Wednesday, 10 October 2018

TUAN AZIS MUKA GATAL, RASA NAK HEMPUK JER BATU LESUNG DEKAT KEPALA BOTAK DIA TU.

Assalamualaikum semua...

Hari ni kan,tetiba kakak nak update blog tentang si muka gatal tuan Azis, yaaa ampunnn muka gatal tuan aziz macam nak simbah asid jer kat muka dia, aishhhh tengok kenyitan mata dia pada Murni semasa berada di meja makan semalam eeee geli geleman satu badan nengoknya, orang tua gatal tak hengat donnia, patutla ketiga-tiga bini dia dia asyik stress ajer.

cari gambar scent dekat meja makan tapi takdak pulak, ada gambar ni ajer

Eh si kakak, ape hal pulak ni, dia pulak over stress hahahhaha, sebenarnya, kakak tertengok tanpa sengaja cerita drama 'Mawar Murni' pengganti cerita 'bahagia buka bidaan'.wowww jalan cerita yang best sebab pelakon dia pun best-best.


Cerita ni mengisahkan tuan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai tiga orang isteri, iaitu Ramona, Mahani dan Murni namun takda sapa yang mengetahui bahawa si Murni sebenarnya isteri Azis.


Tapi kan apsal lah Tuan Azis (Ridzuan Hashim), awal sangat matinya baru dua episod kot hahahha, watak dia memang menjadi lah sebab kakak terhibur dengan watak kegatalan dia pada Murni, dia kalau berlakon watak gatal memang menjadik kan, dengan kepala botak dia tu memang sesuai dengan watak lelaki kaya yang gatal.


Tak sabar nak tengor episod seterusnya harap makin best lah yer,  si tuan azis dah mati so takda lah muka gatal dia keluar lagi dalam cerita ini hahahha

Para pelakon cerita drama Mawar Murni ialah Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Wanna Ali, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef. Pelakon semua best-best jer.

Tajuk drama Mawar Murni
Samarinda TV3 
bersiaran pada jam 10 malam
Drama 15 episod

Ok bye itu jer nak cerita jangan lupa beli kain di www.lulukainpasang.com




2 comments:

  1. Replies
    1. hahaha lucu bah gayaknya tu muka gatal yang melampau tahap gatalnya macam gatal boleh jadi cancer stage 4

      Delete