Sunday, 11 February 2018

OH KAIN BAJU RAYA KEGILAAN SUAMI, BILA DAH PAKAI SEKALI PASTI NAK PAKAI BERULANG ULANG KALI

Assalamualaikum sayam sayam semua...

Mak baru habis meeting baju raya sedondon 2018 bersama suami, chairperson???? Pasti lah mak,encik lakik dan anak mak adalah ahli meeting, kitaorang bertiga jer tahun ni, anak tak yah risau sebab dia mengikut aje keputusan mak, incik laki pulak ada pendapat tersendiri.
Family adik kite, si anak sulung yg lelaki tu memang dah pandai request baju melayu kain sakura cotton silk, ayah dia pun kompem lah nak jugak sampai kan kawan ofis dia pon dah terjebak sekali
Pemilihan warna tema dicadangkan oleh mak dulu, memandangkan mak dah beli dah baju raya kaler powder blue masa bercuti dekat kelantan last year, so incik lakik kena lah pakai warna blue jugak lah ye, tapi dia pulak refuse tak nak warna sedondon tahun ni, katanya apa nak sedondon sedondon pakai je baju tahun lepas atau beberapa tahun lepas masih elok lagi baju melayu tu dalam almari. Eh simple bebeno lah kan, mak ni penjual kain kena lah nampak lebih sehati sejiwa serumpun setaman bersama anak dan laki.
Ni warna baju melayu tema last year iaitu warna nude, gambar incik laki pakai baju melayu takdak bukan sebab tak ambil gamba, sebabnya memori henpon full so delet semua gambar ler jawabnyer
Mak dah fikir apa nak kitai ayat dia pulak ni sebab baju melayu blue dia tak pernah ada lagi, rasanya dia nak pakai baju ikut suka hati dia hahaha, ok tak pa walaupun mak ni keje kat dapur aje tp otak mak sentiasa segar sesegar buah buahan kat dapur untuk memujuk dia memilih tema mak ni.
Oh sweet family, yg ni pulak gambar ofismate adik ipar kite, dia dah rasa menggunakan kain sakura cotton silk so tahun ni nak order lagi katanya.
"Ok bang kalo macam tu, sayang dan aqeela kena beli lagi kain baju yg glamour dan mahal mengikut warna baju melayu abang tahun tahun lepas, sebabnya baju melayu abang takdak lagi warna blue, yg ada hanya emeral green dan nude dua ni jenis kain feberet abang kan iaitu dari material SAKURA COTTON SILK, kain paling best selama hidup abang memakai baju melayu yang isteri abang jual online ni" fuhhhh ayat paling lemah lembut untuk incik laki tersayang mak
Warna tema baju raya kitaorang dua tahun lepas, mana gambar kitaorang , memang dah delete,lepas ni memang akan snap gamba la untuk tatapan semua hikhikhi
Tetiba dia tersedak air liur sendiri sambil menjawab "macam tu pulak, kiranya sayang kena beli kain lagi, kain hari tu beli kat kelantan nak buat pe pulak?"
Warna warna cintaku si sakura cotton silk

Soalan ni mak patut jawab dengan penuh kebijaksanaan," kain tu sayang jahit jugak untuk pakai raya ke dua,ke tiga sampai lah sebulan raya, yg baru ni beli just nak ikut warna baju melayu abang untuk raya pertama, ok tak bang ada setujuh?"
Kain pasang sakura cotton group purple
Kening dia berkerut, mak boleh tahu apa dalam fikiran dia,setakat baju raya ni kicik punya hal lah, "ok kalo macam tu abang pilih warna kod 910 warna ocean blue kain SAKURA COTTON SILK tahun ni lah, cantik jugak tu kan".
Ni lah dia kod 910 ocean blue, ok gak warna pilihan dia, pandai incik laki pilih
Hamboi dengar je mak nak beli kain lagi, terui ubah fikiran ye bang, tak nak meredah jam dan sesak sesesak manusia mencari baju kat jalan TAR dan jakel lah tu, ok set mamy dah happy walaupun bukan powder blue tapi dah ada bunyi blue kira ok lah tu ye.
Gambar kain pasang sakura cotton group red
Laki mak ni sejak memakai baju melayu dari material SAKURA COTTON SILK ni, memang dia tak nak beli baju melayu material lain, katanya kain ni memang best pakai sebab sejuk macam ada aircond dalam baju, haaa boleh bayangkan tak sejuk dia macam mana dan lagi satu jenis kain ni, bila jadi baju nampak kemas dan terletak kat badan tak menggelebeh sana sini. Banyak lagi kelebihan kain ni tau, baca kat bawah ni lebih detail
Kain pasang sakura cotton bidang 45
Ciri ciri kain pasang sakura cotton (bidang 45’)

1. tekstur permukaan kain ada garis halus
2. sejenis kain yang bukan seperti japanese atau english cotton
3. ada campuran cotton dan satin
4. emmangnya diakui tahan lasak tidak mudah tertarik, carik atau seumpanya
5. ironless, iron sikit-sikit jer siap, tak perlu nak iron sampai berpeluh ketiak tau
6. Bahagian hadapan dan belakng kain adalah sama
7. Tak perlu penjagaan yg rapi, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh semudah ABC
8. pastinya warna tidak luntur
9. Tidak berkilat seperti satin
10.sangat sesuai utk baju melayu, kemeja, blouse, dress, pelbagai fesyen baju kurung dan macam2 lagi
11) melebihi 30 pilihan warna menarik
Kain pasang sakura cotton bidang 45
untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh Klik link Di bawah
http://www.wasap.my/6019-2210074/sakuracotton

http://www.wasap.my/6012-3700427/sakuracotton

atau terus pm ke https://www.facebook.com/kainmurahdancantik/messages/

kalo nak skodeng-skodeng testimoni kami klik saja disini https://www.facebook.com/commerce/products/1303183243126463/


1 comment:

  1. Hahaha, ada strategi paksa laki pakai baju sedondon ... Laki aku pula jenis setuju malas mau bangkang, nnt kalau ndak setuju terus semua ndak perlu beraya ...

    ReplyDelete