pakai masa hari raya, boleh cuba kain pasang sakura cotton ni, hampir 4 tahun hakak jual dan alhamdulillah masih lagi mendapat perhatian ramai, kalo tak masakan hakak boleh jual sehingga ke hari ini ewahhhhh..

kat bawah ini ,hakak bagi sedikit ciri-ciri kain pasang sakura cotton tersebut


1. tekstur permukaan kain ada garis halus

2. sejenis kain yang bukan seperti japanese atau english cotton

3. ada campuran cotton dan satin

4. emmangnya diakui tahan lasak tidak mudah tertarik, carik atau seumpanya

5. ironless, iron sikit-sikit jer siap, tak perlu nak iron sampai berpeluh ketiak tau
6. Bahagian hadapan dan belakng kain adalah sama
7. Tak perlu penjagaan yg rapi, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh semudah ABC
8. pastinya warna tidak luntur
9. Tidak berkilat seperti satin
10.sangat sesuai utk baju melayu, kemeja, blouse, dress, pelbagai fesyen baju kurung dan macam2 lagi
11) melebihi 30 pilihan warna menarik

CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh Klik link Di bawah

kalo nak skodeng-skodeng testimoni kami klik saja disini https://www.facebook.com/commerce/products/1303183243126463/



CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

 CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON
 CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

CIRI-CIRI KAIN PASANG SAKURA COTTON

untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh Klik link Di bawah


kalo nak skodeng-skodeng testimoni kami klik saja disini https://www.facebook.com/commerce/products/1303183243126463/



2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur nikmat Allah diberi kesempatan masa untuk join  "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC"..hakak tak pernah join mana2 giveaway sebelum ini, ini pertama kali sejak mula ber blog, harap lah rezeki hakak kali ini menang cewahhhhh...

http://www.atiehilmi.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

jommmmmm kengkawaan semua, mari meramaikan "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. kalo korang berminat click ajer banner kat atas, mudah dan sonang kan..

Tarikh Tamat :
30 Oktober 2017
kat bawah ni hakak copy syarat2 that giveaway tau..

1 :  LIKE FANPAGE :

2 : FOLLOW INSTAGRAM :

3 : SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL :

4 : buat satu entri kat blog korang yang bertajuk "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC"

5 : follow blog http://www.atiehilmi.com

HADIAH

pihak penganjur 1st Dental Clinic berbesar hati nak bagi RM 50.00 untuk 6 orang pemenang !! maksudnya jumlah keseluruhan adalah RM 300.00 !! wah !! kalau 6 orang pemenang maksudnya besarlah peluang korang nak menang ni.. hee~

RM 50.00 X 6 orang pemenang !!!

jommmmmmmmmmmmmmm join giveaway....

Friday, 27 October 2017

BELI TABLE RUNNER YANG MURAH SEHINGGA 70% DISCOUNT

Assalamualaikum....

Tetiba muncul kembali dekat blog setelah sekian lama menyepi dari menulis uhukuhuk...semenjak seminggu ni akak bukan main happy lagi, memandangkan Aqeela dah pandai duduk diam dalam kereta tanpa menggunakan car seat, ini bermakna akak dah boleh keluar berdua dengan dia tanpa ditemani oleh encik suami, huuhhhh lega rasanya bila boleh drive semula setelah hampir dua tahun tidak membawa kenderaan sendiri.

Bila dah boleh drive ni, tempat yang menarik minat akak adalah shopping kompleks, makanya sampai lah ke AEON Equin Park berdekatan dengan rumah, itu yang terbeli table runner murah kain pulak jenis linen cotton apa lagi akak grab lah 4 helai dalam lingkungan rm25 ke empat empat table runner tersebut, sebenarnya table runner itu akak gunakan sebagai alas kaki di dapur, akak langsung tak menggunakan ia sebagai alas meja, kekerapan penukaran alas kaki di bahagian dapur setiap 3 hari sekali tukar dan basuh, itu yang akak suka beli dari fabric linen cotton memandangkan ia mudah di basuh menggunakan mesin bila kerap kena basuh makanya cepat lah faded dan rosak alas kaki itu, makanya sekali lagi akak beli lah 4 helai bila terjumpa yang murah2 ajer plus kain jenis berkualiti..

korang faham tak apa akak nak sampai kan hahaha, macam ayat keling kan..tak per point dia pegi lah cari table runner itu di jusco discount sehingga 70% quality memang tip top dr fabric linen cotton..

table runner yang di tukar ke floor runner gitu. memandangkan table kat rumah ni memang tak letak apa2 jenis alas pon sebab rimas pulak mak tgk nyer kat atas meja tu haaaa
table runner mak ni letak cenggini, percikan air boleh serap2 agar tak licin lantai tu haa, lagi pon bila berdiri kat situ tak lah kaki rasa sejuk2, yang dulu nya bahagian itu akak letak carpet memandangkan carpet tak leh masuk mesin kena guna basuh tangan pulak nya masa sensorang dulu rajin lah basuh bila dah ada anak ni, oh tidak lah mak nak basuh tangan carpet tu haaa
hamboi diaaaa...shopping ker tu???

paling suka nai trolly, naik lif naik escalator, asyik nak turun naik jer penat mak layan

tegk lah sayang...janji tak minta beli ye



Thursday, 26 October 2017

BERCINTA NAK MENULIS BLOG

Assalamualaikum korang semua....

Lamanya tak menulis disini, rasa malas nak menaip, jari jemari rasa keras ketung bila nak menulis,ntah lah semacam dah kena jurus agar tidak menulis hahahaha....korang bagi lah tips mujarab agar akak kekal lincah untuk menulis blog, korang bagi link dekat komen agar akak boleh baca dan cuba memperaktikkan tips korang semua..