Thursday, 11 October 2018

AKU MEMILIH BERSANGKA BAIK

Assalamualaikum...

Hari ni kan tetiba nak share tentang bersangka baik dengan semua orang, kenapa kita perlu berburuk sangka sedangkan bersangka baik itu lebih senang berbanding sangkaan buruk yang akan menyerabutkan otak.
kakak tak reply dah lepas tu sebab nati banyak pulak sambungan dia, nak terang panjang lebar kan kakak pulak tak siap kerja nati. ingat nak reply terima kasih atas nasihat tapi terlupa pulak.aduhhhh

Macam ni ceghitanya, customer ni nak beli kain cod 2m (ambil sendiri dekat rumah), memang kakak tak buat cod (ambil sendiri dekat rumah) kalo tak urgent salah satu sebab macam ni lah tak boleh nak jupa face to face atau nak ajak masuk rumah, namun bila custmer kata nak guna urgent kakak pun yes kan je lah tapi kakak boleh letak atas pagar jer kain tu than nati dia pick-up bila2 dia ada masa, bayaran samada dia nak bank in atau letak je dekat pos box yang mana dia lebih senang.

Kakak tak boleh nak tunggu jer dia nak dtg, sistur pun banyak kerja nak buat, nak uruskan rumah, anak pulak bf lagi, bila dia tengah nyusu mana nak lepas dari nenen, nak uruskan order orang lagi so takut-takut bila dia dah sampai sistur pun tak perasan than dia menunggu lama dekat depan rumah so sistur tak nak lah kan jadi macam tu, custmer dah menunggu depan rumah than kau tak baca wassup sebab busy buat benda lain dia pulak terpaksa menunggu lama, tak best kan biar orang menunggu, masa tu emas tau bagi sesetengah orang macam kami ni hihihihih

Tetiba pulak terfikir alahai teruk sangat ker aku ni, serious tak pernah terfikir pun benda ini akan menjadi satu isu pada customer huhuh.

Lepas ni memang tak nak buat cod kat rumah, kalo nak order kita pos sahaja sebab tak semua orang akan mengambil sesuatu yang kau buat tu positif, bila kita tak sama dengan cara dia, mula lah dia serabutkan otak fikir orang lain tak baik.

Kepada custmer itu sorry naa, lain kali kakak pos jer tau, itu pun kalo nak order lagi lah, apa pun terima kasih dengan nasihat nya, will take it as a positive matter,

Belian online di website lagi senang sap sap soi semudah makan kacang yang dah kupas kulit...korang kalo nak beli kain online pegi je dekat www.lulukainpasang.com

#cod (customer oder delivery) betul ke tak short form tu?? heheh akak pun tak tahu..





4 comments:

  1. cod tu maksud dia, cash on delivery .. Dia bayar time brg kena hantar .. setuju dgn kau lu, walaupun jual online, tp mesti busy buat kerja rumah n jaga anak .. lagi satu, aspek keselamatn juga .. kalau husband teda di rumah, dah kau duduk sorg2 dgn anak, mesti susah nak jemput tetamu masuk kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa cod-tq info hahahha dr dulu paling takut bab safety,area KL pulak hari2 ada cerita yang menakutkan, memang tak mau cod di rumah even si suami ada aku tak mau jugak sebenarnya, tak selesa orang yg tak kenal dtg rumah, tak mau lah fikir bukan2 yg pasti memang tak selesa lah..itu pun sebab urgent so kita pun ok lah.

      Delete
  2. akak pun biz online dah bertahun-tahun.
    Akak dah rasa customer self pick up kat rumah, dah rasa buat COD (set meeting point).

    Dan akhirnya akak pilih by post sahaja, sebab memang timbul masalah jika buat selain pos. Kalau yg minta COD jugak sebab urgent, akak cakap 'Maaf, kami cuma buat by post shj'. Bagi akak, kalau urgent boleh terus cari kedai fizikal.

    Apapun, kita belajar dari pengalaman. Dari situ kita sesuaikan dgn biz kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 ujie kita belajar dari pengalaman yang mana lagi sesuai dengan situasi kita kan...kalo nak urgent banyak jer kat jakel lagi sonang kan...

      Delete