Saturday, 28 October 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ~ TAHUN 2018 ~

Assalamualaikum...

hari ini kan hakak nak share tentang PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL(MENJURUS KEPADA DIPLOMA), hakak rasa masih ramai mak-mak diluar sana yang masih belum mengetahui tentang program ini, program ini adalah kepada murid tingkatan 3 yang mengikut aliran perdana/akademik.

Dipendekkan cerita lah kan, based on pengalaman dua orang anak buah yang sudah pun menghabiskan program ini, sekarang mereka berdua ni akan menjalani practikal di syarikat yang berkaitan dengan jurusan yang mereka ambil, selepas practikal habis makanya mereka akan mendapat diploma masing-masing dan boleh sambung ke peringkat ijazah pulak,  yang bestnya program ini korang tak perlu amek SPM dah, korang akan carry subject kursus yang korang pilih tu, mengikut pemerhatian akak lah kan sangat lah baik untuk pelajar yang takut-takut tak dapat university nati selepas SPM, bila umur 18 tahun nati korang dah pegang diploma dalam bidang masing2. haaaaa macam tu lah serba sedikit tentang program ini..

Permohonan telah dibuka tau dan tTarikh Akhir Permohonan : 20 DISEMBER 2017 kat bawah ini akak sediakan link untuk korang klik aje utk dapat info lebih lanjut




0 Readers ♥:

Post a Comment