Monday, 27 November 2017

BILA CUSTOMER RAGU-RAGU MEMBUAT TRANSAKSI SEBAB PEMILIK AKAUN BERNAMA PELIK

Assalamualaikum...

Semenjak berniaga online beberapa tahun yang lepas, akak sentiasa mendapat soalan-soalan pelik berkaitan dengan nama yang pelik hahahah, akak pun pelik kenapa mereka pelik dengan nama akak iaitu BASSELOLO BINTI MANGKONA. Adakah korang juga merasakan perasaan yang sama????
Soalan custmer yang berasa pelik dengan nama pemilik akaun 

Betul itulah nama sebenar akak dalam IC dan dari mana datangnya Lulu, panjang ceritanya malas nak type panjang2 biarlah rahsia buat masa ini.

Sejak dari bangku sekolah lagi ia menjadi tanda tanya, kerisauan, kepelikan dan yang terbaru kepeningan sesetengah orang haduhhhh.

Sebenarnya sudah ramai yang tidak meneruskan transaksi setelah melihat nama pemilik akaun yang diberikan, ada yang jujur terus bertanya, ada yang lucu dan terus gelak versi watsup, ada jugak yang berterus terang takut membuat bayaran nati tertipu dan ramai juga yang terus senyap tidak kembali lagi hahahaha, macam-macam lagi yang kadang-kadang buat aku berasa pelik dengan mereka semua, hanya dengan nama mereka boleh membuat kesimpulan.

Dahulu bila customer bertanya, akak boleh memberi penerangan yang jelas agar mereka yakin untuk meneruskan transaksi tetapi sekarang tidak lagi, akak hanya membiarkan soalan mereka tidak berjawab, biarlah hati mereka betul-betul bulat untuk meneruskan pembelian, bagi akak penjual yang jujur berniaga kerana Allah swt akan berjumpa pembeli yang ikhlas untuk membeli.
dia telah membuat pembelian jugak walaupun soalan dia tak berjawab, dia bertanya mengenai kepelikan nama akak pukul 10.53am dan transaksi dibuat pada pukul 10.59, kiranya kurang 6 minit dia telah membuat keputusan.

Sekarang mereka telah mula yakin dengan perniagaan online akak salah satu sebabnya ialah Page fb akak sentiasa update dengan testimoni pelanggan yang boleh dihubungi, previous customer akak pun boleh di wassup untuk kepastian sebelum meneruskan apa-apa pembelian.

Ok lah akak nak tunjuk gambar baru kain pasang HEAVY PREMIUM COMO CREPE, berpeluh ketiak mencari angle yang sharp agar warna gambar tidak lari jauh dengan warna asal.

Psssst confirm fazura dah nikah malam tadi, ok lah nak halau semut ni, banyak sangat hurung handpon kite..sweet saangatttt
Jualan murah HEAVY PREMIUM COMO CREPE  serendah rm11.15 semeter percuma penghantaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh PM ke link Di bawah..

5 comments:

  1. Sep sikit lu, nama aku pun pelik...
    Jadi kita ni spesis nama very the special...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan mpy..unik bah nama kita ni

      Delete
  2. nama saya pendek dan ejaan pun ikut stail orang putih. Ramai yang kata saya ni mualaf

    ReplyDelete
  3. unik tu nama tu..one and only kot..

    ReplyDelete