Thursday, 2 August 2018

KAIN PASANG TERKINI, SEJENIS COTTON TRENDING

Assalamualaikum...
Hasil daripada pemerhatian kakak beberapa bulan selepas raya ialah kain pasang sejenis linen makin menjadi kesukaan ramai, yehuhuuuu ini bermakna kakak telah menjumpai citrasa penduduk malaysia cenderung ke arah pemakaian kain linen pulak so fening kefala kakak telah berakhir disini.

Memang fining oooo bila kau tak jumpa-jumpa jenis kain yang menjadi permintaan ramai, kalo kau tak tahu so apa yang kau nak jual, betul tak?
Kes macam ni memang kena pecah otak sikit sebelum mengambil keputusan menyimpan stok jualan seterusnya, sebagai penjual sedikit kajian tentang behaviour pelanggan mesti dibuat sebelum keputusan dalam pemilihan fabric jualan diambil, jangan main bedal jer dik, kang stok yang telah diambil tidak mendapat sambutan, kang sapa yang rugi, kita dan suami kita jugak kan, sebab apa suami sebab kakak menjual kain dengan suami kakak jer hikhikhi.
Kebiasaannya selepas berakhirnya bulan raya, penjual kain mestilah mempunyai sejenis kain yang terbaru untuk permintaan hari raya seterusnya pulak, macam mana nak tahu jenis kain yang akan menjadi trending untuk raya 2019, haaaaa ini lah kena buat kajian sikit dik, beberapa cara yang familiar kakak buat selama ini dan alhamdulillah 4 tahun menjadik saja hikhikhik korang pun boleh tiru juga.


  1. sentiasa mengikuti fesyen terkini artis malaysia, artis-artis letops lah, artis luar negara pun ok jugak contohnya artis yang serumpun dengan kita ler, jgn pulak tengok retis korea, diorang tak pakai kain, kakak sentiasa skodeng gambar baju-baju yang retis pakai, kalo kakak rajin memang kakak pegi lah butik-butik mereka tu.
  2. tanya lah customer korang nak pakai kain apa lepas ni, tapi kebiasaannya customor kakak yang dok tanya kain jenis apa yang trending pulak tahun ni, 
  3. supplier kain pun banyak info berkaitan kain terkini sebab butik-butik besar memang dah ada jenis kain yang diorang order kepada supplier untuk beberapa tahun seterusnya, ini kes butik ternama dan sedia ada pelanggan sendiri, korang boleh tanya supplier lah
  4. korang pegilah pasaraya Jakel tu haaaa, pegi tengok kain terbaru dia apa pulak, tak yah tengok harga lah, pegang jenis kain sudah ler hehehe, kalo tengok harga kan jatuh merudum semangat korang pulak..
  5. korang minta lah idea kawan-kawan seangkatan korang, kawan bisnez yang betul- geng ler sebab jarang ada kawan yang boleh share apa jenis kain yang diorang nak jual, takut kena caras katanya, kakak ni tengok orang lah nak bagi info, kalo dia jenis kedekut taik hidung masin, kalo tanya kita bukan main lagi, bila kita tanya adoi belum tanya lagi dah cakap tak tahu, yang ni memang kakak ban ler...
  6. ini ikut kata hati sendiri, bila dah lama meniaga korang akan tahu lah dengan sendirinya, solat istihara paling senang dan menang lah cara paling best, bertanya Allah dalam solat. 
Kesimpulan untuk saat ini ialah kain pasang linen semakin trending di Malaysia, kepada peniaga online yang masih mencari idea, haaa cari je sejenis linen untuk jualan, jenis linen banyak tau, ikutlah budget korang berapa, ada yang murah ada yang mahal, pandai-pandai lah korang cari sendiri, pastikan jual ikut harga dan kualiti kain tau..

Ok semua, next kakak share benda lain pulak, jangan lupa skodeng website kain pasang kakak di www.lulukainpasang.com






4 comments:

  1. kau kan lu, saja ja tau buat aku pening nak beli kain jenis apa ...
    hiks, ok lah aku fikir dulu nak beli twist cotton atau yang egyptian linen ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fikir2 dulu, twist linen lebih kasar banding Egyptian linen, egyptian ni sangat lah lembut, lebih halus tenunannya, kain pun memang lebih quality banding twist linen, bagi yang suka kain lebih keras sedikit boleh pilih twist linen, kalo buat baju dia terletak di badan sendiri hikhikhik...

      Delete