Tuesday, 13 August 2019

KAINPASANG TERBARU LAGI, STOK ARTIS PAKAI UALSSSSS

Assalamualaikum semua...

hihihi muncul lagi di alam blog untuk kakak memperkenalkan kain baru the versatileeee agithcuuuu.


Sebenarnya kakak masih menunggu ketibaan kain baru itu, biasa ler sebulan ship from obersea, kain tip top quality aumm ni memang lambat sikit release sebab nak make sure menepati citrasa customer tersayang kakak.


Ok lah nama kain pasang kakak ialah VICTORIA DUCHESS COTTON SATEEN, korang jgn nak samakan dengan kain pasang yg orang lain jual ala2 nama lebih kurang sama sebab munkin ia berbeza tau, kain kakak dengan orang lain kemungkinan tak sama.


Ciri ciri kain pasang VICTORIA DUCHESS COTTON SATEEN

✍🏻material sejenis cotton dan ada sedikit satin
✍🏻sedikit keras dan sedikit tebal 
✍🏻sudah pasti tak panas bila pakai, yg ni wajip semua kain kakak
✍🏻kemas dan terbentuk bila pakai
✍🏻permukaan halus dan lembut
✍🏻senang iron
✍🏻tak perlu lining ke ape ke
✍🏻baju melayu slim fit memang kacak sangat
✍🏻baju kurung moden, baju kurung pahang segalah mak nenek punya design memang cantik namateee


Detail pembelian
✍🏻Pre-order sahaja
✍🏻rm29 semeter
✍🏻bidang/lebar kain 60’
✍🏻Material dijangka sampai akhir ogos
✍🏻free pos area semenanjung sahaja
✍🏻limited stok
✍🏻rm33 semeter selepas 28hb ogos (harga ready stock)

Cara pembelian klik link dibawahπŸ‘‡πŸΌ
✍🏻klik link wassup πŸ‘‡πŸΌ




Wednesday, 20 March 2019

LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION 26-30 MARCH 2019

Assalamualaikum....

Korang cuti hujung bulan ni dah ada plan ke mana-mana dak? Rasanya belum terlambat lagi kalo nak update pasal LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION  26-30 MARCH 2019.

Yang dekat area Langkawi tu memang confirm lah kan datang berjimba sekali, rugi nau tak datang tengok program LIMA ni, yang jauh ni, masih sempat lagi kot berkira kira nak pergi bawa family.

LIMA open to public pada  29th – 30th March 2019 (Friday & Saturday)
Public visitors opening hours 10.00 am - 6.00 pm, manakala pada 26-28 march invitation kepada trade visitors sahaja, public masuk menggunakan pass tau bukan main masuk je ni, samada beli kat sana atau online disini, kakak beli online je malas nak berbaris panjang kat sana, dah lah panas lit lit kan time tu so standby lah payung.
pertunjukan udara gambar dari mr google 


pertunjukan udara gambar dari mr google 
Kalau korang nak tau detail tentative program korang tengok disini. Memang teruja yang amat dengan percutian kali ni, rasa tak sabarnya nak pegi, paling tak sabar nak tengok pertunjukan udara dari seluruh negara.
InyaAllah bila balek dari sana nanti, kakak diberi kuasa sakti untuk update blog..tinggg dah siap satu cerita mhueeee
ok bye korang jangan lupa jenguk website kainpasang kakak di www.lulukainpasang.com
pertunjukan udara gambar dari mr google 

pertunjukan udara gambar dari mr google 


Tuesday, 19 March 2019

PERTUNANGAN BELLA DAILY PENYEBAB KAINPASANG AKU SOLD OUT

KAINPASANG HEAVY PREMIUM COMOCREPE BIDANG 60’
Cantiknya Bella dengan dress yellow ni, sejak bella pakai dress yellow masa tunang kan tetiba pulak KainPasang kakak warna baby yellow sold out memanjang.

Nasib baik time tu kakak dah restok untuk keperluan raya ni, seminggu selepas itu habis pulak, serious habiss makk, ingatkan boleh lah tahan sehingga raya, tapi kecundang dipermulaan jalan. kakak happy lah bila habis, mau tak happy kan duit masyukkkkk tapi kakak tetap nangis sebab ada custmer main bank in ja tapi kainnya tak cukuppppp larikkkkkkk...

Ya betul stok baby yellow akan sampai, bnyak tu??? tak lah sangat, tapi yg pasti korang yg dah deposit tu sabar naaa, kakak akan pos dulu korang punya order..

Memang trend baby yellow ker sejak bella daily ni pakai baju tunang aritu, dah lama kakak jual kain warna ni tapi jarang sold out hahhahaha. 

Bila bella dah pakai masa tunang
baby yellow kain pasang heavy premium comocrepe

baru-baru ni, hamboiiii cik kak sold out memanjang memang laku kerasssss. so kakak pun istihar baby yellow adalah warna pilihan ramai tahun ni.
baby yellow dan si mint green heavy premium comocrepe

Tau dak kainpasang heavy premium comocrepe ni banyak warna tau, bukan setakat baby yellow ja tapi warna lain pun ada sampai 40 pilihan warna warna menarik menanti anda..

Kalo korang nak cari baju raya, bridesmaids,baju nikah atau baju untuk apa2 majlis, baik lah korang beli Material HEAVY PREMIUM COMOCREPE ni sebab kain dia memang sedap pakai.serius cakap tiak tak ketibas bila pakai, kiranya air peluh tak jatuh menyembah bumi, sempatlah terserap sebelum meleleh haiksss
baby yellow yang sold out ajer..

Ok sapa nak order direct wassup kakak jer, Mesenger fb tu full sampai tak boleh nak reply dah, website kadang breakdown sebab ramai sgt jenguk website tapi takpa WASSUP 24 jam onzzz...

Kalo Korang nak order do wassup tau, kalo pm tepi depan belakang kakak tak mampu nak reply satu satu, sebab terlalu ramai, maaaf naaaa sayam sayam semua...

Ok lah u allsss kakak nak sambung potong kain korang yg dah order tadi yeyyyyyhu..

“BELI AWAL TEMPAH AWAL SIAP AWAL HATI PUN SENANG”

Cara pembelian melalui :

1. Klik link website πŸ‘‡πŸΌ
www.lulukainpasang.com

2. klik link wassup πŸ‘‡πŸΌ

Note : Follow ig @kainlulu untuk melihat ramai feedback Custmer yg telah membeli KainPasan

RESEPI PERIA (KAMBAS) GORENG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum....

Huuhuhu baru nak update blog, resepi diet kakak memang simple dimple yang amat.

Kakak merasakan tahun 2019 ni semua orang plan nak kurus dan cantik, kalo tengok fb dan ig macam-macam tips nak kurus,  bab menu kurus jangan cakap lah memang banyak giler korang pilih jer mengikut kemampuan peti ais korang di rumah.

Kakak pun salah sorang yang dah nampak cahaya kurus diawal 2019 hahahah, nak kurus paling penting kena jaga pemakanan dan work out, kena consistent bukan hangat-hangat taik ayam ja.
sodap tauuuuu

Ok lah kakak nak share menu sayur peria (kambas) goreng yang simple tapi sedap dan memang tak cukup sepinggan makan.

1) Potong nipis kambas selepas dibuang bijinya, kalo takut pahit boleh rendam dengan air garam sikit, semua sayur kakak akan rendam dengan air garam sebelum masak.

2) Ketuk bawang putih bebarapa banyak yang korang suka, akak memang letak lebih lah peminat segalah bawang

3) Hiris nipis sebiji bawang besar, kalo suka lah kalo tak suka pun tak per.

4) Telur sebiji pecah dan kacau dalam mangkuk lain.
menu dayet...

Cara memasaknya.

Panasakan kuali dengan minyak yang sedikit kemudian goreng bawang putih hingga naik bau atau sehingga warna mula kekuningan, kemudian masukkan bawang besar tadi kacau biar bawang besar menjadi layu di ufuk timur, kakak lagi suka bawang tu ada riak riak garing baru sodap

Bila bebawang dah cukup garing maka letak lah telur tadi, kacaukan telur bersama bawang, biarkan telur betul2 masak atau nampak macam garing jugak tau kemudian masukkan garam dan perasa ikut suka korang nak banyak mana pun.

Telur dah nampak sebati dengan bebawang maka tiba lah masanya menuang sayur kambas tadi, goreng sampai mesra kesemuanya, sayur dan nampak layu boleh letak sedikit minyak bijan untuk naik seri muka atau naik bau aummm dekat masakan, kalo ada bawang goreng lagi sodap

Ok dah siap boleh lah hidang, memang sodap hingga menjilat jari...mudah kan...

share dengan anak pun boleh, tak pahit punnnn

itu ja nak share....


Friday, 25 January 2019

KAIN PASANG BAJU MELAYU SI SUAMI

Assalamualaikum semua...

Entah tak tau nak buat karangan ape pulak kali ni, rasanya nak berborak pasal kain lah korang, ofcoz pasal baju raya sedondon kan, tema apa, design apa pulak tahun ni, meleret ke atau idok, singkat ke atau labuh, semua ni wanita jer mampu fikir kaum adam haremmm nak fikir, yg dia tau...
Tema warna nude..cantik kan u allsss

“Mah oh mah.. baju melayu abang mana??? Abang nak kain sama macam tahun-tahun lepas, abang tak nak yang lain”
warna nude yang sentiasa menjadi pilihan ramai
Haaa yang ni lah keje si suami kan, yang dia tau baju siap nak sarung jer di pagi raya, pasal tema warna, design meleret sampai ke bumbung, sambung meleret sampai ke rumah jiran sebelah ada dia nak peningkan kepala janji ko larat nak seret pegi beraya mahhh, haa pakai lah..
baju melayu warna baby blue, gambar baju melayu custmer pakai sangat banyak tapi tak boleh nak buka dekat desktop, so next time kakak share naaaa, kalo nak tengok jugak boleh follow ig kakak @kainlulu

Tapi sebenarnya kan, si suami ni lagi cerewet bab pemilihan jenis kain, bila dia dah suka pada satu jenis material tu, dah merasa pakai baju tu best makanya setiap tahun dia akan request kain yg sama. Kita yang boring nengoknya..

Macam kes ramai suami-suami custemer kakak ni lah,  Bila setiap raya je si suami request baju melayu dari material sakura cotton silk, pening jugak si isteri mikirin nak ikut cakap dia jer...
baju wanita menggunakan kainpasang sakura cotton silk

Kalo dah berkenan tu,  kita turutkan je lah mahhh, sebab KainPasang sakura Cotton silk selesa yang amat bila pakai, tak menggelebeh pun ia jugak, bila kat badan nampak terletak kemas jer dan boleh pakai sampai petang, tiak pun tak rasa ketibas paneh tau
tekstur kain pasang sakura cotton silk terdapat garis halus pada permukaan kain
Untuk si isteri jgn risau sebab kain ni pun cun bak mercun di malam raya, buat macam2 design sangat  lah boleh, nak kembang setaman, kembang semangkuk, nak meleret sampai ke rumah jiran sebelah pun boleh mahhhhh, janji ko larat nak seret mahhhhh
warna top feberet ramai orang wajib sold out memanjang

Haaa kesimpulannya kain pasang sakura cotton silk memang sesuai untuk suami dan isteri, lelaki dan wanita, bayi dan kanak-kanak selesa bila pakai tau.

So korang jangan fining fining kefala lagi, jom mai order untuk raya nati..

“BELI AWAL TEMPAH AWAL SIAP AWAL HATI PUN SENANG”

✂️Pembelian melalui wassup dan website sahaja



✂️ http://www.wasap.my/6012-3700427/sakuracottonsilk45’


Jom belek-belek tekstur kain pasang sakura cotton silk DISINI, pemilihan warna kain pulak ada DISINI