Wednesday, 19 September 2018

RASA TERUJA DAN TERKEJUT MEMPUNYAI WEBSITE E-COMMERCE SENDIRI

Assalamualaikum semua...
Ada ker yang perasan kakak sudah mempunyai website e-commerce sendiri iaitu www.lulukainpasang.com website ini niatnya hanya lah untuk memudahkan urusan pembelian kain pasang online sahaja dan akhirnya sikit-sikit akan mengurangkan urusan pembelian menggunakan wassup yang terkadang tak terlayan kesemuanya, jawab pun paling ringkas dan padat, dah tak da borak-borak santai perkenalan bersama custemer, kakak tak sempat walaupun custmer sebenarnya lebih suka borak-borak dulu sebelum meneruskan pembelian, borak-borak perkenalan adalah lebih mudah close sale sebenarnya.

Secara jujurnya kakak tidak mengetahui sama sekali tentang website e-commerce, how its  running, etc, memang kakak zero dalam bab website, pendek kata tak tahu langsung lah, Mula-mula kakak ingatkan sama lah macam penggunaan facebook, once sign in korang lah yang akan uruskan sendiri dan tanpa breakdown selagi data internet korang ada lagi hikhik, and now dah masuk dua bulan website kakak beroperasi namun kakak masih lagi kurang memahami hahahah, pendek kata masih blurrr.

Terkadang nyesal pun ada sebab gatal nak ada website e-commerce sendiri, tapi kakak tak terluah perkataan itu didepan suami,  nati kang tak pasal-pasal kakak kena bebel sampai 7 keturunan pun tak habis,  ialah bukan murah bayaran untuk hasilkan satu website e-commerce memakan belanja rm4k jugak tau, ini pilihan yang paling murah dalam package, munkin orang lain ada menawarkan harga yang lebih murah, tapi itu lah, kakak tak study dulu sebelum membuat keputusan menggunakan website sendiri, korang jangan cuba-cuba main terkam ajer nati kan lagi stress tahap gaban hahah

Kesilapan kakak ialah bila tidak membuat kajian terlebih dulu tentang keperluan, apa itu website e-commerce, macam mana website itu beroperasi dan banyak lagi info yang sepatutnya kakak fahami sebelum decide ada website sendiri so bila dah ada website sedikit sebanyak tak lah terkejut beruk dek non.

Mana tak terkejut bila kau baru beroperasi beberapa hari tetiba asyik breakdown aje, bila customer buka jer breakdown, bila kau buka ajer breakdown pulak aduhhhhh...customer dekat facebook pulak dok cakap apasl website breakdown jer, kata suh beli dekat website tapi ni tak boleh buka.

Fining tau, bila tanya dekat  website designer tu, dia pulak jawap lambat, kadang dia jawab sehari selepas pertanyaan, nak jugak kakak sound apsal tak jawap tahun depan huhuhu tapi kakak masih cool namun dalam hati membara jugak ni, bila dia bagi jawapan panjang berjela kakak kena baca dan faham satu persatu pulak hahahha haiiii lahaii rupanya macam tu, 'bandwidth' lah ape benda lah semua tu kakak pun baru tauuuu.

Website tu breakdown memanjang sebab 'bandwidth hosting exceed' kiranya visitor makin bertambah dan bandwidth yang ada tak boleh nak tampung user yang makin bertambah, kakak pun baru paham sikit lah hahaha, supaya lagi senang nak paham ibaratnya ruang dalam kedai telah dipenuhi ramai pengunjung yang singgah so kemampuan ruangan yang ada amat terhad otomatik server akan blok web tersebut. sekiranya ia berterusan makanya kena upgrade lagi, duit lagi adoiiiiiii mati lah nak....

Mula-mula akak terkejut jugak lah benda tu, akak rasa menyesal sebab tak study dulu sebelum decide nak ada website, rupanya kena keluarkan duit lebih untuk jadikan satu website yang dikenali ramai, ya lah bila website dah dikenali ramai makanya sales kita pun akan bertambah banyak, namun akak belum bersedia lagi untuk keluarkan duit lebih kepada website hahahaha, biar lah masih menggunakan wassup dan facebook sahaja dulu.
Satu lagi yang membuatkan kakak terkezutttt, bilamana billplz pulak charge rm1.50 every each transaction yang custmer dah buat melalui billplz, ini pun kakak baru tahu, hengg otak kakak seketika, kalo lah kakak tahu lebih awal kakak tak nak ada website hahahahh lawak pun ada bila fikir-fikir..billplz tu ape???? alah yang yang kita klik link pembayaran direct transfer tu, kiranya kita tak perlu lagi type number account seller online untuk proses bayaran, kakak pun baru tahu yang tu kena charge jugak adoiiiiii la haiiii mak fining lalat
sempat lagi kalo korang nak dapatkan harga sale di website 
Sebenarnya website e-comerce memudahkan kedua belah pihak diantara pelanggan dan penjual jika website itu betul-betul diuruskan dengan baik, pelanggan lebih berkeyakinan kepada sesuatu bisnes online jika kedai itu mempunyai website, website juga adalah penyelamat sekiranya facebook peniaga kena flag, kakak takut jugak lah kan pisang berbuah dua kali yang mana facebook kakak pernah hilang secara tiba-tiba dan sampai ke hari ni mak zuke tak pulangkan semula, murung tau seminggu jugak lah sebab tu kakak tak fikir panjang untuk buka website ni.

Apa pun kakak percaya semua ini ada hikmahnya, kakak yakin Allah telah menggerakkan kakak sampai ke peringkat ini dan belajar sesuatu yang baru dalam perniagaan online so kakak kena teruskan apa yang telah kakak buat.

Banyak pengalaman baru disetiap perjalanan perniagaan kain online ini, untuk sampai ke tahap sekarang memang tak terjangka dan kakak amat  bersyukur kerana perniagaan online banyak membantu kakak dari segi menaikkan taraf perbelanjaan keluarga, jikalau kakak masih lagi bekerja seperti dulu munkin tahap perbelanjaan keluarga kami masih lagi tidak mampu memperolehi banyak perkara yang kami inginkan.
banyak pilihan kain tau dekat website ada yang clearance sale lagi tu...
So pengajarannya, kakak kena lalui sesuatu yang baru untuk terus success dalam bisness online, sesuatu yang berlaku pasti tersirat hikmah yang kakak patut pelajari so teruskan perbaiki apa yang sudah ada dalam genggaman hikhikhik

sale dah habis u alsssssss huhuu





Wednesday, 12 September 2018

BOOKING HOTEL MELALUI EXPEDIA.COM INGATKAN LEBIH MURAH TAPIIII.....

Assalamualaikum...

Percutian 3 hari dua malam di subang jaya 45 minit perjalanan dari rumah hahaha, kitaorang memang macam ni dr takda anak sehingga lah ada anak sorang ni, keluar bercuti pun dekat2 jer, sebenarnya nak rehatkan badan dan minda stay dalam hotel sambil makan makanan hotel 5 star, bila ada anak ni tambah satu lagi intention dia iatu bawa anak mandi pool.
Deluxe room, selesa jugak lah tapi takda bath tab, anak tak leh nak berendam pulak

view from our room
Family short vacay selama 3 hari dua malam di hotel dorset subang jaya, kakak beli tiket last minit through expedia.com.my dalam rm566 complimentary with breakfast for 2, pembelian melalui Expedia ada discount 30% so itu yang terus grab walaupun banyak lagi pilihan lain.


Tapi kan u allssss selepas kakak bayar, tetiba kakak gatal tangan pegi search website www.dorsetthotels.com mak ai rupanya pembelian melalui website lagi murah haduhhhh tipah tertipu lah pulak u alsssss.


Korang kan sebelum buat pembelian dekat mana-mana iklan tribago, expedia ker ape benda semua itu baik lah compare rate dulu dekat website, kakak rasa macam dua kali dah terkena macam ni ualsss hahaha tapi tak pa next vacation kakak berhati hati di jalan raya dah huhuhu.


My husband kata breakfast dekat dorset subang jaya tak menarik sangat, tak banyak pilihan, makanan tak sedap, bg kakak ok jer pun sebab ada expresso coffee ☕ dan chinese food my peberet lah kiranya hahhaha..dia punya peberret is mamak style kena ke negara india jer lah baru dapat breakfast satisfied bg dia, hotel promenade Kota Kinabalu yg dia selalu sebut2 breakfast sangat best bnyak pilihan dan sedap2, tak silap kakak promenade hotel standard 4 star...

Apa pun percutian family utk merehatkan minda berjaya dan balek rumah dengan semangat membara menjual kain pasang semula yeyyyyy, kita balek cari duit, lepas tu kita plan bercuti lagi tau dan alhamdulillah dalam sebok2 cuti ni kakak dapat close sale dengan new Customer sangat mudah, betul lah kata orang kan bila kita niat utk mengembirakan keluarga terdekat Allah akan balas dengan pelbagai cara juga so jgn risau keluarkan duit utk anak-anak kerana balasan dari Allah itu pasti ada.

kalo korang nak cari kain pasang murah-murah dan berkualiti pegi jer ke website www.lulukainpasang.com
sempat lagi kalo korang nak daptkan harga sale time ni