Panduan Kemaskini eBRIM 2018
- Layari portal rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my
- Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
- Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
- Klik butang HANTAR.
Antara respons daripada portal adalah:
- Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
- Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
- Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.
2. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON
RUANGAN
BUTIRAN/ ARAHAN
Nama*
- Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
- Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.
No. MyKad*
- Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.
Tarikh Lahir*
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Umur*
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
- Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2018.
Jantina*
- Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Status Perkahwinan*
- Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
- Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.
Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan
- Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
- Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.
No.Telefon Rumah
- Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)
No.Telefon Bimbit*
- Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)
Pekerjaan*
- Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
- Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja
Nama Bank*
- Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
- Contoh: CIMB BANK BERHAD
No. Akaun Bank*
- Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih
Alamat e-Mel
- Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif
Alamat Surat-Menyurat Terkini*
- Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
- Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
- Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.
Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.
3. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH
Sendiri
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
- Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
- Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.
Pasangan
- Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
- Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
Tanggungan
- Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
- Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
- Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
- Klik pada simbol “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
- Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
- Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
- Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
- Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.
4. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS
Pilihan Waris
- Sama ada ADA waris atau TIADA waris
Ada
- Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
- Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
- Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
- Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
- Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
- Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.
Tiada
- Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.
5. AKUAN PENGESAHAN
- Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
- Klik butang HANTAR.
6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN
- Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
- Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
- Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.
7. CETAK PERMOHONAN
- Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
- Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
- Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.
Berkenaan isu gagal kemaskini sila lihat tip-tip di sini.
0 Readers ♥:
Post a Comment