Tuesday, 30 October 2018

5 TIPS MEMILIH BAJU SERAGAM GURU ATAU KERJAYA LAIN

assalamualaikum semua..

Sekiranya anda adalah orang yang dipertanggungjawabkan memilih seragam kerja, keperluan untuk memastikan bahawa anda memilih seragam kerja yang terbaik untuk team anda sangat lah penting, kalo tidak nanti ada makcik bawang membawang anda di kemudian hari sebab salah pilih seragam hahaha.

ini kainpasang sejenis sakura cotton silk bidang 45'

Ok meh lah kakak bagi sedikit tips yang perlu difikirkan sebelum memilih pakaian atau fabric terbaik

1) Mengekalkan gaya seorang Profesional. 

Salah satu aspek yang paling penting dalam memilih pakaian seragam ialah mengekalkan rupa profesionalisme di tempat kerja. Imej adalah segalanya, dan anda perlu memilih gaya seragam yang mempromosikan sekolah,syarikat dan jenama anda. Anda mahu orang sekeliling atau pelanggan melihat anda atau kakitangan anda dengan yakin jadi berpakaian seorang pekerja secara profesional adalah sangat penting.Jika anda bekerja sebagai pelayan dan kakitangan perkhidmatan, anda perlu memastikan bahawa mereka hampir kelihatan elegan dan formal, dengan pakaian seragam yang sesuai dan sempurna dengan persekitaran kerja. Begitu juga, orang-orang seperti guru harus memakai pakaian seragam yang mempunyai imej yang kemas dan bersih untuk dicontohi pelajar anda. 
yang ni pulak sejenis como crepe bidang 60'

2) Memilih fabric yang betul

Pastikan memilih fabric yang tepat untuk persekitaran kerja yang selesa. Contoh seorang guru, yang sentiasa aktif bergerak menaiki tangga ke satu kelas ke kelas yang lain, berdiri dihadapan pelajar dan membongkok ketika menulis akan menjadi sebahagian daripada aktiviti harian mereka, pemilihan kain yang tidak mudah koyak, renyuk atau benang tertetas perlu diambil kira agar kegiatan sepanjang hari tidak menjengkelkan selain itu pastikan juga fabric yang dipilih menyerap peluh, tidak panas atau terlalu tebal atau terlalu nipis, kerana guru guru ini mungkin akan bergerak banyak serta berada seharian di tempat kerja oleh itu fabric dari material yang menyerap peluh, lembut dan tidak jarang perlu menjadi pilihan utama
haaa yang sejenis linen dan terbaru dalam koleksi kami bidang 60'

3) Keselesaan 

Selain daripada kelihatan cantik dan hebat, anda juga perlu memikirkan tentang pakaian yang selesa apabila bekerja. Jika mereka akan bergerak banyak, jangan pilih pakaian yang terlalu ketat. Ia akan menyekat pergerakan itu dan boleh menjadi sangat tidak selesa, anda akan kelihatan janggal berhadapan dengan orang ramai.

4) Memilih Warna

Sentiasa memilih warna dan kain yang sesuai untuk pakaian seragam. Jika ingin menunjukkan imej jenama anda, anda boleh memilih warna terang dan berani yang pasti akan menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa gaya dan reka bentuk yang anda pilih sepadan dengan industri kerjaya anda.Warna yang anda pilih bukan sahaja sesuai dengan industri anda, tetapi juga imej jenama keseluruhan anda.
yang ni pun sejenis linen jugak bidang 60' kain ni once habis, habis macam tu je sebab tak nak restok once kain kakak pun dah banyak jenis kan

5) Kos 

Harga perlu juga dititikberatkan ini kerana baju atau fabric itu memerlukan pembelian berkala,kemampuan membeli pakaian baru perlu diambil kira Walaupun anda sentiasa boleh memikirkan tentang gaya dan kualiti namun kemampuan ekonomi juga perlu agar nati anda tidak tersekat untuk membuat pembelian seragam baru pada masa hadapan. Biar memilih pakaian yang berkuliti tapi masih mampu milik untuk semua pekerja Sekiranya anda perlu menggantikan pakaian kerja pekerja anda dari semasa ke semasa, anda tidak perlu melakukannya sekaligus sebaliknya bahagikan kepada kumpulan, dan membeli pakaian seragam baru untuk satu kumpulan pada satu masa. Ini akan membantu dalam mengurangkan bebanan perbelanjaan pada masa tertentu.

ok itu jer nak share sedikit tips dulu, next tips khas untuk guru tau sayam sayam semua so apa lagi jangan lah lupa jenguk website kakak www.lulukainpasang.com, tenggek kat fb page kakak pun best jugak 

Add caption


 
  

1 comment:

  1. kain semua best best ... tp aku juga yang jenis beli kain, lepas tu simpan buat pekasam, sayang mau jahit :(( duh .. sampai husband ku cakap, buat apa beli kalau ndak jahit ...

    ReplyDelete