Sunday, 5 November 2017

TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

Assalamualaikum..
TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

hari ini akak suka nak berkongsi tentang penjagaan fabric Dull Satin. sebelum itu sedikit info berkaitan fabric, Ia adalah kain yang tidak terlalu berkilat atau lebih tepat lagi nampak sedikit kusam. Ia boleh diperbuat daripada Sutera (silk) atau lain-lain jenis gentian (fiber). Dull Satin juga ada yang bercorak ataupun plain sahaja. Ia adalah salah satu fabric yang nampak mahal,cantik dan eksklusive serta boleh digayakan di pelbagai jenis majlis, Terdapat 6 tips Bagi mengekalkan qualiti fabrik agar tahan lama dan kekal nampak eksklusif adalah
  1. berhati-hati apabila anda membersihkannya kerana Satin adalah fabrik yang halus dan lembut.
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

  2. Menggunakan cucian tangan adalah amat digalakkan untuk memastikan tahap qualiti material satin itu bertahan lama, jika anda mahu menggunakan mesin basuh, Pilihlah kitaran halus (delicate cycle) dan tidak perlu mengunakan pengering
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN
  3. memadai jika menyidai fabric satin di dalam rumah dengan udara yang kering dan tidak perlu menjemur dibawah pancaran cahaya matahari
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN
  4. Membersihkan kotoran serta-merta supaya tidak menjadi kekal, membasuh dengan sabun lembut pada bahagian yang terkena kekotoran. Jika ia adalah kesan darah, rendam pakaian di dalam air sejuk sebelum anda menggunakan sabun pencuci. Elakkan menggunakan sabun cuci yang mengandungi peluntur.
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN
  5. Proses menseterika pakaian satin adalah sangat mudah dan cepat, sudah memadai dengan menggunakan suhu yang rendah
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN
  6. Simpan pakaian anda di tempat yang sejuk, jauh dari sumber haba dan cahaya matahari, pendedahan pada cahaya matahari secara terus boleh merosakkan rupa dan akan mengurangkan kualiti pakaian satin tu sendiri.
    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

    TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

0 Readers ♥:

Post a Comment