Tuesday, 16 October 2018

HARGA POS LAJU NAIK LAGI

Assalamualaikum...

Alamak... sedih pulak bila kakak bertukar dari perkhidmatan pos laju ke Gdex Express uuuwahhwah nangisss, sedih lah dari tahun 2014 menggunakan perkhidmatan pos laju dan finally kitaorang decided tukar ke gdex Express.
abang posmen yang rajin dan baik hati setiap hari datang rumah pick up parcel customer

memang kakak puas hati dengan service pos laju

Selama beberapa tahun menggunakan perkhidmatan pos laju memang kakak puas hati dengan services mereka, kadang-kadang ada yang tak puas hati tu biasalah kan, mana ada yang perfect dalam dunia ni, sedikit sebanyak pasti ada cacat cela nye, driver van pos pun memang cepat dan tepat pada masanya datang pick up barang, kami memang suka dengan perkhidmatan pos laju tapi terpaksa jugak bertukar ke gdex.

Sebab apa bertukar ke gdex pulak??? Munkin Ada yang tak perasan yang pos laju buat revised harga untuk perkhidmatan kontrak basis so harga memang jauh lebih mahal dari harga lama, itu lah punca sebenar kami bertukar ke gdex yang lebih murah.
bila dia buat pick up, dia akan direct scan dekat tracking no so custmer dah boleh chek dalam system, cepat kan service diaorang 

Yang tak bestnya pulak kan, pos laju tak hantar notis pemberitahuan tentang kenaikan harga parcel, notis melalui email dan surat pun kami tak terima, itu yang dalam dua bulan jugak lah baru perasan harga terbaru sangat mahal dari harga lama.
consigment note untuk mereka yang menggunakan khidmat contract 


Sedih tau bila ko tau benda ini jadik, dah lah time tu kau buat sale, kiranya margin keuntungan kau jatuh melengcong dan kau tak perasan pun harga pos menggunakan harga baru, tidak adil lah buat kami macam ni, kita kan ber contract bukan main cakap mulut jer masa setuju ambil perkhidamatan pos.Kakak mula perasan kenaikan harga parcel sebulan lebih jugak lah kiranya ada 4 invoice yang telah di charge harga baru. Nasib baik lah kami ni masih mempunyai kesabaran yang tinggi gunung Kinabalu kalo tak dah terbalek van pos kakak kerjakan hahaha.
kalo parcel banyak tu pos laju sediakan guni khas, tapi abang posto kata baik lah tak perlu letak dalam guni sebab dia tak larat nak agkat ke dalam van

Kalau ada yang tak tahu, pos laju yang menggunakan contract basis, mempunyai package yang ditwarkan mengikut jumlah kuantiti parcel setiap bulan, korang akan pilih package yang korang nak tu mengikut kuantiti parcel korang sebulan,  kiranya harga parcel memang lain dari harga dekat kaunter, masa sign contract kena bayar duit cagaran sebanyak rm1000, pos laju akan dtg pick up parcel mengikut jadual yang korang dah tetapkan. Invoise pulak akan sampai by email setiap 15hb dan 30/31hb. 

Ok kita sambung cerita pasal pos laju naikkan harga. Bila kakak mula perasan harga dah berubah, mula lah kakak call pos laju tapi malangnya semua blur tak tahu apa-apa, bila call pulak berjanggut baru nak angkat phone, memang hangin lah satu badan, bila dah angkat call, staff pulak tak boleh nak jawab, kononnya mereka tak pasti dengan perubahan harga tersebut. Dalam masa  dua minggu jugak lah mencari staff pos laju, minta mereka clarify harga baru namun semuanya tak pasti, haaaa itu lah masalah pos laju dekat bahagian hq ni, susah lah nak cakap hahahha, macam malas buat kerja pun ada.

abang posto yang bekerja dengan ikhlas dan rajin moga dimurahkan rezeki padanya, orang yang sama jer kat atas tu 


Ok baik lah pos laju, memandang korang perangai macam siput semua benda tak tahu so kakak deduct semua harga yang bukan mengikut contract kita, kakak hanya bayar harga lama sahaja haaaa ambek kau, sekarang sistur malas nak berurusan dengan pos laju dah, letih tau macam ni semua benda tak tau..

Sudah sebulan berlalu dan kakak tengah ber cerekarama pulak dengan gdex, next story insyaAllah kakak cerita pos laju atau gdex yang best dan yang mana pilihan ramai.


Ok semua jangan lupa jenguk website kakak tau, menjual kain pasang online sahaja di www.lulukainpasang.com


4 comments:

  1. oooo, ni pula cerita knapa bertukar ke gdex...

    ReplyDelete
  2. hmmm aida now da tak guna poslaju.
    mahal satu hal.
    pernah anta brg, tak sampai. pastu tak nak ngaku :(

    ReplyDelete