Thursday, 19 July 2018

RM50K GAJI BLOGGING

Assalamualaikum semua....

Mak ai mak yu banyak giler dapat hasil dari blogging, rm50 ribu tuuuu, gilaks eh ingatkan rm5 ribu jer, Haishhhh memang betul lah income blogging ni banyak, sampai riban riban, ada yang macam tu ke kat sini...

Yang empunya blog bukan sistur lah...blog sistur ni bawa tahap sedu sedan jer, kejap ada kejap takdak, nak capai limapulloh hinggit pon yelleek. sebab tu lah bila baca blog sendiri pun sistur fening, kejap bahasakan diri kakak, kejap aku, kejap saya dan terbaru ni sebagai 'sistur' hahahah masiam masiam lah....
terbaik lah cik apel, orang lain jadi semangat nak wat kerja
Macam ni, pagi-pagi tadi sistur ter skodeng IG Cik Apel Tahu tak yuallsss paling banyak dia dapat income dari blog adalah rm50k, wowww bombastik banyak kan, best jugak habiskan masa membaca soalan yang followers tanya cik apel, sistur baca bab bloging aje, soalan lain sistur skip berminat tentang bloging jer sekarang ni, ada beberapa soalan dan jawapan yang sistur sempat screen shoot untuk simpanan moga-moga menjadi pembakar semangat bila rasa malas nak buka blog, nak dapatkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang bukan senang kena usaha dari mula dan tak jemu-jemu mencuba yang terbaik, nak jadi cik apel yang sekarang ni pun dia mula sejak umur 18 tahun, katanya lagi nak berjaya hati kena kental.
tengok tu...hati kena kental, cam mana tu huhuh
Sistur bukan nak membawang tau tapi sistur suka mencari semangat baru sebelum buat kerja, bila baca kejayaan orang lain sistur terasa nak macam tu jugak lah, nak buat jugak lah, nak usaha jugak lah haaaaa itu jer sebenarnya, memang suka sangat tengok kejayaan cik apel dalam dunia bloging.
Sistur kenal blog cik apel pun sebab ayah dia yang kenalkan, masa tu sistur bekerja di sebuah company contractor dan kebetulan ayah cik apel one of the sub contractor company tu dan di situ lah sesi memperkenalkan blog cik apel bermula, mula-mula baca macam tu je lah sebab cerita dia takda kaitan dengan info-info yang sistur nak baca, rupanya anak dia one of the top blogger, last sebelum resign dari company tu sempat lah dia jemput ke majlis perkahwinan cik apel, masa tu sistur tak datang sebab ada hal yang lebih penting.

Itu lah kesahnya, tak sangka jadi sumber inspirasi sekarang ni,tengok earning cik apel, adoi rasa bestnya jadi blogger atau insta famous hukhukhuk, kita semua boleh berjaya jugak tau yang penting usaha kena lebih dari biasa.

Ok semua, selamat maju jaya, berjaya dunia akhirat...bye see u next pot pet










2 comments:

  1. mak ai bestnya kalau sebulan 50k, gi travel saja lah sha haha

    ReplyDelete
  2. hihiih kan..jangan lupa shopping kain dekat webstie sistur tau kalo dapat duit blog limapullohribu

    ReplyDelete