Monday, 30 October 2017

MERINDUI SAHABAT YANG SUDAH LAMA TIDAK MENDENGAR KHABAR BERITA, KEMANA KAH MEREKA MENGHILANG

Assalamualaikum....

Sentiasa dalam ingatan, dah cuba cari kat FB tapi tak jupa juga, agaknya dia guna nama lain kot...korang ada tak yang sama macam hakak, rindu dengan sahabat lama yang memang tak dengar khabar berita sehingga kini langsung tak bertemu, last jumpa 15 tahun yang lepas masa tu masih belajar dekat university.

hakak ada dua sahabat yang betul2 dalam ingatan, masa dulu dia bukan lah sahabat karib atau bff, cuma sekadar kawan yang pernah berkongsi kesusahan bersama, pernah meluahkan rasa peritnya hidup seorang pelajar yang jauh dari keluarga.

seorang bernama Fiezah, oh fiezah ke mana agaknya kau berada, aku rindu giler kat engkau, paling aku ingat gaya jalan dan gelak2 kau, kau wanita yang sangat bersemangaT dalam hidup, kuat dalam mencari duit, agak2 ko ingat aku lagi tak, ko pernah bw aku ke seminar MLM selepas tamatnya pengajian kita, aku yang tak tau apa2 main ikut jer dan sekarang baru ku tau apa itu MLM.

seorang lagi bernama Maisarah, perkenalan kitaorang adalah ketika bekerja di sebuah syarikat engineering, jawatan kitaorang sebagai Juruukur Bahan pada company tersebut, Maisarah orangnya lemah lembut, baik jer budaknya, kebetulan kami tinggal serumah berdua, maisarah banyak membantu aku, dialah yang tumpangkan aku ke tempat kerja menggunakan motor memandangkan kawasan tempat kerja tidak mempunyai public transport, maisarah pendiam kami berborak bila perlu sahaja, aku ada berhutang dengan maisarah sebanyak rm150 ketika itu, aku balek kampung tergesah gesah setelah mendengar berita mak sakit dan perlukan aku menjaganya,  maisarah kemana agaknya kau, aku nak bayar hutang huwahhhhhh.

itulah kesah dua sahabat yang sentiasa dalam ingatan, moga Allah swt mempertemukan kami semula..korang pun pasti ada sahabat atau orang yang sentiasa dalam ingatan namun tidak bertemu lagi...


0 Readers ♥:

Post a Comment