Monday, 30 July 2018

APA YANG BEST DI MATTA FAIR

Assalamualaikum....


Pertama kali datang ke karnival Matta Fair Selangor yang telah berlangsung pada 27-29 julai 2018, Asalnya hanya mahu mendapatkan tiket murah balek ke kampung tawau sabah, tapi lain pulak jadinya tiket ke Sabah mak ai mak yu, mahal  gedabak so tiket balek kampung dilupakan buat seketika.
Secara jujurnya, akak tidak mengetahui apa sebenar-benarnya karnival Matta Fair itu sendiri, yang akak tahu traveling tiket lebih murah namun setelah berada di sana baru lah akak tahu rupanya ia lebih besar dari itu,  memperomosikan ejen perjalanan tempatan berlesen, pejabat pelancongan negeri, taman tema, syarikat penerbangan, dan vendor produk pelancongan yang lain. Pengunjung juga boleh mendapatkan hidangan tempatan dan antarabangsa dari trak makanan semasa karnival berlangsung.

Wowwww best giler kan, paling akak teruja bab taman tema, so apa lagi akak grab lah tiket ke theme park LEGOLAND® Malaysia, memandangkan Aqeela belum sampai umur 3 tahun so its free, akak hanya bayar untuk tiket dua orang dewasa rm220 sahaja, normal price jika tiada promosi ialah rm360 tau, jimat tak jimat kan, bila balek rumah, nyesal pulak tak grab water park sekali, mmmmm fulus mana? fuluss mana? fulussss!!!

Selain daripada itu, tiket ke zoo Farm In The City Sri Kembangan juga ada discount, memandangkan normal price dewasa rm45 so opkozzz harga Matta Fair lebih murah lagi iaitu rm29 sahaja untuk orang dewasa dan kanak-kanak kurang dari 90cm masih free, akak hanya beli satu orang dewasa, dan cadangnya akan ke sana weekdays time. Bukan itu jer mini zoo Farm In The City Kuala lumpur juga ada offer, tiket mini zoo pula rm16 sahaja untuk dewasa, yang ni akak beli untuk dua orang sebab nya suami kena ikut sekali lah, malas nak drive ke KL berdua dengan budak kecik, area Sri Kembangan tu lebih kurang 5 minit jer dr rumah akak, memang selalu ke sana jugak sebelum ni.

Satu lagi yang akak sempat beli di Matta Fair 2018 ialah tiket menaiki belon udara, putrajaya, biasa lalu jer terpandang air balloon tu melambai lambai, Aqeela pun jerit Balooooon mama, balooon mama, mama pun jawab iye nakkk ballon mama tu, nati kita naik dan akhirnya terbeli tiket di Matta Fair, kata-kata ibu kan sentiasa makbul, nasib baik mama tak terbeli sebijik ballon tu kan..

Harga tiket belon udara pulak rm35 seoarang dewasa, budak kecil harga sama no special price, so akak beli untuk dua orang rm70 sahaja, harga biasa adalah rm70 sorang dan kanak-kanak rm45. Incik suami??? memang tak beli lah sebab dia gayat melampau, malas nak bagi kesedaran biar lah dia dengan fikiran yang bukan - bukan pasal ketinggian hikhik, incik suami naik flight pun nampak muka risau yang amat, entah lah padahal dah 22 tahun keja aircraft maintenance turun naik kapal dia jaga lah, cakap jer pasal kapal memang macam kamus otak dia tapi bab tempat tinggi boleh fail, munkin banyak sangat tengok cerita documentary aircraft investigation aha hahaa.

Fakta menarik tentang belon udara, Putrajaya

  • Boleh naik sehingga 500 kaki
  • Gondola direka sehingga 30 pax
  • Pemandangan lebih dari 20 batu jauhnya
  • Diameter 22m
  • Mematuhi EASA dan DCA
  • Salah satu yang paling selamat di dunia
  • Keselamatan tensil keselamatan kabel melebihi 14 kali
  • Operator belon di atas kapal dan di atas platform
  • Helium gas tidak mudah terbakar
  • Mesra alam
  • Platform dual pertama di atas air


Kalau korang jenis yang suka travel bersama family baik lah menunggu karnival matta fair macam ini, kebiasaanya diadakan tiga kali dalam setahun dan untuk karnival seterusnya adalah di PWTC pada september nanti, memang jimat banyak dan berbaloi  baloi tau, lagi pun tiket valid sehingga sekurang kurangnya 6 bulan dari tarikh pembelian, ok sangat kan, kalo anak ramai lagi lah kena beli time macam ni so kena plan lebih awal dan rasakan penjimatan berbaloi baloi.

Itu lah yang bestnya di Matta Fair 2018, korang boleh tengok website disini untuk info berkaitan dan jangan lupa add facebook mereka untuk tidak ketinggalan jadual karnival akan datang pulak.

Ok lah u alllssss sampai sini dulu naaa, lain kali kita jumpa lagitapi sebelum tu kan pegi lah website jualan kain pasang sistur ni di lulukainpasang.com








2 comments:

  1. bila ada fair macam ni memang best lah nak grab harga murah! Bestnya dapat naik hot air balloon

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pegi lagi, harap best lah, niat sebenar nak tunjuk kat anak hikhik yang mama dia tak gayat.rasanya masih offer lagi dekat website

      Delete