Monday, 6 November 2017

TIPS MENCARI PAKAIAN BRIDESMAID UNTUK KENDURI KAWIN

Assalamualaikum
PAKAIAN BRIDESMAID
mereka memilih warna terang dan design baju yang simple namun nampak lebih sopan dan anggun,penggunaan kain jenis polycrepe amat selesa digunakan nampak mewah dan exklusif
Kebiasaannya bulan 12 adalah musim kenduri kawin, ramai yang merancang majlis kawin di bulan ini kerana ia adalah musim cuti sekolah yang panjang bukan.Di sini sedikit tips yang berguna untuk anda fikirkan semasa membuat pemilihan kain baju bridesmaid anda


1) Jangan rambang mata dalam pemilihan warna tema, warna- warna Terang mungkin cantik Di dalam gambar, tetapi itu bukan bermakna bahawa warna yang lebih lembut tidak akan kelihatan menarik Di luar dan ia mungkin kelihatan lebih klasik dengan pilihan warna yang lebih bersahaja. Dan jangan lupa, dengan warna pilihan seperti hitam atau warna neutral lain dengan warna ini kemungkinan bridesmaid anda lebih gembira jika baju ini boleh dipakai ke pejabat di kemudian hari.


2) Jenis design baju juga perlu dititiberatkan pastikan design baju bridesmaid lebih ringkas berbanding baju si pengantin, anda tidak boleh bersaing dengan gaun pengantin itu sendiri, jadi pastikan fesyen dan gaya tidak melebih-lebih sehingga tetamu tidak perasan kewujudan pengantin. Adalah lebih baik sekiranya design dan warna serta fabric kain ditentukan berdasarkan kepada tema sesebuah majlis, oleh itu bridesmaid anda nampak serasi bersama, ada baiknya tetapkan tema seperti majlis perkahwinan vintaj, perkahwinan pantai, dan lain-lain
PAKAIAN BRIDESMAID
Jika ingin memilih design seperti che ta ini, anda boleh menggunakan kain dari jenis polycrepe kerana ia akan nampak gown jatuh beralun 
PAKAIAN BRIDESMAID
jika memilih design seperti ini, kain dari jenis dull satin dan polycrepe juga amat sesuai dan nampak lebih elegan


3) Boleh juga sekiranya anda membiarkan bridesmaids anda memilih pakaian mereka sendiri untuk majlis perkahwinan itu. Hanya tetapkan warna dan beberapa idea umum tentang jenis pakaian untuk dicari dan biarkan mereka bertenang mencari tema tersebut mengikut kesesuaian budget mereka sendiri, ini membolehkan mereka dapat berbelanja dalam bajet mereka sendiri dengan mempunyai lebih banyak pilihan memilih dan membeli baju atau kain tertentu, mungkin juga yang boleh dipakai untuk cara lain dikemudian hari atau boleh digunaka ke pejabat, itu sudah jimat bukan. 

4) Andaikata anda memberikan peluang bridesmaid anda menentukan gaya dan tema masing masing maka ada baiknya gunakan bunga untuk mengikat keserasian bersama dan nampak lebih sedondon, jika memilih gaya pakaian mereka sendiri sudah tentu gaya dan warna pakaian akan berbeza-beza oleh itu kuntuman bunga bridesmaid amatlah perlu untuk tampak lebih meriah, kuntuman bunga yang sedikit elegan adalah cara terbaik untuk mencipta gaya bersatu yang nampak mewah walaupun dengan gaya pakaian yang berbeza.

5) Pertimbangkan masa hari dan cuaca ketika berlangsungnya majlis itu. Pastikan bridesmaids anda akan selesa bukan hanya dengan gaya, tetapi dengan suhu panas ketika itu. Pastikan jenis kain atau design baju yang di pakai nanti lebih selesa, tidak lah nati bridesmaid anda akan hilang entah kemana bila bahang kepanasan melanda. Jika pengantin mempunyai budget untuk pembelian baju atau kain bridesmaid, biarlah mereka bersetujuh dengan warna dan design yang kamu pilih agar mereka selesa memakainya di majlis tersebut.




Happy reading u alsss....

0 Readers ♥:

Post a Comment