Friday, 27 July 2018

SEDIKIT TIPS TEMPOYAK COLEK MENJADI SENANG, CEPAT HABIS DIMAKAN

Assalamualaikum semua...

Sana sini cerita pasal durian, tepi jalan penuh durian, mau dikatakan every 800m ada penjual durian, pesta durian pun tak kurang meriahnya,  haishhhh patut lah berat akak makin bertambah, bila bangun pagi jer rasa sakit-sakit kaki, terasa badan berat gajah, mana tak kalo sehari boleh makan sampai 10 bijik dughian, bukan 10 ulas ye, memang katogari hantu durian tahap tak boleh nak diselamatkan.
sayur rebus cicah tempoyak colek, sodapppppp

Bila kau dah ada dusun durian, memang akan jadi lah kes macam kakak ni, makan tak hingat donnia akhirnya berat cecah 70 kg di musim durian, kalo makan 10 ulas tu, tak lah berat kau mendadak naik, risau gak sebenarnya sebab durian ni tinggi karbohidrat dan gula, orang yang sedia ada penyakit 3 serangkai tu janganlah makan berlebihan, sekarang kakak tengah struggle turunkan kan 10 kg, haisshhhhhh pensan...
sebenarnya bekas ni adalah bahagian pertama

Bila musim durian ni kan, paling best sekali bab tempoyak sambal colek, aummm dia punya sedap sampai ko tak rasa berat badan ko dah obes, dulu kakak tak makan tempoyak moyak ni, rasa pelik bila makan dengan nasi, ya orang sabah mostly tak makan tempoyak, family kakak tau pun idok pebenda tempoyak tu, tu yang malas nak promote walaupun rumah kau setahun makan tak habis.

Ceghita pasal tempoyak colek kan, memang mudah di sediakan tapi mudah- mudah pon itulah yang selalu tertinggal, kadang tu dah habis makan baru teringat nak bancuh, kalo dah teringat pulak malas pulak nak bancuh, sebabnya malas nak basuh batu lesung tumbuk cilipadi,bila dah kenyang baru rasa best kalo makan tempoyak colek tadi, tak ape lah dinner nanti kita makan, tapi bila makan lupa lagi nak bancuh, begitu lah dan akhirnya tempoyak setahun tak habis-habis.
bila dah jadi mudah macam ni lah jadinya sengkuan pun boleh di tambah dengan tempoyak colek

Korang kalo jenis pemalas macam akak tapi dalam masa yang sama teramat suka makan sambal colek tempoyak makanya baik lah bancuh siap-siap lepas tu simpan dalam peti ais bila nak makan colek jer letak kat pinggan, memang laju dan pantas habis tempoyak dalam peti ais tu nati, kalo malas jugak baik ko tak yah jadi manusia dik...

  • Caranya senang ajer, korang blender kering cili padi ikut ammount tempoyak yang engko ada, kiranya ikut kepedasan yang kita suka lah, bukan ikut kepedasan jiran sebelah pulak. pastikan blender kering tau, tak mau letak air.
    blender kering
  • bila dah siap blender, korang letak lah cili blender tadi dalam satu bekas yang bersih dan kering, gaulkan cili blend itu dengan tempoyak yang ada, gaul-gaul sampai mesra bila dah siap gaul bolehlah di simpan dalam peti ais, bila teringat nak makan colek jer ikut amount yang nak makan time tu,  kan sonang monang nama eh..
  • memang tak perlu letak apa per pun garam, gula sebab akak dah siap letak masa buat tempoyak ari tu, so yang ni letak cili padi ajer tapi bagi yang suka rasa lebih masin manis boleh jer tambah ikut rasa tekak sendiri, 
    gaul sebati ikut kepedasan yang termampu
  • kalo nak perah limau atau letak budu, letak masa nak makan kalo malas tahap badak tu makan macam tu je pun sedap dan terangkat.
ok itu jer tips tempoyak colek yang mudah, senang dan laju dimakan, kalo korang ada cara lain yang best mai share dekat kakak yang hantu segala menu durian ni..








0 Readers ♥:

Post a Comment