Wednesday, 12 September 2018

BOOKING HOTEL MELALUI EXPEDIA.COM INGATKAN LEBIH MURAH TAPIIII.....

Assalamualaikum...

Percutian 3 hari dua malam di subang jaya 45 minit perjalanan dari rumah hahaha, kitaorang memang macam ni dr takda anak sehingga lah ada anak sorang ni, keluar bercuti pun dekat2 jer, sebenarnya nak rehatkan badan dan minda stay dalam hotel sambil makan makanan hotel 5 star, bila ada anak ni tambah satu lagi intention dia iatu bawa anak mandi pool.
Deluxe room, selesa jugak lah tapi takda bath tab, anak tak leh nak berendam pulak

view from our room
Family short vacay selama 3 hari dua malam di hotel dorset subang jaya, kakak beli tiket last minit through expedia.com.my dalam rm566 complimentary with breakfast for 2, pembelian melalui Expedia ada discount 30% so itu yang terus grab walaupun banyak lagi pilihan lain.


Tapi kan u allssss selepas kakak bayar, tetiba kakak gatal tangan pegi search website www.dorsetthotels.com mak ai rupanya pembelian melalui website lagi murah haduhhhh tipah tertipu lah pulak u alsssss.


Korang kan sebelum buat pembelian dekat mana-mana iklan tribago, expedia ker ape benda semua itu baik lah compare rate dulu dekat website, kakak rasa macam dua kali dah terkena macam ni ualsss hahaha tapi tak pa next vacation kakak berhati hati di jalan raya dah huhuhu.


My husband kata breakfast dekat dorset subang jaya tak menarik sangat, tak banyak pilihan, makanan tak sedap, bg kakak ok jer pun sebab ada expresso coffee ☕ dan chinese food my peberet lah kiranya hahhaha..dia punya peberret is mamak style kena ke negara india jer lah baru dapat breakfast satisfied bg dia, hotel promenade Kota Kinabalu yg dia selalu sebut2 breakfast sangat best bnyak pilihan dan sedap2, tak silap kakak promenade hotel standard 4 star...

Apa pun percutian family utk merehatkan minda berjaya dan balek rumah dengan semangat membara menjual kain pasang semula yeyyyyy, kita balek cari duit, lepas tu kita plan bercuti lagi tau dan alhamdulillah dalam sebok2 cuti ni kakak dapat close sale dengan new Customer sangat mudah, betul lah kata orang kan bila kita niat utk mengembirakan keluarga terdekat Allah akan balas dengan pelbagai cara juga so jgn risau keluarkan duit utk anak-anak kerana balasan dari Allah itu pasti ada.

kalo korang nak cari kain pasang murah-murah dan berkualiti pegi jer ke website www.lulukainpasang.com
sempat lagi kalo korang nak daptkan harga sale time ni

Sunday, 26 August 2018

2 KOLAM RENANG EXCLUSIVE TAPI BAYARAN MURAH AREA PUTRAJAYA UNTUK KUNJUNGAN KELUARGA

Assalamualaikum....
Kali ini kakak tak nak cerita pasal kain pun, boringkan dok canang pasal kain all the time hikhikhik, bukan korang jer yang boring owner kain ni pon lagi boring, sebab tu setiap minggu cuba pergi swimming.
Sebenarnya kakak nak share kolam renang area Putrajaya yang sering kami kunjungi, kiranya ada dua tempat yang biasa kami pergi iaitu di Marina Resort Putrajaya dan Marriott Hotel Putrajaya, nampak macam woww pasti mahal kebabommm rege diakan, dua tempat ini memang open to public so korang boleh jer masuk swimming walaupun bukan stay di hotel tersebut.


Mahal??? eh tak lah u alllsss, bagi kakak harga dia memang murah dan berbaloi dengan facility yang korang akan gunakan, facility dua tempat ni berbeza antara satu sama lain jika di Marina Resort korang wajib menggunakan swimming suite untuk berenang manakalah di Marriott Hotel pulak korang bebas pakai apa pun janji tutup apa yang patut,


Ok entrance fees untuk Marina Resort rm5 (dewasa) dan rm3 (kanak-kanak) manakalah Marriott hotel pula ialah rm14 (kanak-kanak) dan rm28 (dewasa) tapi, haaaa ada tapi dia, kebiasaannya dia hanya ambil rm14 jer untuk brapa ramai korang masuk mandi,munkin bergantung kepada counter person in charge that time so far kakak rm14 jer untuk tiga beranak mandi sampai lebam siap ada towel bersih lagi disediakan, korang jangan bawa balek pulak towel tu, kengkonon terbawa balek ecehhhhh cehhh.
view swimming pool di Mariott Hotel Putrajaya
macam ni lah lebih kurang view dr atas hotel Mariott
Apa yang best swimming di Marina Resort ialah, kolam renang dia jenis tertutup so kalau hujan dan panas pun korang boleh bantai mandi sampai pitam, kolam renang dia pun amatlah bersih, bila swimming tu kan terasa macam diri ini seperti nya si Pandalela tengah training olimpik.

Sebaliknya di Marriot Hotel pula lain maciam sikit, standard ala-ala mandi di waterfall hutan lipur githuu, pokok-pokok dan bunga-bungaan daun berguguran atas kepala, so romantic kan, design dia pun siap bertingkat tingkat githuuu, korang kalo mandi sambil berkejar kejaran memang best lah sambil nyanyi lagu hindustani, ada slide juga tau, untuk kanak-kanak meluncur.
swimming pool dekat Mariott ni ada beberapa area, korang boleh spot tempat2 yang korang nak mandi, macam kitaorang ni area bebudak lah, kitaorang bertiga yang menjadi abang long kawasan oarang lain tak mau dekat hahahh
Antara dua tempat ni kan, akak lagi suka di Marina Resort sebabnya ada safety guard tau, dia akan duduk di satu sudut yang tinggi dan memerhatikan korang yang berenang kot kot ada yang lemas ke apa ke kan, terutama sekali budak-budak kecik ni so akak rasa safety bila swimming bersama anak-anak.
masa ni pukul 5pm, time tu matahari terik lagi, nasib baik kakak pakai sun screen kalo tak mau lebam muka, air dia pun panas so korang nak mandi lama-lama pun tak gigil lah, anak pun boleh mandi lama sikit kan
Lagi satu yang bestnya jugak mata tak sakit tengok orang berbikini so far yang mandi masih bersopan santun, tak jumpa lagi yang tak berbaju berbeza di Marriot Hotel, majority yang mandi adalah foreigner so korang cuci mata lah tengok minah negro dan minah saleh pakai bra dan spender jer. Husband akak siap bisik lagi, kulit negro ni bersih kan, ingat kulit hitam ni kulit yang banyak bintat, hamboiiii dia ni lain masiam pulak nengoknya hahaha, safety guard pulak memang yillek dia dah letak warning signboard siap-siap korang jaga diri sendiri bila berenang,bila lemas pandai pandai lah korang nak buat ape hahahha...

Bab changing room pulak, Marina Resort lagi proper, sorang-sorang masuk pun ko rasa ok jer, tak da hal lah boleh teruskan aktiviti tukar baju dengan rasa safety, kalo di Mariot kakak rasa seram u allsss sebabnya sunyi sepi, bilik tukar baju agak terpencil sikit dan jauh dari laluan utama, terasa mcam hantu kak limah ada tukar baju sekali. kakak tukar baju jer terus lariikkkkk,  pakaian dalam lupa nak tukar haissssh penakut tahap haioshhh susah nak cakap.

Kalau korang selepas berenang than nak masuk gym better ke Marriott lah kot sebabnya gym area yang sama dengan swimming pool, kiranya satu laluan jer lah korang, harga kakak tak tahu tapi kalo korang jenis uha uha boleh jer masuk terui pun dekat gym tu, sebab nampak macam open to all orang yang lalu lalang ke swimming pool je nengoknya.

Korang tahu tak di Marina Resort lebih banyak pakej yang menarik dan murah yang ditawarkan kepada orang awam antaranya ialah pedicure dan manicure serendah rm30 sahaja tau, korang kalo berminat boleh je tengok dekat website dia disini macam macam ada. Kalo korang nak ke Marriot pula boleh jenguk website mereka disini.

Ok lah uallsss itu jer nak share hehehe, sedikit info aje untuk family yang suka swimming, byeee jumpa lagi naaaa sharing is caring kan.
nak cari kainpasang murah klik banner ni 








Friday, 17 August 2018

KAIN PASANG EGYPTIAN COTTON LINEN BIDANG 60' YANG EMMANGNYA TERKINI DAN TERCANTIK GITHUUU

Assalamualaikum semua....
https://lulukainpasang.com/product-category/egyptian-cotton-linen/
hai hai u alssss apa cer???? kakak opcoz cerita kain baru lagi huyeeeee, penjual kahen kan pastinya sentiasa dengan cerita ceritu kahen.

Ok lah kita mulakan cerita pasal kain pasang Egyptian Cotton Linen yang terbaru dalam jualan kakak, ya kain jenis linen menjadi pujaan ramai tahun 2018, sebelum ini kakak ada bercerita tentang kain pasang Twist Cotton Linen disini

Kali ini pula kakak muncul kembali dengan sejenis kain linen lagi yang lebih halus dan lembut materialnya berbanding Twist Cotton Linen

Kenapa kena ada dua jenis kain yang hampir sama tapi tidak serupa, ya kakak mahu memenuhi permintaan custemer kakak yang pelbagai, ini kerana customer kakak ada yang menyukai sejenis linen yang lebih keras sedikit berbanding yang lebih lembut, so disini kakak teleh memberikan mereka dua pilihan samada mahukan material yang lebih lembut atau sebaliknya.

Kain pasang Egyptian Cotton Linen sememangnya dari material yang lebih lembut dan berat, apabila dipakai ia nampak jatuh terletak githuuu. kalo korang dah berminat kan pegi jer dekat website kakak di www.lulukainpasang.com

Jangan risau kainnya sesuai jugak untuk kegunaan kaum adam, so boleh lah beli sedondon dengan incik suami dan anak2 lelaki, ya kain ini sangat lah selesa dipakai di mana-mana sahaja, kenduri keramaian, ke pejabat, ke shopping kompleks, ke masjid ofkoz semua tempat amat lah sesuai digayakan.
 


Sebab apa orang makin suka Egyptian cotton Linen yang kakak jual ni, sebab dia mempunya beberapa kelebihan sepertinya

  • Bidang 60’
  • Lebih lembut, berat dan gebu
  • Mudah diserap/ menyerap peluh
  • Fabrik yang ringan tapi jatuh terletak bila pakai
  • Kain yang sejuk.
  • senang dicuci sekiranya terdapat kotoran makanan atau minyak.
  • boleh di basuh menggunakan tangan, mesin basuh mahupun dry clean.
  • tidak mudah renyuk.
  • less iron
  • kemas bila pakai
  • tidak mengecut selepas pembasuhan
  • warna tidak luntur
Detail ada di website tau, lebih pantas dan senang githuuu tapi kalo nak wasup2 pun boleh jugak
Klik link link Di bawah ni
wassup lulu 1
wassup lulu 2

Tuesday, 7 August 2018

MERDEKA SALE SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum...

Memandangkan ramai sangat customer tanya pasal sales, sistur pun bukan boleh suka suka hati mak bapak ai bagi sales sepanjang tahun 12 bulan macam Mr. J.
Raja sehari menggunakan warna soft peach crepe

Mr. J takfelah dia ada kilang dekat china, dia buat sale 12 bulan setahun pun tak da hal lah, kicik punya syerita lah, kalo kakak mau makan pasir, huntung ke laut dalam, tapi sempena merdeka ini kakak buat jugak lah sale untuk semua customer tercinta kakak...
comelllllnya raja sehari ini menggunakan warna off white crepe

Ok now Merdeka Sale telah berlangsung sehingga 19 september sahaja, kalo korang jenis yang prepare baju-baju raya awal baik lah beli sekarang ye, memang korang akan mendapat penjimatan berganda-ganda tau,
salah seorang customer yang menggunakan kainpasang heavy premium como crepe dalam wedding dia, banyak lagi wedding yang menggunakan como crepe kakak ni korang kalo nak tengok boleh klik website atau page 

Merdeka Sale hanya tertakluk pada kain pasang heavy premium comocrepe sahaja ya, kain lain belum ada planning nak buat sale lagi ya.
yang ini pulak gambar raya customer menggunakan crepe lavender, dia pesan letak gambar family dia dekat page sebab baju lawa otomatik gambar pun lawa ceh ceh

Macam biasa lah kain-kain akak dah di senaraikan ciri-ciri kain tersebeut sepertinya di bawah :
Ciri kain pasang heavy Premium Como crepe
  • texture permukaan kain seperti ciffon  crepe tp tebal dan tak perlu lining
  • jika Dilihat dengan lebih dekat permukaannya seakan berbiji biji kasar
  • kain pasang sgt sgt trending sejak 2016 sehingga kini
  • material yg lembut dan gebu gebas miau miau.
  • sgt sgt sedap pakai, sejuk aje terasa macam ada aircond dalam baju
  • jatuh beralun bila pakai tau
  • sgt mudah iron, gosok sikit sikit ajer dah mulus
  • tidak mengikut bentuk badan pendek kata tak nampak seksa gitu
  • selalu digayakan oleh artis Tanah air
  • sesuai digayakan pada Semua jenis fesyen baju seperti baju kurung,kebaya,kebarung,blouse,skirt,tudung mahupun baju melayu
  • mempunyai pilihan sehingga hampir 50 warna
Gambar-gambar yang hampir 50 warna boleh lah tengok dekat website kakak disini, insyaAllah kualiti terbaik based on testimoni beribu customer yang bagi feedback, kalo nak tengok feeedback raya boleh ker page kakak disini

Ok sampai sini dulu, nati kita jumpa lagi, kakak banyak keje nak buat macam tak cukup, kaki, tangan dan mulut, hati-hati semua dengan HFMD VIRUS, keep clean every where tau..see ya next byeeee