Monday, 30 July 2018

APA YANG BEST DI MATTA FAIR

Assalamualaikum....


Pertama kali datang ke karnival Matta Fair Selangor yang telah berlangsung pada 27-29 julai 2018, Asalnya hanya mahu mendapatkan tiket murah balek ke kampung tawau sabah, tapi lain pulak jadinya tiket ke Sabah mak ai mak yu, mahal  gedabak so tiket balek kampung dilupakan buat seketika.
Secara jujurnya, akak tidak mengetahui apa sebenar-benarnya karnival Matta Fair itu sendiri, yang akak tahu traveling tiket lebih murah namun setelah berada di sana baru lah akak tahu rupanya ia lebih besar dari itu,  memperomosikan ejen perjalanan tempatan berlesen, pejabat pelancongan negeri, taman tema, syarikat penerbangan, dan vendor produk pelancongan yang lain. Pengunjung juga boleh mendapatkan hidangan tempatan dan antarabangsa dari trak makanan semasa karnival berlangsung.

Wowwww best giler kan, paling akak teruja bab taman tema, so apa lagi akak grab lah tiket ke theme park LEGOLAND® Malaysia, memandangkan Aqeela belum sampai umur 3 tahun so its free, akak hanya bayar untuk tiket dua orang dewasa rm220 sahaja, normal price jika tiada promosi ialah rm360 tau, jimat tak jimat kan, bila balek rumah, nyesal pulak tak grab water park sekali, mmmmm fulus mana? fuluss mana? fulussss!!!

Selain daripada itu, tiket ke zoo Farm In The City Sri Kembangan juga ada discount, memandangkan normal price dewasa rm45 so opkozzz harga Matta Fair lebih murah lagi iaitu rm29 sahaja untuk orang dewasa dan kanak-kanak kurang dari 90cm masih free, akak hanya beli satu orang dewasa, dan cadangnya akan ke sana weekdays time. Bukan itu jer mini zoo Farm In The City Kuala lumpur juga ada offer, tiket mini zoo pula rm16 sahaja untuk dewasa, yang ni akak beli untuk dua orang sebab nya suami kena ikut sekali lah, malas nak drive ke KL berdua dengan budak kecik, area Sri Kembangan tu lebih kurang 5 minit jer dr rumah akak, memang selalu ke sana jugak sebelum ni.

Satu lagi yang akak sempat beli di Matta Fair 2018 ialah tiket menaiki belon udara, putrajaya, biasa lalu jer terpandang air balloon tu melambai lambai, Aqeela pun jerit Balooooon mama, balooon mama, mama pun jawab iye nakkk ballon mama tu, nati kita naik dan akhirnya terbeli tiket di Matta Fair, kata-kata ibu kan sentiasa makbul, nasib baik mama tak terbeli sebijik ballon tu kan..

Harga tiket belon udara pulak rm35 seoarang dewasa, budak kecil harga sama no special price, so akak beli untuk dua orang rm70 sahaja, harga biasa adalah rm70 sorang dan kanak-kanak rm45. Incik suami??? memang tak beli lah sebab dia gayat melampau, malas nak bagi kesedaran biar lah dia dengan fikiran yang bukan - bukan pasal ketinggian hikhik, incik suami naik flight pun nampak muka risau yang amat, entah lah padahal dah 22 tahun keja aircraft maintenance turun naik kapal dia jaga lah, cakap jer pasal kapal memang macam kamus otak dia tapi bab tempat tinggi boleh fail, munkin banyak sangat tengok cerita documentary aircraft investigation aha hahaa.

Fakta menarik tentang belon udara, Putrajaya

  • Boleh naik sehingga 500 kaki
  • Gondola direka sehingga 30 pax
  • Pemandangan lebih dari 20 batu jauhnya
  • Diameter 22m
  • Mematuhi EASA dan DCA
  • Salah satu yang paling selamat di dunia
  • Keselamatan tensil keselamatan kabel melebihi 14 kali
  • Operator belon di atas kapal dan di atas platform
  • Helium gas tidak mudah terbakar
  • Mesra alam
  • Platform dual pertama di atas air


Kalau korang jenis yang suka travel bersama family baik lah menunggu karnival matta fair macam ini, kebiasaanya diadakan tiga kali dalam setahun dan untuk karnival seterusnya adalah di PWTC pada september nanti, memang jimat banyak dan berbaloi  baloi tau, lagi pun tiket valid sehingga sekurang kurangnya 6 bulan dari tarikh pembelian, ok sangat kan, kalo anak ramai lagi lah kena beli time macam ni so kena plan lebih awal dan rasakan penjimatan berbaloi baloi.

Itu lah yang bestnya di Matta Fair 2018, korang boleh tengok website disini untuk info berkaitan dan jangan lupa add facebook mereka untuk tidak ketinggalan jadual karnival akan datang pulak.

Ok lah u alllssss sampai sini dulu naaa, lain kali kita jumpa lagitapi sebelum tu kan pegi lah website jualan kain pasang sistur ni di lulukainpasang.com








Friday, 27 July 2018

SEDIKIT TIPS TEMPOYAK COLEK MENJADI SENANG, CEPAT HABIS DIMAKAN

Assalamualaikum semua...

Sana sini cerita pasal durian, tepi jalan penuh durian, mau dikatakan every 800m ada penjual durian, pesta durian pun tak kurang meriahnya,  haishhhh patut lah berat akak makin bertambah, bila bangun pagi jer rasa sakit-sakit kaki, terasa badan berat gajah, mana tak kalo sehari boleh makan sampai 10 bijik dughian, bukan 10 ulas ye, memang katogari hantu durian tahap tak boleh nak diselamatkan.
sayur rebus cicah tempoyak colek, sodapppppp

Bila kau dah ada dusun durian, memang akan jadi lah kes macam kakak ni, makan tak hingat donnia akhirnya berat cecah 70 kg di musim durian, kalo makan 10 ulas tu, tak lah berat kau mendadak naik, risau gak sebenarnya sebab durian ni tinggi karbohidrat dan gula, orang yang sedia ada penyakit 3 serangkai tu janganlah makan berlebihan, sekarang kakak tengah struggle turunkan kan 10 kg, haisshhhhhh pensan...
sebenarnya bekas ni adalah bahagian pertama

Bila musim durian ni kan, paling best sekali bab tempoyak sambal colek, aummm dia punya sedap sampai ko tak rasa berat badan ko dah obes, dulu kakak tak makan tempoyak moyak ni, rasa pelik bila makan dengan nasi, ya orang sabah mostly tak makan tempoyak, family kakak tau pun idok pebenda tempoyak tu, tu yang malas nak promote walaupun rumah kau setahun makan tak habis.

Ceghita pasal tempoyak colek kan, memang mudah di sediakan tapi mudah- mudah pon itulah yang selalu tertinggal, kadang tu dah habis makan baru teringat nak bancuh, kalo dah teringat pulak malas pulak nak bancuh, sebabnya malas nak basuh batu lesung tumbuk cilipadi,bila dah kenyang baru rasa best kalo makan tempoyak colek tadi, tak ape lah dinner nanti kita makan, tapi bila makan lupa lagi nak bancuh, begitu lah dan akhirnya tempoyak setahun tak habis-habis.
bila dah jadi mudah macam ni lah jadinya sengkuan pun boleh di tambah dengan tempoyak colek

Korang kalo jenis pemalas macam akak tapi dalam masa yang sama teramat suka makan sambal colek tempoyak makanya baik lah bancuh siap-siap lepas tu simpan dalam peti ais bila nak makan colek jer letak kat pinggan, memang laju dan pantas habis tempoyak dalam peti ais tu nati, kalo malas jugak baik ko tak yah jadi manusia dik...

  • Caranya senang ajer, korang blender kering cili padi ikut ammount tempoyak yang engko ada, kiranya ikut kepedasan yang kita suka lah, bukan ikut kepedasan jiran sebelah pulak. pastikan blender kering tau, tak mau letak air.
    blender kering
  • bila dah siap blender, korang letak lah cili blender tadi dalam satu bekas yang bersih dan kering, gaulkan cili blend itu dengan tempoyak yang ada, gaul-gaul sampai mesra bila dah siap gaul bolehlah di simpan dalam peti ais, bila teringat nak makan colek jer ikut amount yang nak makan time tu,  kan sonang monang nama eh..
  • memang tak perlu letak apa per pun garam, gula sebab akak dah siap letak masa buat tempoyak ari tu, so yang ni letak cili padi ajer tapi bagi yang suka rasa lebih masin manis boleh jer tambah ikut rasa tekak sendiri, 
    gaul sebati ikut kepedasan yang termampu
  • kalo nak perah limau atau letak budu, letak masa nak makan kalo malas tahap badak tu makan macam tu je pun sedap dan terangkat.
ok itu jer tips tempoyak colek yang mudah, senang dan laju dimakan, kalo korang ada cara lain yang best mai share dekat kakak yang hantu segala menu durian ni..








Thursday, 26 July 2018

TIPS BERHENTI KERJA DAN MENJADI SEORANG SURI RUMAH SEPENUH MASA

Assalamualaikum

Tahniah kepada mereka yang sejak mula menjadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan rumah, anak-anak dan suami Tanpa rasa Penat dan lelah. Anda memang hebat dan beruntung.

Terlalu ramai wanita bekerjaya di luar sana mengimpikan kehidupan sebagai suri rumah namun Taraf ekonomi yang terlalu tinggi masa kini menyebabkan mereka terpaksa mencari sumber kewangan alternatif sebelum berhenti kerja,sambil mengurus keluarga dengan masa yang sama bekerja sendiri dari rumah.

Kakak juga mempunyai kerjaya di pejabat sebelum mengambil langkah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh tenaga hiihi, memang ramai sangat yang mengambil langkah yang sama cuma langkah dan caranya berbeza diambil sebelum berhenti, setiap orang mempunyai cara tersendiri dan mungkin tidak sama setiap orang namun kita boleh menjadikan orang lain sebagai panduan agar tidak kalut dan stress bila berada di rumah kelak

Ya terutama sekali wanita yang selama hidup bujangnya sentiasa berduit, makan dan shopping tak kira pagi atau malam dan setelah berkahwin pun  tidak bergantung kepada duit si suami makanya kena membuat persedian sebelum resign agar tidak menjadi stress tahap gaban ahaksss.
ada offer lagi sehinga 31 july tau
Korang kena bersedia mengahadapi banyak kemungkinan yang akan berlaku, listkan perkara tersebut dan langkah yang akan diambil bila terjadi, macam buat plan A plan B ler githuu contoh dulu akak kan bila resign akak dah ada platform menjual kain pasang online, kiranya pendapatan dari online yang boleh cover fix expenses time tu, contoh fix expenses akak ialah bagi duit belanja bapak di kampung, tak kan kakak nak minta duit laki pulak, segan ehhhh so kakak kena cari that amount sebelum resign,kiranya plan A jana pendapatan online untuk cover fix expenses jika plan ini tidak berjaya korang ada plan B, plan B, akak menggunakan simpanan sedia ada, alhamdulillah time tu plan A berjaya so Plan B tak kacau, selesai masalah...

Di sini akak berikan sedikit tips sebelum menghantar Surat resign berhenti kerja, based on pengalaman sendiri 4 tahun dulu sebelum resign, alhamdulillah memang berjaya dan  bersyukur sangat, semua ini pun akak baca dari banyak sumber juga.
  • tetapkan niat menjadi suri rumah kerana Allah- yang ni sangat penting, macam nak solat kena mula dengan niat kan, niat lain tu letak kat list belakang, cuma yang ni sentiasa sematkan dalam kepala otak kalo boleh ucapkan lah setiap hari hihihi biar kawan korang menyampah dengar.
  • cari sumber pendapatan dari rumah seperti jadi dropship, menjual makanan online dan sebagainya, masa akak dulu 4 bulan sebelum resign akak dah jadi drop-ship kain pasang, hasil duit itu akak simpan, kiranya akak buat sambil bekerja, memang gilak ehhh, kerja pejabat terbengkalai sampai boss bagi warning than bonus pun tak dapat, dalam sejarah pertama kalinya staff tak dapat bonus, masa tu kakak kecewa gila tahap pakinson hahahaha, salah diri sendiri kan, tapi time tu akak  salahkan boss sebab tak bagi bonus, akak marah sangat terus hantar surat resign, boss pun terkejut dia kata akak emosi, emosi tak emosi lah, malu eh ko sorang tak dapat bonus sedangkan bonus tu last year punya performance sedangkan kau baru 4 bulan tak perform, macam kes balas dendam jer eewwww. stres mak tau
  • jangan sesekali melupakan solat istihara dan solat hajat semoga Allah mempermudahkan. Bab ini memang selama 4 bulan ketagih online jarang - jarang tertinggal, mana ko tak tinggal bila ko dah tak boleh tidur malam, rugi eh tak solat malam terus. kalau  solat sunat tak tinggal so solat farduh memang A class ler. Solat Duha tu buat time hujung minggu, waktu dekat ofis memang tak buat, bila awal-awal resign tu setiap hari buat kalo tanya sekarang pulak, adoi lah larikkkkk.
  • buat simpanan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan sebagai simpanan kecemasan. yang ini pun kena ada jugak in case sesuatu yang berlaku di luar dari jangkaan so kita ada tempat nak cekup tak lah pinjam sana sini, tapi kalo korang yang jenis gamble dan yakin boleh berjaya dalam sesuatu kerjaya baru di rumah nati, ok jalan saja, jangan bimbang sebab niat yang baik kerana Allah menjaga rumah tangga, insyAllah akan mudah jer, yakin lah bahawa barakah wanita ada di dalam rumah.
  • sentiasa berbincang dengan pasangan (suami), bab ini paling penting, pastikan persetujuan suami dulu ya, kiranya minta restu githuu, nak niaga atau nak buat sesuatu kena minta persetujuan dari si suami dulu, dia tak izin jangan buat lah, kalo korang degil batu lesung juga, korang cari lah idea macam mana nak pujuk si suami, alaa bab ini wanita kan paling bijaksana, Masa akak dulu suami macam tak berkenan dengan kerjaya online ni, macam hentah hape-hape je, boleh ker buat duit, menghabiskan duit ada lah kot, tapi kan akak ni  katagori wanita bijaksana jugak lah hihihihi, ooo ko tak percaya ye kerjaya online boleh jana pendapatan, ko tunggu lah, bila keluar jenjalan jer akak belanja, nak makan ape, hakak belanja, nak shopping hakak belanja, dia pon konpius kat mana pulak hakak dapat duit ni kan, biasa menghabiskan duit laki, hujung bulan jer jadi fakir, dia pon sikit sikit yakin lah dengan keputusan nak resign tu dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan menjual kain pasang online.
  • sentiasa membaca dan mencari info atau tips menjadi suri rumah yang anda idamkan, haaaa yang ni memang patut rajinkan diri, kalo korang malas baca buku macam mana otak nak geliga mencari idea perniagaan, kalo miskin sangat tak boleh beli buku, pakcik google kan ada baca je kat sana, habis cerita..hakak memang suka cari maklumat dekat google, kalo ada duit lebih baru akak beli buku kalau yelllek google ajer deh..
Ok itu jer tips yang hakak ingat sekarang ni, korang wanita wanita bekerjaya niatkan dalam hati, sentiasa berdoa moga hajat korang nak tinggal rumah sambil berniaga akan berjaya, niat yang baik pasti akan Allah Swt tunaikan, insyaAllah 

Yang terakhir hakak nak seru korang semua, shopping online dekat website hakak ni hihihi..kain pasang murah-murah tau, dah ler murah berkualiti pulak tu cehhhh.





Saturday, 21 July 2018

SEGMEN BLOGLIST AUG & SEPT BY ZZZYY.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum....


Jom support yeayyyyyyyyyyyyyyyyy

Pencarian bloglist tuk August & September 2018
di zzzyy.blogspot.com bermula 21 july dan berakhir
31 july.


Syarat2 simple je.


1.  Follow blog zzzyy.blogspot.com
2.  Buat entry bertajuk Segmen bloglist Aug & Sept by
     zzzyy.blogspot.com
3.  Tinggalkan link kat ruang komen. Semua penyertaan
     akan tersenarai dalam bloglist blog ini dan harapannya
     semoga blog ini turut tersenarai dalam bloglist kawan2
     semua juga yea.

TREND KAIN PASANG TERBARU RAYA 2019

Assalamualaikum...

Dah lama tak muncul dalam blog tetiba muncul dengan kain pasang baru la la la la la la..sistur ni kalau bab kain memang hati berbunga bunga,macam satu terapi jiwa, hilang segala macam stress..

Korang tau tak kain pasang jenis Twist Cotton Linen ni semakin trending di alam maya tau. Lelaki, wanita, tua, muda dan kanak-kanak memang sangat sesuai dengn fabric macam ni. Sebab apa sesuai??? Mai sini sistur bagi tau kehebatan kain pasang twist cotton adalah seperti yang berikut :


  • Tidak terdapat garis-garis pada permukaan kain seperti sakura cotton silk
  • Tenunan yang sangat rapat so kain tak mudah carik atau koyak
  • Mudah diserap/ menyerap peluh
  • Fabrik yang ringan tapi jatuh terletak bila pakai
  • Kain yang sejuk.
  • senang dicuci sekiranya terdapat kotoran makanan atau minyak.
  • boleh di basuh menggunakan tangan, mesin basuh mahupun dry clean.
  • tidak mudah renyuk.
  • less iron
  • kemas bila pakai
  • tidak mengecut selepas pembasuhan
  • warna tidak luntur
  • sesuai untuk pelbagai jenis fashion baju lelaki dan wanita




Sebagai pengenalan, sistur hanya ada 14 warna sahaja, warna lain akan sampai dalam beberapa hari lagi dan InsyaAllah kain jenis lain juga akan sampai, doa doakan yer semoga semuanya berjalan dengan jaya nya.

Harga????  Ok lah berkaitan dengan harga pula korang boleh chek it out di website lulukainpasang.com banyak pilihan kain juga kat sana, korang boleh telek belek macam - macam jenis kain, memang best sebab harga pun murah-murah githuu dah lah murah kualiti pun tip top

Kain pasang Twist cotton linen mempunyai permintaan yang semakin tinggi lebih lebih lagi untuk kegunaan hari raya 2019 nati, ehhh!! tapi bukan untuk raya jer tau, pakai ke pejabat pun sangat lah selesa, sejuk dan menyerap peluh kita duk pejabat sampai lebih 8 jam, kerja-kerja pejabat pulak ada yang berjumpa orang ramai,ada yang duduk saje monitor Fb sambil tengok page sistur hihihi, ada yang kuar pegi jupa client, ada yang pegi site tanpa dirancang terkadang pulak tu terpakai kurung..haaaa korang jangan risau kalo dengan twist cotton linen, tiak tak melekik lekik pun, peluh tiak akan diserap sepenuhnya haisssh selesai satu masalah iaitu mengurangkan tengit tiak yang semerbak githuu..


Citer bab peluh tiak ni kan, sistur ada satu cerita benar yang diceritakan kepada sistur oleh mereka sendiri, katanya bangla atau pakistan lebih suka baju yang tak serap peluh tau, dia kata bila berpeluh, peluh tu akan menitik nitik jatuh ke lantai tak lah baju tu kotor atau basah dengan peluh, aduhhh fatut lah boleh fitam kita duk sebelah dia...

Tapi kain twist cotton linen mempunyai kuasa serapan peluh yang pantas,tiak yang kerap mengeluarkan peluh tu memang patut memiliki kain pasang twist cotton linen, bila serap peluh bau badan pun berkurang, habis masalah jimat deodorant.

Ni ceghita pasal tiak ker pasal kahen ni, sambil menyelam sambil minum air..ok lah sampai sini dulu nati sambung ceghita pasal lain pulak...babai jumpa lagi ta ta ti ti tu tu

Thursday, 19 July 2018

RM50K GAJI BLOGGING

Assalamualaikum semua....

Mak ai mak yu banyak giler dapat hasil dari blogging, rm50 ribu tuuuu, gilaks eh ingatkan rm5 ribu jer, Haishhhh memang betul lah income blogging ni banyak, sampai riban riban, ada yang macam tu ke kat sini...

Yang empunya blog bukan sistur lah...blog sistur ni bawa tahap sedu sedan jer, kejap ada kejap takdak, nak capai limapulloh hinggit pon yelleek. sebab tu lah bila baca blog sendiri pun sistur fening, kejap bahasakan diri kakak, kejap aku, kejap saya dan terbaru ni sebagai 'sistur' hahahah masiam masiam lah....
terbaik lah cik apel, orang lain jadi semangat nak wat kerja
Macam ni, pagi-pagi tadi sistur ter skodeng IG Cik Apel Tahu tak yuallsss paling banyak dia dapat income dari blog adalah rm50k, wowww bombastik banyak kan, best jugak habiskan masa membaca soalan yang followers tanya cik apel, sistur baca bab bloging aje, soalan lain sistur skip berminat tentang bloging jer sekarang ni, ada beberapa soalan dan jawapan yang sistur sempat screen shoot untuk simpanan moga-moga menjadi pembakar semangat bila rasa malas nak buka blog, nak dapatkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang bukan senang kena usaha dari mula dan tak jemu-jemu mencuba yang terbaik, nak jadi cik apel yang sekarang ni pun dia mula sejak umur 18 tahun, katanya lagi nak berjaya hati kena kental.
tengok tu...hati kena kental, cam mana tu huhuh
Sistur bukan nak membawang tau tapi sistur suka mencari semangat baru sebelum buat kerja, bila baca kejayaan orang lain sistur terasa nak macam tu jugak lah, nak buat jugak lah, nak usaha jugak lah haaaaa itu jer sebenarnya, memang suka sangat tengok kejayaan cik apel dalam dunia bloging.
Sistur kenal blog cik apel pun sebab ayah dia yang kenalkan, masa tu sistur bekerja di sebuah company contractor dan kebetulan ayah cik apel one of the sub contractor company tu dan di situ lah sesi memperkenalkan blog cik apel bermula, mula-mula baca macam tu je lah sebab cerita dia takda kaitan dengan info-info yang sistur nak baca, rupanya anak dia one of the top blogger, last sebelum resign dari company tu sempat lah dia jemput ke majlis perkahwinan cik apel, masa tu sistur tak datang sebab ada hal yang lebih penting.

Itu lah kesahnya, tak sangka jadi sumber inspirasi sekarang ni,tengok earning cik apel, adoi rasa bestnya jadi blogger atau insta famous hukhukhuk, kita semua boleh berjaya jugak tau yang penting usaha kena lebih dari biasa.

Ok semua, selamat maju jaya, berjaya dunia akhirat...bye see u next pot pet










Wednesday, 18 July 2018

CERITA DAN BERITA

Assalamualaikum semua....

Lama sungguh sistur tak menjengah blog, nasib baik password sentiasa save dalam semua desktop, laptop, tab dan hand phone huhhhhh kalo idok mau sistur lupakan blog buat selama lama nya, malas nak sress kan diri mengenangkan perangai diri sendiri yang sentiasa hilang ingatan bab password.

Sebenarnya sistur menghilang dalam blog bukan sebab malas menulis tapi sebab takda ruang yang selesa untuk menulis hahahaha, gediksss tak alasan dia.

Terlalu banyak cerita dan berita tengtang kehidupan peniaga online yang boleh dikongsikan dalam blog, cumanya alasan terlalu banyak bila nak mula, haishhhh dugaaaan..

Bab yang paling best bagi seorang peniaga online ialah bila customer bagi feedback best best tentang produk kita yang dia dah beli,rasa macam nak bagi free jer semua kain yang ada hikhikhik. Nasib baik sistur bukan pakcik Jakel kalo idok sistur bagi free kain kat semua customer yang memuji kain sistur is the best in town.
warna terbaru dari material kain heavy premium como crepe nak detail lebih pegi je skodeng website lulukainpasang.com
Bulan syawal tadi kan sistur ada buat contest raya, mana tak best bila pertama kali nya sistur buat contest  baju raya bergaya, pemenanng pulak boleh pilih warna kain yang dia suka samada dari jenis kain sakura cotton silk ataupun heavy premium como crepe, pencarian selama 30 hari sehingga habis bulan syawal dan baru baru ni sistur dah pun umumkan 5 orang pemenang, hadiah pun dah di pos, alhamdulillah berjaya juga buat walaupun sistur tahu jika contest tak dibuat pun, mereka tetap hantar testimoni dan gambar-gambar kain yang mereka dah buat baju macam sebelum sebelum ini, namun semua ni sistur buat dengan niat nak bersedekah.

Laman web lulukainpasang.com pun dah beroperasi sepenuhnya, setelah lebih kurang 4 tahun berniaga menggunakan facebook kainpasang murahdancantik, rasa gembira sangat bila website sistur dah menghasilkan duit ahaksss, bila terfikir hasil dari niaga online ni kan rasa macam tak percaya pun ada, customer pulak ingatkan sistur ada kedai sampaikan dia waze alamat yg ada kat fb, bila sampai, kedai tak jumpa jumpa adoiii mati lah nakkk sistur niaga online sahaja, details kat fb pun ada bagi tau meniaga kahen pasang online sahaja, bila baca wassup dia kan sistur sedih sebab dia bagi tau dia dah sampai nak tengok kain, naik motor jauh pulak semata mata nak tengok sendiri, nak pakai untuk bridesmaid katanya
Pegi lah jengok kain kain kat web, ada yang clearance sale tau
Sistur ada kahen baru lagi tau sejenis Linen ,baru aje seminggu so gambar gambar pun tak sempat update dekat website kalo nak tengok kena jenguk fb atau intagram dulu lah, sistur sebenarya dah amek gambar tetapi kan si hincik suami tak suka gambar gambar tu, tak syantik katanya so sistur lupakan dulu tunggu hincik suami free dan dia tolong amek gambar lah. my suami ni dia punya cerewet, mak zuke pun serem nak bekerjasama, haa jangan main main.
Ni lah kain baru kite, nama dia Twist Linen cotton bidang 60' kalo korang nak tengok banyak warna lagi klik jer link Fb tau
Bila dah mula menulis ni kan macam tak nak stop pulak, entah entah takdak orang yang baca la la la la,ok satu lagi,  kesahnya  customer akak yang kengkadang sistur rasa macam nak haissss macam nak haisssssh jer lah, ye lah mana tak nya sistur baru pos kain semalam tapi dia punya tanya macam dah pos seploh tahun...
sistur sayang customer ni sebab dia prihatin sangat, harap dia tak baca lah kat sini, kang merajuk tak nak beli kain dah 
ok satu lagi nak cerita ni hihhi, nak bagi tau yang sistur ada buat open house sale dekat website, murah murah jer kain nya tapi kualiti memang terbaik dari ladang, kalo nak detail lebih lanjut boleh klik link kat bawah ni tau..ok lah babai semua nati kita jupe lagi naaaaaa

murah murah jer, mai lah jenguk2 kot ada yang terkenan kan