Friday, 3 November 2017

INSTANT TUDUNG MURAH DARI HAJRAH KL RM15 JER

Assalamualaikum....

Masih mencari tudung yang simple, bukan setakat tudung sahaja baju, alatan make up, perkakasan rumah, semua nak yang ringkas, cepat dan kemas..adakah?????

Bab tudung tu sampai sekarang tak jupa lagi yang boleh menjadi bff kekal lama, sentiasa aje bertukar kasih kejap2 minat tudung ni, kejap2 minat tudung nuuu haaaa, fening mak fikir, kalo boleh biarlah tudung tu tak perlu di gosok, tak perlu nak pakai anak tudung bagai dan paling penting senang nak dibentuk...adakah ????

Minggu lepas kebetulan pegi KL, mengambil stok kain pasang yang dah sold out, sementara menunggu incik suami bayar, hakak terpandang kedai Hajrah tengah buat sales kedai Hajrah berhadapan dengan jakel lama, bukan jakel mall yang baru tau, kedai tudung hajrah ni ada dua lot sebelah menyebelah, namun kedai sebelah tu dah tutup tak tahu sebab apa tutup, malas pulak nak menyibuk padahal boleh jer tanya budak salesgirl yang peramah mesra alam tu... 

Ok sekarang kita citer pasal tudung instant rm15 ni. memang lawa fabric dari jenis cotton lycra, bila cotton pasti lah selesa kan, tak perlu iron dan semudah sarung sahaja dah boleh pegi pasar malam beli ayam gunting...hakak mula2 nak ambil sehelai jer tetiba dompet ada rm5 jer, so hakak bagi tau kat counter alamak duit takdak lah ingat ada duit tadi, sorry tau tak jadi beli, hakak memang tak rasa malu sebab memang duit tak da kat dompet bukan tipu2 nak beli lepas tu cakap tak da duit...dengan rasa kecewa akak tutup semula dompet dan pulangkan tudung tu tetiba cashier tu kata, hakak boleh guna kad lah, tak charge apa2 pon walaupun beli rm15, alamak yeker kalo gitu bg dua helai lah rm30, fuhhhh happy la la la la la

Tudung tu macam Wardina pakai haaa size L, dulu2 wardina perna jadi duta Hajra, ketika dulu tudung jenis ni memang mahal kan, masa mula-mula ia jadi fenomena. tapi sekarang dah murah, macam-macam brand ada. kalo korang di tempat berdekatan pegi lah jenguk Hajrah KL.

INSTANT TUDUNG MURAH
hakak tepek gambar wardina lah sebab rindu sangat kat dia ni, dah lama tak dengar khabar berita

INSTANT TUDUNG MURAH
hakak beli warna royal blue dan purpel belacan memang cun tau

INSTANT TUDUNG MURAH




0 Readers ♥:

Post a Comment